Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Hukum Hadiri Majlis Makan Bukan Islam

Menghadiri majlis makan yang dianjurkan sahabat bukan Islam adalah harus (dibolehkan). Begitu juga memakan hidangan yang disediakan oleh orang bukan Islam sekiranya kehalalannya diyakini. Jika didapati sebaliknya (makanan iti didapati haram),maka hukum memakan makanan itu adalah haram sama sekali. Mencari yang halal itu wajib. Namun, ia tidak berati seseorang iti terlalu berhati-hati sehingga menyebabkan was-was dan menyukarkan kehidupannya. Atas dasar itu, Islam tidak membenarkan kita menyelidik sehingga menyebabkan kesulitan yang terlampau kepada umat Islam. Justeru, semua jenis makanan yang kita lihat dengan mata kasar atau mendengar sendiri perakuan ikhlas daripada tuan punya majlis (walaupun bukan beragama Islam) bahawa makanan yang dihidangkan itu halal dimakan oleh umat Islam , maka hukum memakannya halal dan tidal diragui akan kesuciannya. Pernah suatu ketika , Aisyah RA dihadiahkan kepada keluarganya daging haiwan yang sudah disembelih. Masalahnya orang yang menghadiah

Kajilah Sirah Ambillah Ibrah

Assalamualaikum dan salam kasih sayang dari seorang aku yang sedang berdebar-debar menunggu result exam keluar. Kurang sehari lagi keluarlah keputusan pengajian penggal ini. Kalau silap langkah, paling tak jatuh tersungkur je. Kalau silap markah, mahunya dipenggal kepala aku dek umi dan abah. Kajilah Sirah, ambillah ibrah. Tajuk kali ini sebenarnya nampak berat tapi ku gunakan pendekatan santai. Biar tak terlalu sulit untuk yang membaca memahami bait bicara yang nak disampaikan dan tak sulit juga untuk aku mengarang kata. Tajuk kali ini datangnya dari bacaan buku yang kesekian kalinya bertajuk Touch Your Heart, tulisan Hafizzuddin Afif. Kalau diperhatikan kebanyakan tulisan aku dah macam bedah buku. Ada baiknya, berkongsi ilmu. Moga-moga ilmu yang kusampaikan mengalir terus sebagai bekal akhirat nanti. Oh ya, lupa nak tanya. Pernah drive tak? Tak kisahlah pandu kereta atau tunggang motor. Bila drive mesti tengok side mirror kan? Pernah terfikir tak, side mirror boleh dikaitka

Ada Apa Dengan Tarbiyah ( Versi 5 W 1 H)

بسم الله الرحمن الرحيم Di kesempatan kali ini aku akan kongsikan apa itu tarbiyah vesi 5 W 1 H. Mesti semua dah tahu tentang 5 W 1 H kan? Mana taknya dari zaman sekolah lagi bila nak buat karangan je, benda ni mesti ada dalam kepala. Baru lah nak buat karangan pun ada perkembangan, ada huraian ada isi yang nak digarapkan. Aku dan terbiasa dengan 5 W 1 H ni. Bukan hanya dalam karangan, dalam dakwah, dalam bahas. Semua benda tu selalu perlu difikirkan. Dalam hidup ni, persoalan-persoalan itu selaluuada. Kenapa aku disini? Untuk apa? Untuk siapa? Apa yang aku patut buat? Bila harus aku mula? Harus pilih yang mana? Dah, dah. Kalau dibiar lama-lama makin ke laut pula tulisan aku ni. So First, WHAT? Apa itu tarbiyah? Sedar atau tak sebenarnya tarbiyah inilah yan menghasilkan daie dan pendukung yang menegakkan Islam. ALLAH berfirman dalam surah Al Anfal ayat ke 39 , “Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka be

Mengapa orang-orang kafir walau sebaik mana pun akan dimasukkan ke neraka...?

Jawapan yang menakjubkan ini telah membuatkan pemuda liberal ini.....!!!!.....!!!! terdiam seribu bahasa.....!!!! P emuda liberal: ada orang yang sangat baik ni, anti-rasuah, membantu membangunkan masjid, rajin bersedekah sehingga kehidupannya sendiri dikorbankan untuk membantu orang lain, apabila mati dan dia tidak muslim, *adakah dia masuk syurga atau neraka....?* D r zakir naik: Neraka.....!! P emuda liberal: Aduh.....? bukankah dia seorang yang baik. Kenapa dia harus dimasukkan ke neraka....?? D r zakir naik: Kerana dia bukan muslim.... P emuda liberal: Tapi dia seorang yang baik. Dia telah membantu ramai orang, termasuk orang islam. Dia turut membantu membangunkan masjid yang besar. Jahat betul tuhan kalau orang yang sebaik dia dimasukkan ke neraka. D r zakir naik: Allah tidak jahat. Allah itu adil. P emuda liberal: Adil macamana....? D r zakir naik: Anda belajar sehingga ke tahap mana....? P emuda liberal: Saya berkelulusan Master (Sarjana) bidang Sains dari U

Catatan Parlimen: "Menteri Jangan Jawab Macam Budak Tak Sekolah"

1. Agenda utama Parlimen pada minggu ini ialah sesi penggulungan Menteri bagi menjawab segala persoalan dan isu yang telah disuarakan oleh para ahli parlimen ketika sesi perbahasan ucapan Titah Diraja. Sebanyak 20 Kementerian telah selesai menggulung dan masih berbaki 5 lagi Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri akan menggulung pada Isnin depan. 2. Oleh kerana agak susah untuk melihat kelibat Menteri dan Timbalan Menteri ketika sidang Parlimen maka sesi penggulungan adalah peluang terbaik untuk para ahli parlimen pembangkang bangun membuat pencelahan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3. Ketika penggulungan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke menjawab persoalan berkenaan seragam pramugari yang telah disuarakan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Hajah Siti Zailah dalam ucapan perbahasan Titah Diraja. Menteri berkata "kita sedar ini bukan dasar baru dan kita tiada perancangan untuk ubah dasar sedia ada. Pakaian pramugara dan pramugari tertakluk kepada (syarikat)