Skip to main content

KESEMPURNAAN IMAN DAN KEPENTINGAN ILMU

Setiap Muslim wajib menjaga keimanannya dan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t agar mata hati, akal sihat dan perasaanya tetap berada dalam liputan cahaya kebenaran dari Allah SWT sehingga terhindar dari mengikuti langkah-langkah syaitan. Hatta Rasulullah sendiri sentiasa mengajarkan umatnya untuk berupaya semaksima mungkin menyempurnakan imannya setiap saat, dimana sahaja dan bila-bila sahaja. Menjaga iman apatah lagi menyempurnakan iman bukan sesuatu hal yang mudah namun tidak juga bermaksud mustahil untuk mendapatkannya. Satu syarat yng perlu dipatuhi seorang Muslim untuk mendapat iman yang sempurna sebagaimana yang firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud,
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlan kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagimu”
Tidak dapat tidak untuk “memasuki” Islam secara keseluruhannya haruslah dengan Ilmu. Ilmu pengetahuan yang dikategorikan sebagai suatu asas dalam sitem kehidupan perlu dipelajari dan dikembangkan sebagai pelengkap kepada ilmu agama. Ilmu pengetahuan yang mengandungi tanda-tanda kewujudan, kebesaran dan keagungan Allah di alam ini dapat memberikan roh kepada ilmu dan membawa kepada peningkatan iman dan amal salih, iaitu hubungan kerohanian dengan Allah dan rasul-Nya yang melahirkan sifat ketakwaan dalam peribadi seseorang ilmuwan.
Merujuk kepada ayat 208 surah Al Baqarah, Muslim Kaffah ialah Muslim yang sentiasa mengikuti Rasulullah dalam segala hal dalam kehidupannya. Hal itu tergambar dalam beberapa ayat Al Quran, antaranya,
“Katakanlah: “Jika kamu (benar-bbenar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengamun lagi Maha penyayang” Ali Imran ayat 31.
Tidak jarang orang yang terjebak oleh suasana hati yang kurang bersih, sehingga banyak juga antara umat Islam yang perkataanya sering melukai perasaaan sesama Muslim. Belum lagi masalah akhlak dan amalam-amalan Islam yang banyak ditinggalkan. Akhlak terhadap guru, terhadap kawan, terhadap ibu bapa sering menjadi isu. Masalah-masalah ini yang tiap hari mewarnai kehidupan di sekolah. Kurangnya iman yang menyebabkan masalah di sekolah semakin bertambah. Oleh itu, pengawas sendiri perlu bermuhasabah diri agar mereka dapat membantu membentuk pelajar-pelajar lain agar mempunyai akhlak baik menurut Islam yang sekaligus mengurangkan masalah di sekolah. 
Iman, ilmu dan amal harus selari. Bagaimana pelajar, pengawas, seorang muslim ingin menjadi seorang yang berakhlak mulia, berkeperibadian luhur, mempunyai iman yang sempurna andai tiada ilmu didada?
Kesepaduan Iman, Ilmu dan Amal.
1. Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah
a) Al-Quran Sebagai Sumber Pendidikan Islam
Al-Quran merupakan sumber Pendidikan Islam yang utama. Al-Quran merupakan petunjuk daripada Allah s.w.t. dan merupakan perlembagaan kepada umat Islam. Al-Quran datang dari sisi Allah dan bukan ciptaan manusia. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap Muslim beriman dengannya dan seluruh isi kandungannya.35 Ayat-ayatnya terkandung peraturan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w telah menjadikan al-Quran sebagai metodologi dan asas penyampaiannya dalam mendidik umatnya.
Metodologi al-Quran yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam mendidik para sahabat telah memberi beberapa implikasi, di antaranya:
i) ayat al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w memberi kesan keyakinan yang mendalam terhadap segala apa yang disampaikannya. Malah, al-Quran itu sendiri merupakan sumber yang tidak perlu diragukan lagi kebenarannya sebagai petunjuk kepada umat manusia dalam membangunkan diri mereka untuk keselamatan di dunia dan di akhirat,
