Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

KESEMPURNAAN IMAN DAN KEPENTINGAN ILMU

Setiap Muslim wajib menjaga keimanannya dan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t agar mata hati, akal sihat dan perasaanya tetap berada dalam liputan cahaya kebenaran dari Allah SWT sehingga terhindar dari mengikuti langkah-langkah syaitan. Hatta Rasulullah sendiri sentiasa mengajarkan umatnya untuk berupaya semaksima mungkin menyempurnakan imannya setiap saat, dimana sahaja dan bila-bila sahaja. Menjaga iman apatah lagi menyempurnakan iman bukan sesuatu hal yang mudah namun tidak juga bermaksud mustahil untuk mendapatkannya. Satu syarat yng perlu dipatuhi seorang Muslim untuk mendapat iman yang sempurna sebagaimana yang firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlan kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagimu” Tidak dapat tidak untuk “memasuki” Islam secara keseluruhannya haruslah dengan Ilmu. Ilmu pengetahuan yang dikategorikan sebagai suatu a

Kita Dakwah Bukan Untuk Orang Suka Kita

Kita dakwah bukan untuk orang suka kita, Kita dakwah agar orang dekat dengan Allah Taala. Dakwah kerana nama, Kau hanya akan dapat dunia. Tapi kalau kau dakwah kerana-Nya, Kau akan dapat kedua-duanya, akhirat dan juga dunia. Biar tak dikenali di dunia, Asalkan nama kita harum mewangi disebut-sebut oleh penduduk langit "sana". Kalau pahala dakwah itu berupa duit, Pasti orang akan berebut-rebut mahu berdakwah. Dakwah itu bukan hanya untuk ustaz ustazah, Tapi untuk semua yang bergelar hamba Allah. Cukup dengan sekadar akhlak yang baik, Sudah menjadi satu dakwah. Tak perlu tunggu jadi ustaz ustazah, Baru nak sebarkan kebaikan. Takut tak sempat jadi ustaz ustazah, Dah kembali ke rahmatullah, Kemudian disoal pula oleh Allah, "Ketika di dunia, apa yang kau dah sumbangkan untuk ummah?" Allahu. Cr: kepada sesiapa yang berkenaan. I dont remember where i got this from ,but thanks for this.

Bila Zina Dipandang Biasa

Assalamualaikum w.b.t. Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini. Sebagaimana satu botol kosong yang perlu diisi dengan sesuatu, begitu juga aku yang perlu selalu diisi dengan ilmu.  Apa yang diisi dalam botol itu yang memberi nilai kepada dia pada pandangan manusia. Andai diisi dengan emas pasti diangkat tinggi dipandang berharga, andai diisi air, dianggap penting untuk keperluan manusia, andai diisi arak, gunanya buat mereka yang tidak faham makna agama, namun andai diisi air longkang, isiannya dibuang. Paling tidak dibuat jirusan tanaman. Begitu juga aku pendamba ilmu. Ilmu baik, tinggi pandangan manusia pada kita. Ilmu tak elok, andai diamal, paling bahaya ke neraka jawabnya. Pabila Zina dipandang biasa! Satu topik yang acap kali meniti di bibir-bibir makhluk bergelar manusia namun tetap juga ada yang mengorbankan diri dalam dunia Zina yang penuh tipu daya. Nampak indah pada permulaan, hak