Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

THE WORD LOVE..

Assalamualaikum. Anyeong.. hehe.. Today, 17/10/2015 . Aku dan family ke Terengganu.. esok  my Mom ,Saripah Jusoh konvo.. happy sangat umi. Boleh dikatakan ni, hadiah hari lahirnya dari dirinya sendiri.Almaklumlah, semalam hari lahir Umi.. aku just feel little guilty sebab tak dapat nak kasi apa apa hadiah.. hanya ucapan Hari Lahir sebagai pengganti. Sob sob.. huhu Dalam nak konvo tu, ada satu hal yg menjentik hati umi.. tak dapat Cemerlang! Umi dapat pointer 3.6 . Kecewa sungguh dia. Tapi ucapan syukur tak lekang dari bibirnya. Bagi aku, umi dah buat sesuatu yang sangat istimewa.. umi awesome! Sebab.... Walaupun umi sibuk dengan mengajar kat sekolah dia, jaga anak anak, dan urus cik suami.. tapi dia tetap ada masa untuk study.  Dapat 3.6 pointer lagi...  bagi aku umi dah cukup hebat. Aku ni , tanggungjawab sebagai pelajar pun belum terlaksana sepenuhnya..huhu.. Road to Terengganu... baru kejap kat sini tetiba hati ini teringat dia.. apa khabar dia ya? Lagu The Word Love dari

JANGAN MENUNGGU!

Assalamualaikum... sebab hari ni hari jumaat,, soooo... aku nak kongsi dengan korang kata 'jangan menunggu' yang selalu aku cuba ttpkn dalam diri aku... Sebenarnya tak de kena mengena dengan hari jumaat pun... tapi saja nak kongsi... lagipun blog aku dah berkarat aku rasa . Lama sangat tak guna.. hwahaaaha... Ok, tak nak tunggu lama lama... untuk korang.... 1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia. 2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya. 3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi. 4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka.  akan dipedulikan …. 5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu. 6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu. 7. Jangan m

SOAL MUSLIMAT (HAID)

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!! Nampak ringan, tapi jangan ambik ringan.. Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi kalau memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam... Kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )  Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila &

COUPLE ❤

Hai hai hai ! Assalamualaikum ! Dok watpa tu ? Termenung ? Ingat sapa ? Cinta hati ka ? Haha . Yang halal ke yang HARAM ? Ooppsss  . Hahahaha. Iman apa khabar ? Jiwa still sado ? Hati qawiy lagi ? Diri sndiri mcm mana ? Semoga semuanya di dalam perlindungan, rahmat, kasih sayang dan cinta dariNYA . ALLAHumma aamiin ! Jom follow  sat 😎..  ......................... Ke arah CINTA ALLAH atau MURKA ALLAH ?  Terserempak Terpandang Dari mata turun ke hati Bertukar number fon  Mesej Berkongsi tentang islam oncall Share pasal ceramah habib tu , habib ni Dah lama sket mesej Berkongsi cerita berkongsi rasa " sy suka awk "  " sy pun suka awak " sudi tak awak jadi COUPLE sy ? 2 minggu kemudian  Mesej " syg buat apa tu.." " abg cintakan syg.." on call " abg rindu syg.. Jom jumpa"  ( hilang dah topik islam ) Bergurau senda. " eh , tersentuh " " eh , terpegang " " eh , terpel

RIMASLAH PAKAI TUDUNG LABUH

Assalamualaikum.. rimaskan pakai tudung labuh ni.. rimas rimas rimas.. banyak perkara yang mermaskan bila pakai tudung labuh.. betul-betul rimas.. serius memang rimas.. kerimasan yang pertama adalah bila cuaca panas.. dan ketika cuaca panas ni kita perlu keluar rumah atas urusan tertentu.. nak-nak lagi harus berjemur di bawah terik sang mentari.. alamak.. dah la cuaca panas.. tudung pulak labuh.. tebal pulak tu.. langsung tak ada ruang angin keluar masuk macam tudung singkat.. kadang berpeluh-peluh.. Ya Allah.. rimas-rimas rimas.. lagi, kerimasan memakai tudung labuh juga ketara apabila kita berkelah atau beriadah di tepi pantai.. kalau tepi pantai, angin kan kuat.. tudung pulak labuh dan besar.. makanya, akan mengerbanglah tudung yang kita pakai dalam keadaan yang hebat mengalahkan bendera amaran bahaya yang di pasang di tepi pantai.. pastu kena pegang sana, pegang sini.. yelah, takut tercabut tudung tu.. siapa nak jawab nanti.. tak pasal-pasal free hair.. rimas rimas rimas.. se

LA TAGHDHOB! JANGAN MARAH!