ii) al-Quran mampu melembutkan jiwa dan hati para pembaca serta pendengarnya. Proses pembangunan insan yang hendak diterapkan akan menjadi lebih mudah apabila jiwa dan hati seseorang itu dilembutkan dengan ayat-ayat Allah s.w.t.,
iii) al-Quran merupakan cahaya yang boleh memberikan cahaya hidayah kepada manusia. Melalui cahaya hidayah ini, manusia akan kembali kepada Allah s.w.t., dan tanpanya manusia akan tersesat.38
2. Pendidikan yang berteraskan Tauhid
Pendidikan Islam dibina berasaskan akidah Islam, iaitu akidah yang menyemaikan keyakinan kepada wujudnya Allah, menyatakan dan menjelaskan tentang Rukun Iman yang menjadi teras kepada akidah yang sahih. Akidah yang sahih ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam yang sesuai dengan dalil syarak, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Akidah sahih ini bersumberkan wahyu samawi yang datang daripada Allah s.w.t. sama ada berhubung dengan iktikad, perundangan atau akhlak dan disampaikan kepada manusia melalui perantaraan Rasulullah s.a.w. Akidah inilah yang menyelamatkan manusia dari kesesatan kepada petunjuk agama yang sebenar, petunjuk kepada jalan yang lurus dan diakui sah oleh Allah s.w.t., dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam yang dapat membezakan antara yang benar dengan salah.
3. Tidak ada pemisahan antara konsep ilmu agama dan ilmu dunia
Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Ini bermakna ia dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmani secara wajar dan mencukupi. Ia melihat bahawa segala aktiviti hidupnya tidak terpisah daripada aktiviti agama
Ilmu sains merupakan salah satu ilmu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk dipelajari seperti ilmu keagamaan. Namun, ilmu agama merupakan teras kepada segala ilmu yang lain seperti ilmu sains dan teknologi. Ilmu agama membawa manusia kepada pengakuan dan pengenalan terhadap Allah s.w.t dan keesaan-Nya, manakala ilmu sains membawa manusia untuk lebih mengenali Allah s.w.t dan keagungan-Nya, iaitu melalui penelitian dan kajian terhadap alam semesta.
Ilmu sejak asal lagi tidak pernah bersifat sekular, terpisah dan sempit. Sifat ilmu tidak terbatas kepada akal dan pancaindera sahaja. Ilmu yang dipamerkan oleh Allah s.w.t kepada kita cukup luas. Ilmu itu saling berkait dan berpadu dengan begitu seimbang dan harmoni. Inilah yang melambangkan kebesaran Allah s.w.t. Dengan wujudnya konsep integratif dalam pendidikan, memberikan kita satu asas yang benar untuk mempelajari dan memahami tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.
Manhaj Rabbani merupakan satu manhaj yang unggul dan unik. Ia merupakan satu aspek yang amat penting dari fasa kehidupan manusia. Manhaj inilah yang telah melahirkan satu umat dan tamadun yang tinggi dalam sejarah umat manusia. Tersisihnya umat ini dari kedudukannya sebagai umat yang menerajui kepimpinan dunia ini adalah disebabkan penyelewengan mereka dari manhaj Ilahi ini.
Tidak ada jalan lain bagi umat ini untuk menebus kembali keagungan yang telah terlucut dari tangan mereka sejak beberapa abad lamanya melainkan dengan mengikuti jalan yang telah dilalui oleh generasi pertama dahulu. Generasi Muslim yang sebenarnya tidak akan terbina melainkan melalui proses pendidikan Islam.
Kesimpulannya ilmu dan iman itu harus selari. Adanya ilmu tentang agama, tentang dunia membawa Muslim ke jalan kebenaran, kejalan menuju Iman yang sempurna. Prinsip ini yang perlu disemai dalam diri pengawas, agar mereka tahu apa yang harus dilakukan dalam menjadi seorang pengawas yang berjaya. Dalam membentuk diri, peribadi dan persekitaran yang bahagia, harmoni, berkeperibadian mujahid dan mujahidah.

Comments

Unknown said…
mohon izin ambik maklumat ni. terima kasih ats berkongsian ;)

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab