Skip to main content

Bila Zina Dipandang Biasa

Assalamualaikum w.b.t.
Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini.
Sebagaimana satu botol kosong yang perlu diisi dengan sesuatu, begitu juga aku yang perlu selalu diisi dengan ilmu.  Apa yang diisi dalam botol itu yang memberi nilai kepada dia pada pandangan manusia. Andai diisi dengan emas pasti diangkat tinggi dipandang berharga, andai diisi air, dianggap penting untuk keperluan manusia, andai diisi arak, gunanya buat mereka yang tidak faham makna agama, namun andai diisi air longkang, isiannya dibuang. Paling tidak dibuat jirusan tanaman. Begitu juga aku pendamba ilmu. Ilmu baik, tinggi pandangan manusia pada kita. Ilmu tak elok, andai diamal, paling bahaya ke neraka jawabnya.
Pabila Zina dipandang biasa! Satu topik yang acap kali meniti di bibir-bibir makhluk bergelar manusia namun tetap juga ada yang mengorbankan diri dalam dunia Zina yang penuh tipu daya. Nampak indah pada permulaan, hakikatnya seksaan di hujung-hujung penantian andai diri tak kembali pada Tuhan.
Rasulullah pernah bersabda “Antara tanda-tanda kiamat adalah bila diangkatnya ilmu, tersebarnya kebodohan, ramai peminum arak dan zina dilakukan secara terang-terangan.” Hadis Riwayat AlBukhari dan Muslim.
Allah. Tersentak aku seketika. Bukan tidak jelas. Memang jelas hakikatnya. Semua tanda-tanda telah ada. Kita yang buta tak mahu melihat kenyataan yang ada. Lantas, maksiat bermaharajalela. Salah siapa?
Terus bagaimana zina itu bermula? Soalan yang dah ada jawapanya pada bicara hadis Rasulullah. Bila ilmu agama itu hilang daripada kehidupan manusia, manusia mula semakin jahil tentang halal dan haram. Tambah-tambah pula bila ulama’ tidak dipercayai, bila pandangan ulama’ semakin berani dicaci. Akhirnya masalah-masalah sosial mula menjebak diri. Itu yang membawa kepada tahap minum arak, mabuk-mabuk. Batas pergaulan mula tak terjaga akhirnya berZINA!
Berzina? Bukan senang nak ke arah zina sebenarnya. Bukan semudah lelaki yang baru jumpa perempuan dekat tepi jalan terus berzina. Tidak! Tidak semudah itu. Seorang ustaz pernah cakap, zina ni ada 7 Jalan,
“Pandang-pandang, senyum-senyum, beri salam, bersembang, buat temu janji, jumpa dan last sekali barulah zina”
Hatta , Allah sendiri pernah sebut dalam Al Quran. Unik tak uniknya Al Quran sampaikan Allah tak sebut “janganlah kamu berzina” tapi Allah sebut “Janganlah kamu mendekati zina”. Apa maknanya? Maknanya MENDEKATI zina pun Allah dah larang, takkan lah kita yang diberi akal ni tak faham-faham lagi yang zina tu lagilah Allah larang. Bukan kita ni manusia tak berakal. Ada akal, tapi tak nak guna.
Pernah aku terbaca  sebuah fakta, hampir 532158 orang anak luar nikah didaftarkan dari tahun 2005 hingga 2015. Daripada jumlah tu 13,831 orang remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah. Itu baru yang berdaftar, yang tak berdaftar? Itu baru yang mengandung, yang berzina tapi tak mengandung? Kalau dicongak-congak. Yalah korang mesti yang jenis otak matematik tambahan yang tengok dah boleh kira. Aku kena ambil calculator dulu. Ok, 532158 bahagi 10 tahun bersamaan 53215 setahun. Kalau sebulan maknanya, 4434. Kalau sehari , 147 orang. Kalau sejam? So probably 6 to 7 baby dilahirkan. Aku ulang, tu baru berdaftar, Yang tak daftar, yang gugurkan anak. Yang lahir-lahir terus buang. Mungkin up to 10-12 baby sejam. Bayangkan, korang tengah melayan facebook, melayan instagram, tengok drama bersiri petang-petang sejam, dah 7-8 orang bayi dilahirkan luar pernikahan.
So bagi siapa-siapa yang pernah berzina, cepat-cepatlah balik pada Allah. Mohon ampun. Taubat. And pada siapa-siapa yang pernah berzina, yang Allah takdirkan tak mengandung, bersyukurlah. Allah nak jaga aib kita. Allah nak bagi peluang kedua untuk dibinanya kehidupan baru. Allah nak kita dekat pada dia. Allah nak kita sedar. Dia masih menyayangi kita. It’s not about how many time you do the mistakes, it’s about how many time kau mintak maaf pada Allah, mohon ampun. Bertaubat. Menyesal dan berjanji tak kan mengulangi lagi.
Aku hanya seorang manusia yang masih cetek ilmu agamanya tapi masih mahu berkongsi apa yang aku ada. Andai ada salah kekurangan mohon ditegur, diberi peringatan.
Sampai sini perkongsian aku kali ini. Moga memberi pengajaran buat yang membaca dan buat diri sendiri yang mudah terleka.. Assalamualaikum. Salam kasih sayang.
#shahira_elyas
14 Januari 2018

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab