Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Ayah! Moga Kau Tenang Di Sana

Catatan Hati Soal hari ini 18 Julai. Soal hati yang begitu berat. Berat menanggung rasa. Aku lebih rela mendengar ayah menarik nafas berat di katilnya, aku lebih rela mendengar mesin hospital berbunyi kuat, aku lebih rela mendengar tangis duka semua orang, aku lebih rela dimarah pengawal bila mana aku berdegil tak mahu keluar, aku lebih rela jari-jariku dikotori buih-buih hitam yang keluar dari mulut ayah, aku lebih rela berdiri di sisi katil ayah mengajar dia menyebut Allah, Allah. Allah Akbar. 'Ayah, kalau dengar suara along mengucap Ayah. Laa ilaa haillallah. Laa ilaa haillallah. Baca dalam hati ayah, Allah. Allah.' Air mata jadi peneman setia. Kalau aku seorang cucu merasa begini berat. Inikan pula anak-anak ayah. Apalagi mak. Isterinya yang berada di sisi sejak awal hingga kita. Teman bermanja, teman bergaduh.  Allah. Bukan niat ingin melawan takdir. Tapi hati ini takut membayangkan bunyi mesin Bip! Bip! Bip! penuh irama itu bertukar satu suara nyaring

WHO IS HADI AWANG COMPARE TO MAHATHIR?

Jikalau Mahathir saya namakan World Most Talented Politician, bagaimanakah saya namakan Tuan Guru Hadi Awang? Tuan Guru Hadi Awang tidak sesuai dinobatkan antara politician terbaik kerana perkataan poltician dizaman ini tidak berpadanan dengan siapa diri beliau sebenarnya. TGHH adalah World Most Virtuous & Peacekeeping Leader. Di dunia ini ramai ahli politik mempunyai kepandaian dan kemahiran tersendiri tetapi sangat sedikit ahli politik boleh digelar leader dan sangat sedikit ahli politik yang mempunyai high moral standard, berjiwa pejuang dan berpendirian. TGHH adalah leader yang meletakkan diri sebaris dengan Sukarno, Nelson Mandela dan yang sewaktu dengannya. Di waktu kebanyakan leader pada kelasnya adalah freedom fighter, pejuang nasionalis, TGHH adalah pejuang dalam gerakan politik Islam. Beliau adalah antara sosok pemimpin yang mempunyai standard moral yang tinggi dengan kehidupan serba sederhana yang mana banyak dapat dilihat berada di dalam parti politik yang dit