Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab

DIA!

Sedang elok aku chatting dengan member tentang urusan mooting competition yang tak lama lagi akan berlangsung, tetiba ruang bicara mesej ku diketuk si dia… ‘Rindu Along’ ‘Semoga dalam rahmatnya’. Dua ayat yang buat hati aku terpana. Jarang si dia nak mesej kakaknya yang satu ini. Bukan kata dia, aku pun sama. Jarang sangat nak tegur dia. Bila ada mesej masuk, cepat-cepat aku buka. Tapi 2 tutur kata bicara tu buat aku terdiam seketika. ‘Nak balik dah jumaat ni’, kataku. Buat seketika, hati aku meronta-ronta rasa nak balik. Padahal tak sampai sebulan lepas aku balik untuk majlisnya. Nasib baik kali ni balik bukan dengan mencipta alasan, tapi kerana cuti midsem yang memang sudah termaktub dalam tarikh pekeliling universiti. ‘Belajar molek sis’ again. ‘Tetiba rindu saya, awak sihat tak’, okay. Aku soal dia. Agak pelik angah malam ni. Lain macam bunyinya. Sihat tak budak ni hari ni? Rasa sayu mula hadir. Dah tahu nak pergi, boleh pula main-main dengan hati kakak yang terlalu ra

Nukilan Seorang Kakak Buat Adik Tercinta!

Kerana kata “blood is thicker than water” dan kerana kata “air dicincang tidak akan putus” itu, aku rela melepaskan seorang adik ke satu tempat yang entah bila mampu kakiku menjejak debu tanahnya. Tempat para anbiya’. Tempat para Syuhada’. Bumi itu, bumi yang diimpikannya sejak dia bergelar seorang pelajar kelas agama. Bumi itu, bumi yang dirindukannya sejak dia kenal Allah penciptanya. Memori-memori lama datang berkali-kali menerjah fikiran aku yang teramat menyayanginya. Mana ada kakak yang tak sayang adik nya. Aku berfikir soal aku, sedang soal umi dan abah tak pula aku fikirkan. Betapa setiap malam umi menangisi detik-detik kepergiannya. Beberapa hari sahaja lagi, berangkat dia membawa diri. Demi mencari lautan ilmu dari Tuhan. Hakikatnya, 4 tahun jangkaan dia disana belum tentu mampu seceduk ilmu dia dapatkan. Hatta seorang professor yang tinggi ilmunya, hanyalah setitis dari selautan mutiara-mutiara ilmu itu dia dapatkan. Adik! Bercakap soal adik, mudah sangat hati aku ters

BAGAIMANA RASULULLAH MENDIDIK ANAK MENUNDUKKAN PANDANGAN?

Assalamualaikum semua... Moga sihat-sihat hendaknya.  Hurm, awak! Oh awak!Awak yang lelaki tu, tengok perempuan cantik memang seronok kan? Sama juga awak yang perempuan tu, tengok  lelaki yang tampan, handsome , sasa, mulalah lain tingkahnya. Siapa yang tak suka? Paling tak acah-acah tutup muka dengan tangan biar tak nampak padahal jari direnggang-renggangkan biar terlihat jua. Perkara yang disukai nafsu memang begitu. Ditambah pula dengan syaitan yang menjadikan segala yang haram itu indah-indah semuanya. Dugaan buat kita dalam menuju redhaNya. Nak tak nak, kena hadapi juga. Ada yang berjaya jaga pandangan, jaga hatinya. Tak kurang juga yang tewas separuh perjalanan. Tambah-tambah pula hari ini memandang wanita cantik atau lelaki yang tampan tidak lagi perlu berselindung dengan kaca mata hitam. Cukup dengan buka akaun facebook atau Instagram wanita yang diidam-idamkan, cari gambar profilnya yang terbaik dan wajah wanita cantik tersebut boleh ditatap puas-puas di