Skip to main content

Diam Kerana Dia

Assalamualaikum buat semua. So for today, I want to share about a word, DIAM! Diam bukan sebarang diam tau, tapi diam untuk meraih Cinta Dia.

Dalam hidup ini, kita selalu berjumpa dengan ramai orang yang mempunyai seribu satu ragam dan karenah. Ada yang banyak cakap macam aku, dan ada juga yang langsung tak bersuara. Eh tak tak tak. Langsung tu ....... macam teruk sangat. Maksud aku, jarang bersuara. Semakin lama kita hidup di bumi Allah nan indah ini, semakin kerap kita berjumpa dengan situasi-situasi macam ni kan? Inilah realiti kehidupan yang langsung kita tak boleh nak sangkal..

Sebuah hadith pernah menyebut
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian , maka hendaklah ia berkata akan sesuatu yang baik, atau hendaklah ia diam"
Actually, kalau nak kaji tentang diam ni.. It will take a really long journey to get the answer and analyse all of the things about ssshhhh...
Tapi bila korang dah dapat. Korang akan tahu betapa indahnya kuasa diam..
CHECK IT OUT GUYS!!

Iman Syafie pernah menerangkan tentang maksud hadith ni. Katanya, apabila seseorang itu ingin memulakan bicara, hendaklah dia berfikir dulu. Bila ternyata tidak ada bahaya, so say it. TETAPI, bila ternyata sebaliknya, maka Diamlah.
Lain pula bagi Abu Al Qasim Al Qusyairi, seorang ahli tasawwuf terkemuka.. katanya , diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang-orang besar dan berkata pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia.
So, korang dah dapat pencerahan kan? Atau masih tak jelaa? Tak pe! Jangan paksa otak korang. Aku tahu banyak lagi benda yang korang kena fikirkan... Takut stress pulak nanti.
Rasulullah selalu sangat ajar seseorang yang beriman untuk jaga setiap perkataan yang nak diucapkan dan biasakan diam kalau diam tu berfaedah. Tapi..... kalau diam tu bukan pada tempatnya pun tak boleh jugak. Diam macam ni, Diam mintak celaan namanya.
So, apa dia diam yang bukan pada tempatnya?

Good question. Diam yang bukan pada tempatnya bermaksud, diam dari suruh benda baik dan tegur benda jahat. Bila kita diam , banyak sangat hikmat yang kita dapat. And one of the thing is , KITA TAK SAKITKAN HATI ORANG. Mesti ada antara korang yang pernah sakit hati dengan kata-kata orang lain kan. Tahniah bagi yang tak ada.. Sebab aku pun ada juga sekali sekala..
Ada satu lagi hadith yang menyebut tentang diam.. Dari hadith Muadz b. Jabal, " Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila enkau berkata, ditulis bagi engkau atau atas engkau ( means dosa atau pahala )

TAPI, JANGAN SALAH FAHAM PULAK... aku tak bermaksud untuk larang korang daripada bercakap atau suruh korang secara mutlak untuk diam tau. Apa yang paling penting , depend on your situation. Sama ada diam tu berfaedah, atau diam tu membawa padah.
Pendek katalah, kalau tak berhati-hati dalam bercakap ni banyak mendatangkan penyesalan dan mungkin juga boleh create dosa. ERR.. Nauzubillah!

Sebab tu lah, ada pribahasa yang berbunyi, luka kerana lidah sama dengan luka kerana tangan. BAHAYA GILA!
Tapi tulah.. untuk diam tu kadang kadang susah jugak. Especially, untuk orang-orang yang macam aku yang memang tak boleh berhenti bercakap. Macam pop corn.  Sampai ada satu tahap kawan aku cakap " Shera, boleh diam tak! " terasa jugak lah sebenarnya. Tapi yang peliknya bila aku diam.. mulalah sentuh-sentuh dahi. "Shera, kau kenapa? Tak sihat ke? Kenapa diam je hari ni?" Seriously aku tak faham apa yang diorang nak.. Fuuh! Cakap salah, diam salah.

Walaupun pernah terniat tak nak cakap banyak, tapi bila tengok dan dengar member lain bercerita itu ini, rasa nak menyampuk lah pulak.
Tu yang sampai sekerat jalan je tu... Tapi tak apalah. Niat tu ada. At least aku mencuba.. hheehehehe.
#shahira_elyas
#sorry typo

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab