Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Menjadi Al-Adiyat

Assalamualaikum, salam kasih sayang buat semua yang mengenali diri ini. Hampir 3 minggu sebenarnya aku berdiam dalam dunia penulisan selepas entri Crush aku post. Janjiku kalau semua assignment dan minggu hectic dan beransur tenang, aku akan mulakan penulisanku kembali. Tapi nampaknya, assignment-assignment itu tak pernah habis. Tak pernah surut. Selesai satu, satu yang datang. Nak tak nak, selagi masih ada kekuatan, akan aku kongsikan apa yang aku baca, apa yang aku dapat, apa yang aku dengar dan apa yang aku belajar. Moga-moga perkongsian ini memberi satu nilai tambah dalam hidup aku dan dalam kehidupan kita bersama. Menjadi Al-Adiyat! Tertarik aku dengan tajuk ini, bila satu ketika aku baca surahnya. Ku belek maksudnya satu persatu. Ayat-ayat cinta Allah yang satu ini, biarpun tidak panjang tapi besar maksudnya. Tambah-tambah pula bila Allah menemukan aku dengan satu buku yang benar-benar membuka mata aku tentang betapa Surat Al Adiyat ini dekat sebenarnya dalam kehidup