Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

7 STEPS TO PERFECT YOUR DUA

 7 Steps to Perfect Your Du’ā 1. Start with praising and glorifying Allah. (Mulakan dengan memuji dan memuliakan Allah swt) 2. Send Salawat upon the Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم. (Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah صلى الله عليه وسلم) 3. Ask Allah by His Beautiful Names and His Oneness (Mintalah kepada Allah dengan nama-nama indan dan keesaan-Nya) 4. Seek forgiveness and sincerity repent from your sins ( Mohon keampunan dan keikhlasan bertaubat dari dosa-dosa dengan sebenar-benar taubat) 5. Beg Allah with utmost humility and desperation. (Mohon kepada Allah dengan penuh kerendahan hati dan sebenar-benar keinginan, penuh tekad) 6. Do not be hasty. (Jangan laju-laju, jangan tergesa-gesa) 7. Ask with a present mind and heart (Mohon kepada Allah dengan hati dan fikiran penuh harap) p/s : Aku pun belum cukup baik. Kita sama-sama perbaiki diri. 

EMPAYAR BY TEME ABDULLAH

  EMPAYAR : TEME ABDULLAH  BY 03 SEPTEMBER 2021 Done baca buku fiksyen Islamic karya Teme Abdullah. Buku dengan tebal lebih kurang 346 muka surat telah selamat aku baca kurang dari 4 jam. Aku perasan buku ni dah lama keluar. Aku je yang baru baca. Aku jarang baca buku Teme. To be honest tak pernah pun baca buku Teme ni walaupun rata-rata sorrounding aku banyak yang sukakan buku-buku Teme. Ingat lagi masa Madihah beli Diari/Journal lukisan tangan Teme. Happy sungguh dia unboxing. Buku kali ini bukan aku yang beli. Tapi aku pinjam dari Mimi yang mana asal ceritanya Mimi pinjam dari kawan dia tapi masih belum terhantar disebabkan pendemik Covid-19 ni. Ada yang menarik tentang buku ini yang buat aku teruskan pembacaan. Walaupun aku sebenarnya dah sangat-sangat jarang baca buku selain buku akademik. Bukan rajin belajar ke apa, buku Law tu pun dah tebal, bila nak baca buku luar dah jadi malas. Kebetulan sekarang semua kerja online, eh tak ! Kebetulan sekarang tengah sem break. Itu yang aku t

KOSONG / LOST

  Erti hidup itu kadang menyakitkan, Sakit menerima suatu kenyataan, Wahai diri,  Ku ingin jujur, Kau sebenarnya tak bahagia, Kadang diri yang menipu,  menenangkan hati,  mencipta garis senyum,  aku tahu itu hanya satu lakonan,  carekarama tanpa skrip,  tanpa halatuju yang pasti,  drama sebabak yang ku cipta demi sebuah pujian. biar terlihat aku cukup segalanya. Hakikatnya aku hanya ingin bahagia,  Bahagia itu sebenarnya bagaimana? Bahagia itu berapa harganya? Apa air mata yang mengalir belum cukup sebagai gadaiaan sebuah bahagia.  Tuhan, aku penat... penat dihimpit, ditekan dari segala arah. ditendang ke sini sana. Senyum tercipta hanya ingin menutup luka di jiwa  yang tak satupun kisah untuk bertanya..  Yang tak satupun terfikir untuk menyelak, merenung,  mengamati helaian jiwa yang mulai tiada warna. Kosong! Gelap! Akulah seniman dalam duniaku,  seniman tanpa nama, seniman picisan yang terhina, Gelandangan dalam drama arahanku, Dibiar, dipulau, ditinggal, dihina tanpa belas. Apa mas

PENDAM

Bila hati terlalu sayang,  rasa takut meluahkan mula menjalar ke seluruh getaran nadi.. Bermacam persoalan menyelubungi..  Apa mungkinkah kasihku diterima si dia atau ditolak tanpa kata.. Takut.. Takutku andai rasa kasih sedekad jadi benih tak berbuah.. Takutku andai rasa yang ku pendam dicantas tanpa balas.. Andai cinta yang terluah jadi asbab terputus pertalian antara kita,  lebih baik ku simpan hingga akhir nyawa.. Biar ku pendam sendiri asal kita masih mampu berbicara, Takutku andai rasa yang terluah mencipta jarak antara kita.. Biar ku tanam dalam jiwa, asal masih mampu kita  bertegur sapa walau hanya sekadar teman biasa. Ikhlasku pohon dari Tuhan pemilik cinta,  kerana dariNya cinta itu datang,  biar keranaNya jua cinta itu pergi. shahira_elyas/19.02.2020