Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

"Tolonglah!" A Journey To Gombak

Assalamualaikum, salam cinta setulus rasa buat semua yang setia membaca. Alhamdulillah, akhirnya terlakar juga tinta kata edisi september. Kalau boleh aku cerita pengalaman aku hari ini, dari USIM ke Gombak dengan niat menghubungkan hubungan kekeluargaan mungkin terlalu panjang tintanya. Tapi tetap juga aku nak bercerita. Kerana pengalaman ini antara pengalaman yang mengajar aku tentang hidup. Aku mulakan langkahku lebih kurang jam sepuluh 20 pagi. Dalam fikirku pukul 11 dah boleh bertolak dari KTM Nilai ke KL Sentral. Pagi ni, selesai bersihkan diri, packing beberapa helai baju, kemas mana yang patut, aku mulakan langkah menuju ke USIM. Dompetku kosong. Hanya ada resit 99speed Mart dan beberapa keping syiling. Alhamdulillah beberapa hari lepas abah mesej, elaun bulan ni abah dah masukkan. Segunung harapan aku mengorak langkah ke USIM. Tak pelah, kalau tak ada duit pun, dekat ATM USIM nanti boleh ambil. Jarak rumah aku ke USIM tak lah jauh sangat sebenarnya. Lebih kurang 10