Skip to main content

Menjadi Al-Adiyat

Assalamualaikum, salam kasih sayang buat semua yang mengenali diri ini. Hampir 3 minggu sebenarnya aku berdiam dalam dunia penulisan selepas entri Crush aku post. Janjiku kalau semua assignment dan minggu hectic dan beransur tenang, aku akan mulakan penulisanku kembali. Tapi nampaknya, assignment-assignment itu tak pernah habis. Tak pernah surut. Selesai satu, satu yang datang. Nak tak nak, selagi masih ada kekuatan, akan aku kongsikan apa yang aku baca, apa yang aku dapat, apa yang aku dengar dan apa yang aku belajar. Moga-moga perkongsian ini memberi satu nilai tambah dalam hidup aku dan dalam kehidupan kita bersama.

Menjadi Al-Adiyat! Tertarik aku dengan tajuk ini, bila satu ketika aku baca surahnya. Ku belek maksudnya satu persatu. Ayat-ayat cinta Allah yang satu ini, biarpun tidak panjang tapi besar maksudnya. Tambah-tambah pula bila Allah menemukan aku dengan satu buku yang benar-benar membuka mata aku tentang betapa Surat Al Adiyat ini dekat sebenarnya dalam kehidupan kita bersama. 
Selalu sangat aku jumpa dengan sahabat-sahabat yang selalu sangat pandang rendah pada kemampuan diri dia sendiri. 

“Siapalah aku. Orang lain lagi hebat kut dari aku. Diorang lagi berjaya kut dari aku”. 

Usah katakan mereka. Aku sendiri pun pernah juga rasa begitu. Akhirnya diri menjadi tertekan dan menyendiri. Tak mampu nak mencungkil bakat yang ada, yang hakikatnya cukup mahal, cukup besar andai disumbangkan buat agama. Dakwah misalnya. 

Tiba-tiba aku cakap pasal dakwah lagi. Bukan apa! Tetiba makin tertarik dengan pengajian Dakwah yang menjadi antara kursus wajib kos aku. Tambah pula dengan Ustaz yang memahami jiwa anakanda-anakandanya yang kerap sangat mengantuk bila belajar. Lawak-lawaknya tak pernah buat aku tak ketawa. Tapi dalam gurau sendanya, ada sesuatu yang dia nak sampaikan. Sesuatu yang selalu menyentuh jiwa. Kadang-kadang deep sangat menusuk ke dada.
“Aku tak tahulah apa kelebihan aku. Aku tak tahulah apa yang aku boleh sumbangkan untuk Islam.” Antara ayat biasa juga aku dengar. Dari adik-adik junior mahupun kawan-kawan rapat bila kami berjumpa. 

Lama-lama, masing-masing sibuk dengan urusan keluarga, urusan belajar dan urusan peribadi yang tak pernah ada hentinya sampai tak sempat lagi dia mencari apa potensi sebenarnya yang mampu mereka kerahkan untuk agama. 
Entahlah. Soal semangat berjuang ni susah untuk aku bahaskan. Bila diketuk, dipush mulalah bersemangat. Bila tak ada orang disisi, mulalah lemau. Tak ada semangat. Barangkali kita kena juga melihat kepada al-Adiyat (kuda-kuda). Bagaimana ia memahami peranannya dalam menuruti rentak para pejuang dakwah. 
Pernah tak korang fikir, kenapa Allah khususkan satu surah yang menceritakan soal kuda. Apa istimewanya mereka? Kerana pertanyaan-pertanyaan itu, entri ini aku hasilkan. Kerana aku ingin tahu. Dan kerana aku juga ingin kalian turut tahu. 

