Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Menantu Buat Umi.

Assalamualaikum dan salam 1 Ogos dari seorang aku yang sekarang sedang bergelar pendidik sementara. Klise kan tajuk aku kali ni, rasa-rasa tercapai ke jodoh buat umi. Aip, jangan salah faham pula, bukan cari jodoh untuk umi. Menggila jawabnya kalau buat macam tu. Abah nak letak mana? Tapi jodoh untuk aku buat umi. Eh, tiba-tiba Shahira Elyas bercakap soal jodoh. Demam ke? Tak aku ok. Sihat wal afiat setakat ni. Alhamdulillah. Cuma entah kenapa sejak 2 hari lepas, bila abah buka cerita tentang dia yang berjumpa dengan seorang kawan aku dari sekolah lama dulu, umi tak habis-habis bertanya. Menyoal macam aku seorang pesalah yang sedang disoal siasat oleh pihak polis. “Tu gewe (kekasih) along ke?” (merujuk kepada orang yang abah ceritakan). “Haish mana ada umi. Kawan along lah. Sama-sama sekolah Amir dulu” “Mana along tahu dia balik?” “Lah, along tahu lah. Kawan along kan. Adalah group WhatsApp umi oi” “Jolo ko. Ko gewe along doh” “Dok!” “Along tak dok gewe ko?” “Ta

Bilakah DOAKU Akan Dimakbulkan?

Assalamualaikum dan salam kasih sayang. Alhamdulillah, masih lagi punya kekuatan untuk berkongsi ilmu. Beberapa hari lepas, sedang elok aku kemaskan ruang kitab di sudut rumah, Allah temukan aku dengan suatu buku kecil yang menarik perhatian aku. Terus ku ambil dan duduk disofa berdekatan. Kerja mengemas belum selesai, ku tangguhkan sekejap. Ku pegang buku kecil berwarna merah jambu itu. Tak semua pun aku baca. Sekadar membelek-belek, namun helaian tentang doa itu tersingkap. Aku tertarik. Alhamdulillah helaian itu dah selamat aku baca. Maka aku kongsikan dalam kesempatan yang ada. Ya, aku sendiri kerap bertanya pada sang hati, bilalah Allah nak makbulkan doaku? Persoalan itu kekal jadi persoalan tanpa jawapan. Hanya Allah yang tahu hakikatnya. Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka dia menyayangimu…… Firman Allah, maksudnya: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka);

SEPASANG SWEATER HITAM

Sepasang sweater hitam itu, Akan selalu ada dalam ruang fikirku, Ada 2 hingga 3 garis halus pada lengannya Putih warna jalur kosong coraknya. Sepasang sweater hitam itu, Mengingatkan aku pada pemiliknya, Sejak dari dulu sweater hitam itu ada disisinya. Kini…. Dia jauh, Jauh dari pandanganku, Jauh dari jasad yang menunggu, Jauh dari hati yang merindu. Sepasang sweater itu, Mengembalikan akal fikir pada dia, Kosong, khayal, entah apa ada dalam fikiran, Sungguh jiwa merindui dia. Sepasang sweater hitam itu, Kerap kali ku melihatnya, Ku kejar, mencari pemilik wajahnya, Terdiam, hambar, hampa.. Kutemui.. tapi bukan dia. Aku lupa,  sweater hitam itu bukan satu.. Sweater hitam itu bukan hanya miliknya. shahira_elyas 4.32pm

CARA NAK ISTIQAMAH

CARA NAK ISTIQAMAH "Ustaz, macamana nak istiqamah? Saya banyak kali tekad nak tinggalkan sesuatu maksiat, tapi, saya banyak kali terjatuh dalam dosa yang sama. Susah ustaz..." JAWAPAN: 1) Bila sebut tentang isu istiqamah, hakikatnya ramai yang salah faham. Banyak kali orang tanya saya tentang bagaimana nak istiqamah. Adakah istiqamah bermakna bila kita taubat, kita dah tak buat dosa kembali? Jika kita buat dosa walaupun dah bertaubat, adakah kita di kira tidak istiqamah? Sekiranya itu maksud istiqamah, nescaya ia suatu yang mustahil. Kerana, semua manusia imannya turun dan naik. Kita tak mungkin terlepas dari dosa. Semua orang tak pernah maksum melainkan nabi. Kita pasti akan melakukan dosa samada kecil atau besar, sengaja atau tak sengaja. Kerana kita manusia yang cukup lemah. Lalu, apakah itu istiqamah dalam perubahan? 2) Saya nak ajak semua pembaca untuk fahami hadith riwayat Ahmad, yang mana nabi saw bersabda: استقيموا ولن تحصوا Bermaksud: “Istiqamahlah k

8 Langkah Memahami Bid'ah

Assalamualaikum kepada semua yang masih sudi bersama aku dalam penulisan yang tak seberapa. Untuk kali ini aku akan kongsikan 8 Langkah Memahami BID’AH. Kebetulan beberapa bulan lepas, aku ditemukan dengan buku kecil karangan Ustaz Muhadir Haji Joll. Buku yang tidaklah berapa tebal sekitar 103 muka surat tetapi apabila berkaitan agama ini biasalah manusia biasa macam aku ni nak menghabiskan punyalah lama. Kalau baca novel, 1 novel 500 muka surat, semalaman dah habis. Tapi bila buku ilmiah ni, mengantuk campur kerja campur kena kacau adik beradik campur benda-benda lain tulah yang jadi lama. Maka, untuk kesempatan ini aku akan cuba ringkaskan sebaik mungkin apa yang aku baca dan aku faham. Mujur pembacaan kali ini tak berapa berat jadi nak faham tu agak mudah. Inn syaa Allah , jom sama-sama kita teroka. Langkah 1: FAHAMI DEFINISI BID’AH Dari segi bahasa: “Apa-apa yang diciptakan yang baru tanpa ada contoh terdahulu” Dari segi Istilah: “Melakukan atau mengerjakan sesuatu