Assalamualaikum semua... Moga sihat-sihat hendaknya.
Hurm, awak! Oh awak!Awak yang lelaki tu, tengok perempuan cantik memang seronok kan? Sama juga awak yang perempuan tu, tengok lelaki yang tampan, handsome , sasa, mulalah lain tingkahnya. Siapa yang tak
suka? Paling tak acah-acah tutup muka dengan tangan biar tak nampak padahal
jari direnggang-renggangkan biar terlihat jua.
Perkara yang disukai nafsu memang begitu. Ditambah pula dengan syaitan yang
menjadikan segala yang haram itu indah-indah semuanya. Dugaan buat kita dalam
menuju redhaNya. Nak tak nak, kena hadapi juga. Ada yang berjaya jaga pandangan,
jaga hatinya. Tak kurang juga yang tewas separuh perjalanan.
Tambah-tambah pula hari ini memandang wanita cantik atau lelaki yang tampan
tidak lagi perlu berselindung dengan kaca mata hitam. Cukup dengan buka akaun
facebook atau Instagram wanita yang diidam-idamkan, cari gambar profilnya yang
terbaik dan wajah wanita cantik tersebut boleh ditatap puas-puas di skrin
telefon sahaja. Benda sama berlaku bila sekarang ramai pula yang bercrush-crush
dan sebagainya. Allah. Sekali lagi. Benteng iman diporak-perandakan,
Bagi wanita pula, tanpa segan silu, wajah mulus artis-artis Korea ada yang
dijadikan gambar profil dan gambar cover. Ada juga yang menjadikan gambar
tersebut sebagai ‘wallpaper’ telefon dan laptop. Fikir-fikir, aku juga pernah
terlibat dengan hal-hal begini. Bukan tak tahu benda tu tak baik, tapi terbuat
juga. Salahkan nafsu? Tak! Aku salahkan diri sendiri yang lebih menangkan nafsu
dari jadikan diri aku raja kepada nafsu. Sekali lagi, aku tewas.
Lebih menakutkan sekarang, gambar yang baik kualitinya boleh di ‘zoom’
sedekat-dekatnya dan bagi lelaki-lelaki yang berpenyakit hatinya, ada yang
sanggup berfikiran tak elok just dengan melihat gambar-gambar wanita cantik
tersebut. Jangan tidak percaya, tapi ia memang benar-benar berlaku. Kalau tak
masakan banyak kes dilaporkan. Bukan setakat wanita jadi mangsa. Golongan
kanak-kanak pun turut terkena tempiasnya. Tu yang banyak kes pedhophelia kat Malaysia.
Sebab itu bagi wanita, terutamanya yang
cantik, jangan sebarangan letak gambar ‘pose’ comel di laman facebook atau
instagram, terutamanya jika anda ada ramai rakan dan pengikut lelaki. Begitu
juga mak ayah, atau kita yang bakal berggelar mak ayah. Jangan terlampau senang
nak upload gambar anak dalam media sosial tak kiralah instagram ke, faebook ke.
Tak salah nak tunjuk atau nak berbangga dengan anak sendiri, tapi tengok, check
dulu gambar mana yang boleh dan gambar mana yang layak untuk tatapan diri
sendiri.
Perisai bagi penyakit ini adalah ‘ghaddul basr’ atau menundukkan pandangan.
Islam mengajar agar kedua lelaki dan wanita menundukkan pandangan, khususnya
bagi anak-anak muda.
Allah berfirman di dalam Al Quran, surah Nur ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
Menundukkan pandangan adalah langkah pencegahan zina yang paling efektif. Biasa
kita dengar, dari mata, jatuh ke hati.
Zina yang akhirnya menyebabkan lahirnya bayi-bayi terlarang yang akhirnya
banyak yang dibunuh dengan kejam bermula dari pandangan mata yang mungkin ramai
bagi kita, merasakan bahawa ianya tidak ada apa-apa.
Pelajaran menundukkan pandangan ini mesti bermula di rumah, sejak kecil lagi
dan anak-anak mesti difahamkan mengapa pandangan mesti ditundukkan, iaitu
kerana ianya adalah perintah Allah.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Wahai Ali, janganlah pandangan pertama kau ikuti dengan
pandangan berikutnya. Untukmu pandangan pertama, tetapi bukan untuk
berikutnya.” (HR. Tirmidzi)
Ibu bapa mesti membiasakan anak-anak menundukkan pandangan sejak dari kecil
lagi. Baik di jalanan, di depan tv , mahupun telefon.
Rasulullah ﷺ juga telah menunjukkan teladan praktikal tentang bagaimana untuk
mendidik supaya anak-anak menundukkan pandangan.
Diwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi dan Abu Daud dari Abdullah Bin Abbas RA:
“AL Fadhl bin Abbas dibonceng Rasulullah ﷺ. Kemudian datanglah seorang wanita
dari kabilah Khats’am yang datang hendak bertanya kepada beliau. Al Fadhl
melihat ke arahnya, dan wanita itu pun melihat ke arah Al Fadhl. Maka
Rasulullah ﷺ memalingkan wajah Al Fadhl ke arah lain.”
Dalam sebuah hadis lain riwayat Ahmad, diriwayatkan dari Al Fadhl bin Abbas RA:
Aku dibonceng Rasulullah ﷺ dari Juma’ ke Mina. Ketika beliau berjalan, ada
seorang ‘Arabi memboncengkan anak gadisnya yang cantik. Dia berjalan sejajar dengan
beliau. Aku melihat ke arah gadis itu. Nabi ﷺ melihat ke arahku, lalu
memalingkan wajahku dari wajah gadis itu. Aku kembali melihat ke arahnya, maka
beliau memalingkan wajahku dari wajah gadis itu. Beliau lakukan itu sampai tiga
kali.”
Dari dua hadis di atas, kita dapat lihat bahawa Rasulullah ﷺ cukup tegas dalam
memelihara pandangan anak-anak. Tiga kali Rasulullah ﷺ memalingkan wajah Al
Fadhl, menunjukkan keseriusan Rasulullah untuk tidak membenarkan Al Fadhl
berseronok dengan pandangan matanya.
Dalam konteks kita hari ini, sebagai praktikal kepada hadis tersebut, ibu bapa
mesti memantau rancangan televisyen yang ditonton oleh anak-anak. Jika ada
babak yang tidak soleh atau aksi yang boleh mendatangkan dosa pada pandangan
mata anak-anak, ibu bapa mesti memainkan peranan dengan menutup televisyen atau
menukar siaran lain.
Begitu juga ketika berada di jalanan tatkala melihat anak-anak tertarik
pandangannya kepada perkara-perkara yang dilarang agama untuk memandangnya, ibu
bapa mesti berpesan dan mengalihkan pandangan anak-anak.
Dalam hal ini, sudah tentu ibu bapa pun kena berdisplin juga, jangan anak-anak
dilarang, tapi ibu bapa seronok menonton wayang yang jelas tidak patuh syariah
dan melihat aksi-aksi yang mendatangkan dosa dalam drama-drama televisyen
dengan selamba.
Ibu bapa adalah contoh bagi anak-anak, jika ibu bapa juga terbiasa menundukkan
pandangan, maka insya-Allah, lebih mudah untuk mendidik anak-anak menundukkan
pandangan.
Moga kita semua diberi kekuatan, insya-Allah.
Credit kepada penulis asal. Dah setahun
tulisan ni dalam laptop. Aku sendiri tak tahu siapa penulis asalnya. Sedikit
sebanyak ada yang diubah ada yang ditambah. Moga beri pengajaran pada semua.
#shahira_elyas
Comments