Assalamualaikum...  Salam rindu buat semua.. Ok, since today mood aq baik ( sbb biasanya tak berapa nk baik ) aku nak ceritakan pada korang tentang ( لا تغضب ) .. Title hari ni aku ambik daripada hadis yg ke-16 dalam Hadith 40. Cup! Cup! Jangan pepandai nak lari eee kalau ada yg nak lari.... baca dulu.  Best ni.. hehehe.. inn syaa Allah Ok apa itu La Taghdhob? Nah, la taghdhob tu maksudnya jangan marah. Apa pulak maksuk jngan marah?  Of crozz la don't angry yer dok...  Bila tengok je apa apa atau dengar je apa apa pasal marah, mesti ada suara halus yg cakap 'jangan marah!' kan? Even Rasulullah sndri pun cakap 'janganlah engkau marah'. Kenapa kita tak boleh marah? Sebab marah ni bukan tambah kebaikan , tapi memburukkan keadaan. Betul tak? 'Habis kalau perlu marah, tak boleh marah lah?'  Ni la yg aku nak cerita ni. Korang tahu tak, maksud jangan marah kat sini tu macam mana.ok, tak yah pikir. Meh aku cerita terus. Maksud jangan marah kat sini ialah

Apa Beza Suka Dan Cinta

Assalamualaikum. 2/3 hari ni banyak sangat soalan tentang cinta diajukan kepadaku dari adik adik..  rasa nak ketawa pun ada. Aku?? Aku plak yang jadi mangsa. Rasa macam doktor cinta pun ada.. haha. So, this is a story about love ... ♥ "Abang apa beza antara suka dan cinta?” Tanya Anissa. Soalan tu dah lama bermain dalam kotak fikirannya. Mujur hari ni cuti minggu. Adalah jugak orang kat rumah.. Asyraf yg sedang sibuk membelek-belek dokumen pejabat tersenyum.. "Kenapa , Nisa ada suka kat seseorang ke?" Sampuk Haziq smbil mgangkat keningnya. "Hish Abang ni. Ke situ plak. Mana ada". Saat itu jua, Asyraf melipat helaian akhir dokumennya.“macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”ringkas jawapan Asyraf. “Hah! Terangkan?” Anissa musykil.“Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH♥

Assalamualaikum... Buat saudara seislamku. Semoga imanmu masih terjaga dan tetap utuh. Aamiinn. Erm, pernah rasa jatuh CINTA?? Aku pernah.. bagaimana ya rasanya???? Erm, bila aku jatuh cinta.. aku selalu teringat pada dia. Senang melihat dia gembira.  Rasa macam segalanya tentang dia istimewa.. tingkahnya, sopannya. Segala galanyalah. Tapi, orang yang aku cinta telah tiada. Tingkahnya hanya ku dengar dari kata kata para alim... indah.... Siapa dia??? Dialah Rasullah. Baginda nabi kekasih Allah. Everythings about him so special.. andai Rasulullah masih ada.... urm... So today, aku nk  share buat korang bagaimana sifat baginda ...sweet sangat.. 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH 1. PANDANGAN MATA Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk. 2 MAKAN GARAM Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh me

NOTA MAKSIAT.

Perjalanan sentiasa merakam, Hidup insan, Aku adalah pendosa, Aduhai..... Baru k u tersedar, Ada yang memerhati, Menjaga diri ini, Malaikat sedang mencatat kanan dan kiri, Apa yg tertulis? Sungguh sadis, Kala tersedar, Nota hidup tercalar dek maksiat, Bisakah aku memadamnya? Aku adalah pendosa, Ya Allah Busuknya aku, Kotornya aku, Hinanya hamba ini. Ya Allah, Ampunkan hamba, Sebusuk apapun aku, Sekotor apapun diriku, Sehina apapun hamba di hadapan-Mu, Ya Allah, Jika bukan kepada-Mu, Kepada siapa lagi hndak ku pohon keampunan? Engkaulah yang Maha Mengetahui siapa aku sebenarnya... Manusia sentiasa menghukumku, Menilai masa silamku, Perit.. Pahit... Selamat tinggal silamku, Selamat tinggal dosa-dosaku, Pergi jauh dariku, Biarkanku... Jangan ganggu diriku... Biarkan ku merasai kedekatan ini, Bersama Rabbi, Janganbiarkan aku terusik. Kelak akan ku ganti dengan senyuman, Tanda kesyukuran, Walaupun pahit masih ku terasa, Mungkin kali ini, Aka

Ikhtilat Yooo..

Watak: Hafiz: A boy. The very tiptop bab agama. Nur: A girl. The very the solehah (baru hijrah). Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas. Tiba satu soalan, "Abang Hafiz, cane nak jaga hati?" Hafiz sengih. Typical random one. "Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda-benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah." "Mesti abang Hafiz tak pernah terbuai hati

Dewasa Dengan Ujian

ASSALAMUALAIKUM.. Kaifahalukum? Erm , masih ingat tak waktu kecil dulu.. ketika sibuk dan asyik memancing , di tali air. Bermain dengan kawan kawan . Tpi tak lama ...... ibu datang bwak ranting kayu suruh kita balik.. kalau tak akan terima habuan.. Kita pun menangis... tertanya tanya jugak , kenapa ibu selalu halang kita berseronok.. Hhherm.., bila dewasa baru kita tahu ertinya.. itu bukti kasih sayang ibu . Sekarang baru kita faham , ibu mlarang kerana kasih. Ibu melarang kerana sayang. Bukan kerana cemburu, jauh sekali sebab benci. Apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tak nampak. Kita fikir keseronokan , ibu fikir bahaya. Sebab.... IBU SAYANG KITA!!!!! ❤ Begitu jugak dengan ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan kadang kadang menyakitkan. Kita nk berjaya, Allah beri kita gagal. Kita nak pertemuan, Allah beri perpisahan. Manis yang kita impikan , pahit yang jadi kenyataan. KENAPA??? 😞 Sebab ujian Allah tu macam rotan ibu pada anaknya. Ibu merotan kera