Kuda! Kuda tidak pernah ada akal. Lantas bagaimana seekor kuda mampu menjadi alat peperangan yang hebat sepertimana hebatnya sebuah kereta kebal dan helikopter tentera zaman serba canggih ni? Kerana Allah menciptakan mereka agar sentiasa taat dan patuh pada tuannya. Kerana Allah menciptakan mereka sebagai makhluk yang mampu dipandu dengan gerakan kaki dan tangan seperti sebuah kereta. Hakikatnya, drivernya juga manusia.
Tapi, hebatnya kuda-kuda ini kerana apa? Kerana mereka faham tujuan mereka diciptakan, berkhidmat kepada manusia. Sampai sanggup korbankan dirinya untuk tuannya. Kerana ia sedar tentang kemuliaan penciptaannya, lantas tak gentar dia beraksi tangkas dalam medan perjuangannya. 

Betapa aku malu sebenarnya melihat bagaimana Adiyat begitu pantas menyahut seruan dalam perjuangan agama. Sampai sanggup ia kerahkan seluruh tenaganya, berlari sekuat hatinya sehingga hampir kontang tenaganya. Bagaimana aku mampu melawan ketangkasan gerakannya yang begitu pantas sehingga menghasilkan percikan api! Begitu tangkas gerakanmu Al-Adiyat!

Lantas, bagaimana dengan kita? Entahlah, banyak sangat berteka-teki dengan diri sendiri sebenanrya. Terlalu lama berfikir semata-mata nak tahu apa sebenarnya bakat yang aku boleh sumbangkan untuk agama. Ataupun mungkin kita ni terlalu sibuk membandingkan diri kita dengan orang lain yang kelebihannya jauh berbeza dari kita. Lantas, diri sendiri tertekan. Berteka-teki, kenapa aku tak ada kelebihan yang sama!

Kita lupa sebenarnya, Allah tak ciptakan semua makhluk dengan sifat dan kelebihan yang sama. Kenapa? Sebab Allah nak kita belajar dari satu sama lain. Berkenal-kenalan. Bantu-membantu dan saling menyempurnakan.  Kucing tak akan pernah lari sepantas kuda. Kuda tak akan mampu jadi seperti lembu. Sedangkan burung gagak pun tak akan sama dengan burung helang. Ada bezanya. 

Sepatutnya kita faham tentang hakikat penciptaan manusia. Tak semua orang harus pandai bercakap, tak semua orang pandai menulis, tak semua orang pandai buat bisnes, tak semua orang cepat faham dalam pelajaran atau apa-apa jelah, tapi tak semestinya bila kita tak ada kelebihan macam orang lain, kita lebih teruk dari diorang. Tak semestinya bila kita tengok orang lain lagi berjaya dari diri kita, maka kita anggap diri kita telah gagal. No!!

Please, belajarlah menghargai diri sendiri. Bersyukurlah dengan kelebihan yang Allah beri. Embrace it and please be thankful for it. 
Jujur aku katakan, sebelum aku kenal dakwah tu apa, aku sendiri pun kurang tahu apa potensi yang aku ada. Yang memang, aku suka menulis. Tulis lagu, tulis diari, tulis puisi. Banyak masa aku habiskan dengan benda lain sebenarnya. 
Dakwahlah yang membuka potensi yang aku ada. Buat aku sedar betapa perlunya aku gunakan kelebihan yang aku ada untuk aku sumbangkan pada semua. Bila terlalu banyak kerja dakwah yang perlu kau laksanakan, banyak juga kemahiran baru yang kau belajar. Aku berlatih menulis kerana dakwah. Aku berlatih bercakap kerana dakwah. Plus, aku belajar bergaul dengan orang lain pun kerana dakwah. 

Satu je aku nak pesan, diri kita ni adalah apa yang kita fikirkan! Ingatlah, even Rasululllah sendiri perrnah bersabda, “Barang siapa yang tidak menghargai yang sedikit, maka dia tak akan pernah mampu menghargai yang banyak” (HR Ahmad) 

Maaf, andai ada lakaran kata yang aku coretkan kali ini mengusik atau mengguris jiiwa. Tujuan aku hanya satu, berkongsi ilmu bukan hanya untuk kalian, tapi untuk diri aku sendiri juga yang selalu leka dengan dunia.

#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab