Skip to main content

SORRY!!


Assalamualaikum dan Salam lebaran.
Untuk entri kali ni, aku cuma nak sent artikel yang pernah aku tulis pada tahun 2013 yang belum ter’sent’ sampai hari ni dengan beberapa penambahan. Ada beberapa artikel lagi yang tak tersent yang aku tulis dengan pena suatu ketika dulu. Bila ada peluang ni, tak salah kita guna untuk benda-benda baik.
Bercakap pasal raya, perkataan maaf tu pasti sangat sinonim. Time raya lah semua orang berpusu-pusu nak minta maaf. Tapi bukan hari raya je tau, hari-hari lain pun minta maaf juga.

Bila kita buat salah, buat silap, benda pertama yang akan kita lakukan adalah minta maaf kan? Aku tak kata pada orang lain sebab aku pun macam tu juga. Kadang-kadang kita tak sedar kita buat silap. Kadang kita sendiri tak tahu kita salah. Kadang kita tak rasa apa-apapun tapi dalam masa yang sama perbuatan tu buat orang lain pula terasa hati dengan kita. Then, bila kita tersedar, mulalah rasa gelisah tak tentu arah. Seriously sangat tak tenang selagi orang tak maafkan.

Pernah sekali aku lambat masuk kelas Dakwah yang kebetulan tempat kuliyahnya agak jauh dari fakulti aku. Dalam masa yang sma aku kena ambik ‘written memorial’ untuk pertandingan Mooting Competition. Punyalah aku kalut ke tempat kuliyah sampai tak jumpa pintu masuk. Kawan yang kat dalam kuliah dah mula mesej dah. ‘Cepat, siapa lambat ustaz suruh duduk baris depan’. Aku baca mesej dari sahabat. Sangat-sangatlah cuak time tu. Dahlah minggu tu buku dakwah aku hilang. Nak masuk pintu depan lagilah aku takut. Nasib baik masa masuk ustaz tak cakap apa-apa. Adalah juga tempat nak duduk, tupun kawan aku yang tandakan. Bila time nak masuk ke tempat duduk, dalam kekalutan tu, aku tersepak pulak barang orang kat. Aku langsung tak perasan. Bila dah duduk aku tengok apa yang aku langgar tadi. Rupanya, waffle yang orang tu beli. Allah! Serious aku rasa bersalah. Terus aku keluarkan duit dan minta orang passkan pada dia. Nak ganti balik. Tapi dia tak nak. Aku dah tak senang duduk masing-masing saling passkan duit. Aku agi kat dia, dia pulang balik. Terus aku koyakkan kertas dan tulis something. ‘Minta maaf dan tolong ambil duit ni. Kalau awak tak terima saya raasa bersalah sangat’. Leih kurang macam ni aku tulis. Dan orang tu balas juga di kertas yang sama. Aku tak ingat apa yang ditulisnya tapi yang jelas. Dia kata tak pe dan dia tak nak duit tu. Walaupun dia dah maafkan tapi aku tetap rasa bersalah.
‘Aku minta maaf’’Sorry wei, aku banyak salah ngan kau’ ‘Aku tak sengaja, janji tak buat lagi. Sorry…’ Walau macammana pun ayat yang digunakan, intinya sama. Mereka cuma nak cakap ‘sorry’. And that’s it. Kadang orang akan rasa, senangkan hidup manusia ni. Buat salah je, minta maaf! Salah je minta maaf. Lepas tu, buat lagi.

Bagi kita, bila seseorang tu memaafkan. That is the happiest thing yang kita boleh rasa. Kita rasa tenang dan rasa sangatt gembira. Tapi, kita lupa kadang effect kepada yang merasa tu lagi besar.

Bagi aku sendiri, nak memaafkan tu sangat mudah. Sangat simple. Tapi nak mengikhlaskan tu yang susah. Tambah-tambah kalau apa yang orang buat tu melibatkan nama baik kau. Memang kita maafkan, tapi perasaaan kita. Hati kita still lagi susah nak lupakan. But, whatever it is. At least kita belajar memaafkan walaupun punyalah susah kau nak cakap kau dah maafkan.
Tapi, macam mana pula bila kita minta maaf dan orang tak nak maafkan? Ermm. Susah juga kan? Well, kita tak boleh nak kawal hati orang. So, berdoalah, biar Allah yang lembutkan hati dia untuk maafkan kita. Sebab tulah setiap orang kena ada timbang rasa. Cuba selesaikan baik-baik. Duduk semeja. Bincang elok-elok. Ni tak, salah sikit dah bawa ke mahkamah. Rugilah.Rugi masa. Rugi duit. Kalau selesai tak pe juga. Tapi kalau bertahun-tahun still tak selesai tak ke naya. Padahal masalah kecil je. Sebab tu lah dari segi undang-undang ada ‘arbitration’(timbangtara). Atau dalam bahasa yang mudahnya korang jumpa dan duduk semeja. Ada orang yang mendengar dan bagi pendapat. Dan last sekali dapat kata putus. Tak perlupun nak pergi mahkamah. Kalau boleh selesai cara baik selesaikanlah cara baik.

Tapi kalau rasa tak boleh juga nak terima keputusan lepas dah bincang elok-elok, barulah bawa kemahkamah.

Apa aku boleh cakap, kadang ada benda yang kita tak mampu nak pulihkan dengan ucapan ‘I’m sorry’, No matter how hard you are. Kadang ada benda yang cuma masa boleh betulkan, dan kita mungkin tak tahu berapa lama masa tu. Mungkin sehari dua, seminggu dua. Mungkin bertahun atau bertahun-tahun, kita jumpa balik dan masa tu you said ‘I’m sorry’ and things will get fixed!

Yang penting berdoa pada Allah. Inn syaa Allah ada jalannya.

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Maaf dari hujung tudung sampailah ke hujung stoking kepada yang mengenal dan tak mengenali diri ni. Moga-moga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab