Assalamualaikum sister and brother yang aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi.
So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know about this group even though member of the group tu tak lah sampai seribu pun lagi, and percaya atau tak , I'm still a member of that group. Member ok . Bukan ADMIN.
Bercakap soal crush ni satu je benda yang kau kena tahu. Tak perlu pun kau rasa sedih atau rasa tak normal bila semua orang di sekeliling kau ada crush dan kau tak ada. Orang yang ada crush tu normal bagi aku, tapi yang tak normal bila diorang tak tahu macammana nak kawal tindakan diorang bila mula ada crush. Sampai ramai yang confess pada umum. Ini hanya pendapat aku. Aku cakap awal-awal, sesiapa je nak kecam silakan. Inn syaa Allah apa yang aku cakap adalah berdasarkan fikiran warar bukan keran emosi. Dan aku harap tulisan aku tak bertentangan dengan agama dan Allah redha.
Kawan aku pernah cakap, 'tahu tak orang yang ada crush ni sebenarnya sebab dia tak pandai jaga mata'. Dush. Tepat ke dasar hati aku.
Betullah tu. Aku pun pernah ada crush-crush ni. Tu dulu. Sebelum aku belajar untul move on. Ya ke move on? Ya lah kut. Kalau kau tahu jaga mata, dan tahu jaga hati kau tak kan terus menerus ingat seseorang tu sampai kau boleh labelkan orang tu as 'crush' kau. Sebab tulah Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis Riwauat Tarmidzi dan Abu Daud yang aku tak berapa ingat matannya, tapi hadisnya berbunyi 'janganlah kamu ikuti pandangan pertama itu dengan pandangan berikutnya. Pandangan yang pertama itu untukmu dan tidak untuk pandangan kedua'.
Jelas, jelas Rasulullah bagitahu kita sahabatku. Jaga mata. Jaga mata!
Bila kau tak jaga mata, kau akan jadi tak jaga hati. Bila kau tak jaga hati sampai satu masa kau buat hati kau terluka sendiri. Kau fikir orang tu. Kau menangis. Dia suka orang lain kau menangis. Korang fikir orang yang ada crush ni disebabkan sekali tengok je ke? Aku rasa tak. Tak mungkin hanya dengan pandangan pertama tu terus dah declare 'aku crush orang tu'. Aku tak nak bercakap soal Cinta pandang pertama ke apa. And aku tak nak bagi pandangan soal tu. Kalau betul tu rasa cinta yang Allah hadirkan untuk kau then jangan sampai cinta tu jadi fitnah yang kalau boleh kau nak canang satu dunia.
Kalau korang rasa hadis Rasulullah, kekasih Allah tu kau nak pertikaikan, aku cuba untuk kongsi ayat ke 30 surah An Nuur, Allah berfirman dalam ayat ayat cintanya, 'Katakanlah kepada lelaki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya . Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat'.
Yang perempuan pula jangan fikir korang tak perlu jaga mata just kerana Allah sebut pasal lelaki sedang ayat ni nak nyatakan pada semua walaupun guna kata lelaki. And again. Bukti apa lagi yang korang nak untuk meyakinkan korang dari mata sebenarnya semua tu berlaku.
'Dear Crush, I hope you know I love you so much!'
'Dear crush, tengah buat apa tu?'
'Rindunya kat crush'.
And kawan-kawan boleh pula tambah kecelaruan rasa hati kau,
'Eh crush kau apa cerita, dah confess?'
And si manis tersipu-sipu.
'Aku malu. Macammana kalau dia tak terima aku'.
'Aku malu. Macammana kalau dia tak terima aku'.
Ok, secara ikhlasnya benda ni dah jadi macam perkara biasa. Seriously. Sampai boleh buat status kat whatsApp, kat status twitter, instagram, telegram, whatsApp and lain-lain. Why?
Dulu aku fikir crush tu hanya pada makna cinta atau minat seseorang dalam diam and pedam. Tapi sekarang?
No! Crush sekarang is more than that.
