Skip to main content

Tips Bila Ada Masalah (Masalah dan Penyelesaian)

Assalamualaikum dan salam lebaran. Macam mana raya kali ni? Ok ke K.O? Mana tak nya raya-raya macam nilah nak makan sakan. Kuih raya, lemang, ketupat, rendang, nasi impit. Macam macam lah. Tapi ingat, raya-raya juga. Makan pun biarlah berpada-pada, ingat juga pada mereka yang tiada. Bukan yang tiada di dunia maksudnya tapi tiada semewah kita dalam beraya. Yang rayanya pada hari pertama, lepas tu kena kerja balik menyara keluarga.
Dalam kemeriahan beraya, ada aku yang dari hari raya ke 8 terpaksa dikuarantinkan atas nasihat Doktor kerana jangkitan virus. Virus apa? Virus Varicella atau dalam bahasa kita ‘chicken pox’ a.k.a cacar air. Teruk ke? Teruk juga tapi tak seteruk gambar yang aku tengok dalam internet. Mungkin masa aku kecik-kecik dulu, antibody kuat kut tu yang tak kena, bila dah tua ni, penat, letih, antibody lemah tu yang berjangkit. Berjangkit dengan siapa tu wallahua’lam. Masuk hari ni dah 8 hari aku dikuarantikan. Apa-apapun doakan aku diberikan kesihatan yang baik. Inn Syaa Allah.
Untuk hari ni, tajuk yang aku nak bincangkan adalah ‘solving problem’. Kenapa pasal masalah? Sebab semua orang ada masalah. Budak kecik ada masalah, dewasa ada masalah. Kahwin ada masalah, tak kahwin ada masalah. Sihat ada masalah, sakit pun ada masalah. Tak kiralah siapa pun kita, mesti ada masalah. Cuma yang membezakan kita adalah cara kita selesaikan masalah. Jadi untuk hari ini, aku akan kongsikan bagaimana cara nak selesaikan masalah. Bukan aku memandai, tapi ini adalah antara tips-tips yang aku dapat dari buku bacaan aku.
Pertama, bila kita ada masalah kita kena terima kenyataan yang kita ni memang ada masalah. Tak payah nak termenung, salahkan takdir, salahkan orang lain atas masalah yang kita ada. Diam termangu-mangu tunggu keajaiban datang selesaikan masalah kita. Ha, tak payah! Tak ada maknanya. Sepatutnya kita kena anggap setiap masalah tu peluang untuk kita uji tahap keupayaan kita sendiri. Dalam masa yang sama anggap ini adalah cara Allah nak tarbiah hamba Dia biar kita jadi hamba yang kuat, yang tabah dan yang boleh terima segala ujian dari Dia.
Yang kedua, bila kita dah tahu kita ni ada masalah, maka kita kena kenal pasti apa sebenarnya masalah yang kita tengah hadap ni. Sekali lagi, jangan salahkan orang lain. Kalau betul sekalipun masalah bukan sebab kita tapi sebab benda luar, tangguh kejap. Sebab main focus kita bukan nak cari salah siapa tapi kita nak tahu apa masalah sebenarnya.

Yang ketiga, tanya diri sendiri masalah tu sebenarnya milik siapa? Lepas dah tahu apa masalahnya, cuba fikir balik, betul ke masalah tu milik kita. Jangan pula bebankan fikiran, bebankan diri fikir masalah yang bukan milik kita tapi milik orang lain. Pilih masalah yang betul-betul milik korang dan ‘pulangkan’ masalah yang menjadi milik orang lain. Tak salah kalau nak membantu, tapi jangan pula kita yang kalut lebih dari empunya masalah. Last-last masalah tak selesai, yang ada korang tambahkan sakit kepala pada si kawan yang tengah ada problem.
Yang keempat, bincang dengan orang lain. Biasanya orang yang ada masalah ni dia rasa gelisah, risau, tak senang duduk. Kadang-kadang benda-benda macam ni lagi buat dia susah nak fikir jalan penyelesaian. Tapi jangan pula nak jaja cerita dekat semua orang. Pilih orang yang betul-betul sesuai, yang korang boleh percaya. Tupun kalau kita rasa perbincangan tu perlu.
Yang kelima, cari tahu kenapa masalah tu berlaku. Kalau banjir kilat disebabkan longkang tersumbat, so bersihkanlah longkang tu. Dengan mengenal punca, kadangkala kita boleh dapatkan penyelesaian. Tapi kebanyakan masalah belum tentu punca boleh selesaikannya. Tapi kenal pasti masalah sangatlah penting supaya masalah yang sama tak berlaku lagi.
Yang keenam, kena tahu juga apa yang memburukkan lagi keadaan. Bunyi macam merosakkan keadaan kan, tapi dengan kita tahu apa yang memburukkan keadaanlah kita boleh mengelak dari buat benda tu.
Yang ketujuh, fikirkan sekurang-kurangnya tiga cara untuk memperbaiki keadaan. Pertama, tindakan kecemasan yang perlu dilakukan sekarang. Kedua, tindakan pemulihan dan yang ketiga, tindakan untuk jangka masa panjang supaya masalah yang sama tak berlaku lagi.
So lastly, apa yang aku boleh cakap, pada hari ni, berjuta orang ditimpa masalah dan korang ialah salah seorang daripadanya. So, apa masalahnya?

Apa-apapun, berbalik pada Allah. Mohon segala kemudahan. Dia yang memberi segala ujian, Dia juga yang layak menarik segala yang diberi buat kita. Sebagai hamba, apa kita b9leh buat, bersangka baik. Salam lebaran. Smile ^_^

#shahira_elyas.

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab