Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Dewasa Dengan Ujian

ASSALAMUALAIKUM.. Kaifahalukum? Erm , masih ingat tak waktu kecil dulu.. ketika sibuk dan asyik memancing , di tali air. Bermain dengan kawan kawan . Tpi tak lama ...... ibu datang bwak ranting kayu suruh kita balik.. kalau tak akan terima habuan.. Kita pun menangis... tertanya tanya jugak , kenapa ibu selalu halang kita berseronok.. Hhherm.., bila dewasa baru kita tahu ertinya.. itu bukti kasih sayang ibu . Sekarang baru kita faham , ibu mlarang kerana kasih. Ibu melarang kerana sayang. Bukan kerana cemburu, jauh sekali sebab benci. Apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tak nampak. Kita fikir keseronokan , ibu fikir bahaya. Sebab.... IBU SAYANG KITA!!!!! ❤ Begitu jugak dengan ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan kadang kadang menyakitkan. Kita nk berjaya, Allah beri kita gagal. Kita nak pertemuan, Allah beri perpisahan. Manis yang kita impikan , pahit yang jadi kenyataan. KENAPA??? 😞 Sebab ujian Allah tu macam rotan ibu pada anaknya. Ibu merotan kera