Bukan setakat pendam je. Tapi lebih lagi.
Bukan setakat pendam je. Tapi lebih lagi.
Boleh atau tak kalau aku nak maksudkan crush ni as meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya?
Sebab aku rasa tu yang berlaku. Bagi aku nak sayang seseorang tak salah. Ceritalah pada Allah. Tahan perasaan kau. Tanya Allah! Betul ke dia insan terpilih buat aku! Aku selalu cakap kat junior, 'kak shera tak marah awak nak suka seseorang, tapi tolong jangan fikir lagi. Masa awak panjang lagi tau. Bayangkan awak luah. Dia terima, korang couple. Eh, alih alih, dia kahwin dengan orang lain. It's like korang try test market jodoh orang lain tau'.
Maybe bila aku cerita pasal ni, orang akan label aku jumud atau mungkin akan cakap,
'Alah cakap je kencang, entah-entah nanti kau pun sama je'.
It's not because aku yakin aku takkan buat benda yang sama so that aku tulis artikel ni, tapi sebab aku nak ingatkan diri aku sendiri, 'Shahira , please jangan buat macam ni'.
Aku ni bukan manusia yang sempurn. Aku pernah cakap kan, aku pun pernah suka seseorang. Bertentangan dengan fitrah lah aku kalau tengok lelaki , langsung tak rasa apa-apa.
'Alah cakap je kencang, entah-entah nanti kau pun sama je'.
It's not because aku yakin aku takkan buat benda yang sama so that aku tulis artikel ni, tapi sebab aku nak ingatkan diri aku sendiri, 'Shahira , please jangan buat macam ni'.
Aku ni bukan manusia yang sempurn. Aku pernah cakap kan, aku pun pernah suka seseorang. Bertentangan dengan fitrah lah aku kalau tengok lelaki , langsung tak rasa apa-apa.
Tapi once kau start move on, kau akan rasa satu nikmat lain tau. Dari perasaan selalu menunggu, tetiba perasaan tenang hadir. Ok je, dia tak reply pun. Eh, bila kau try move on, tiba tiba pula orang tu hadir sendiri. Allah nak uji aku lah tu. Nak tahu sejauh mana istiqamah kau nak jauh dari zina hati ingat orang yang kau suka.
Bila dah move on, move in kan segala gala tetang Allah, tentang kekasih Allah dalam diri kau. Sibukkan diri dengan buat benda yang boleh buat kau lupa soal dia. Cintakan ilmu. Hadir apa-apa je program. Habiskan masa kau dengan kawan sejantina. Buat benda bermanfaat. Travel mungkin. Move On dari dia dah! Move In kasih sayang pada Allah dan Rasul dah! Last, Move Out kan segala benda negatif yang tak patut hadir pun dalan diri kau. Moga-moga kita jadi orang yang Allah redha. Sebab apa? Tujuan hidup kita ni satu je. Nak redha Dia. Kalau apa kita buat dia tak redha, macam tak ada guna. Aku tak cakap halang diri kau dari terus menerus bercrush kat orang ni, comform Allah redha. Tapi at least ni salah satu usaha menuju redha Dia.
Banyak yang nak redha Allah dalam soal cinta. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apa cinta yang Allah redhaa sebenarnya?
“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinya akan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)
“Iaitu Cintanya seorang LELAKI kepada ISTERINYA!"
Ingat tu, sama jugak dengan perempuan ya.
Hurm, Aku tak layak cakap soal ni sebenarnya. Perjalanan aku sendiri pun masih jauh. Pelajaran pun panjang lagi destinasinya. Aku hanya beri pendapat. Ada yang boleh terima dan mungkin ada yang tak boleh terima. Terima atau tak, itu hak masing masing. Kalau ada betul apa yang aku cakap, maksudnya aku dah sampaikan sesuatu buat ummah. Kalau ada salah. Tolong betulkan aku dengan pandangan korang ya.
#shahira_elyas
#11.43pm
#30 Mac 2018
#11.43pm
#30 Mac 2018
Comments