Skip to main content

Catatan Training Of Trainer

MINI KONVENSYEN PROTUNE
PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2015
Assalamualaikum, Salam Perjuangan, Salam Usahawan..
Saat aku menulis catatan ni, sedang berlangsung pertandingan Mini Konvensyen PROTUNE bagi sesi ke dua. Lagi 3 jam akan diumum keputusan..
Semalam, lepas buat undian, kami ahli lembaga pengarah diminta untuk membuat persembahan yang keempat.. 10 buah sekolah dipertandingkan. 5 untuk sesi pertama dan 5 untuk sesi kedua... so sebab kitorang dapat no empat.. kitorang kena buat persembahan dalam sesi pertama. (Semalam)!
Perasaan? Entah, macam macam ada... takut, gugup, berdebar debar, excited... semua bercampur... bukan mudah untuk buat persembahan kat depan orang ramai... Tambah tambah kebanyakan yang melihat , orang orang profesional.. yang memang betul betul tahu perjalanan perniagaan tu macammana... yang berniaga peringkat untung berjuta juta... tiba tiba rasa kerdil bila berada depan mereka.. bukan satu mata yang melihat.. entah mengapa aku rasa setiap mata yang memandang kami tu seolah olah suatu pandangan pemangsa kepada mangsa.
Biarpun persembahan hanya 17 minit, tapi begitu bermakna bagi aku..
Berminggu minggu kami bertungkus lumus berlatih itu dan ini.. siapkan buku laporan.. siapkan projek, siapkan slide.. siapkan persembahan.. sampai satu saat, kami terpaksa miss class just untuk make sure our presentation berjalan lancar.
Kadang kadang kitorang terpaksa korbankan waktu malam dan rehat kitorang untuk berlatih.. bermandi rembulan just untuk ke rumah cikgu untuk buat latihan... ada ketika kami dimarahi guru guru.. aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh terlibat dengan semua ni.. Mungkin ini lah takdir namanya.
Untuk berjaya bukan mudah.. tapi nak gagal pun bukan susah. Pernah satu tahap kami ahli lembaga pengarah bertikam lidah... bergaduh. Masing masing diganggu emosi.. bila letih, satu persatu masuk.. syaitan menguasai.. Pandai betul ambik peluang sampai hampir buat kitorang rasa nak tarik diri..
Perjuangan kami bukan mudah. Perjuangan kami untuk menaikkan nama sekolah.. membanggakan guru guru .. mudir.. sahabat sahabat.. Perjuangan kami untuk membuktikan sekolah agama yayasan seperti sekolah kami, Maahad Amir Indra Petra, mampu setaraf dengan sekolah sekolah lain.
Perjuangan untuk mencapai kemenangan itu bukan dihampar dengan karpet merah tapi dengan batu batu yang mampu melukakan setiap kaki yang memijaknya. Pilihan cuma ada dua... Teruskan atau berundur!!
ALHAMDULILLAH , kami memilih untuk meneruskan perjuangan ini.. biar banyak hati yang sakit... terluka.. masing masing terpaksa  memekakkan telinga. Mengeraskan perasaan.. buktinya hari ini kami mampu berdiri di sini. Menjadi antara syarikat top 10 dari 33 buah sekolah..
Berada di atas tangga tangga top 10 ini merupakan suatu penghargaan bagi kami .. Allah beri peluang untuk kami..
Setiap pengurus, masing masing berusaha untuk diri masing masing dan pengurus lain.. masing masing take care of each other . Bila buat latihan dan salah seorang tak de , kitorang sanggup merentas malam just untuk pergi ambik..
Ibu bapa? Erm, secara personal Umi and Abah tak marah pun.. cuma perasaan risau tu tetap ada... Bila aku dan angah, adik aku yang lelaki (pengarah urusan) minta izin untuk buat latihan kat sekolah.. Umi tak membantah.. Tapi ada juga sesekali Umi suarakan rasa gusar di hatinya bila tengok anak anak keluar malam. Umi tahu kitorang tak buat benda yang pelik pelik... bukan hal itu yang selalu Umi risaukan. KESELAMATAN !
"Bawak motor elok elok.. baca Bismillah, doa pada Allah."
Itu yang selalu umi pesan.. terusik hati kecil ini.. hati seorang Ibu itu begitu tulus.. cukup tulus.
Adik Lan , Mohd Fadhlan Elyas , 17 selaku Pengarah Urusan, adik aku sendiri adalah orang yang aku tengok paling stress.. Kena urus hal produk , hal slide , buku laporan.. sampai ada ketika kami , aku dan dia bertikam lidah just kerana perkara perkara kecil.
Mizan Qistina Bushra Adanan , 18. relax relax relax.. tu lah orangnya.. tapi bila sampai satu tahap dia tak tahan.. Boom!!! Meletup jugak akhirnya.
Aku, Nur Shahira Elyas , 18, (Pengurus Kewangan ).. kalut! One word yang aku boleh cakap tentang diri aku.. kang kalau aku puji diri sendiri, takut orang kata Masuk Bakul Angkat Sendiri pulak. Huhu
Ahmad Rusydan Suhail Rosihan, 17
(Pengurus Pengeluaran)
Fadhlan's buddy.. sahabat setia lah katakan.. everywhere selalu bersama..  yang boleh terima jer perangai Adik aku yang kadang kadang annoying.. hehehe..
Last one, Asmaa' bt Muhamad  Sharifuddin, 17 , (Pengurus Pemasaran) . hurm.. tak tahu macam mana nak gambarkan this little cute girl.. just like fun and steady.. hyperactive sgguh..
And lastly, eh jap jap before that , aku nak perkenalkan our Best budak IT.. huhu.. takut lupa pulak..
The big boss of Budak IT ,
Ahmad Afnan Luthfi Zulkifli, 18.. memang terror lah bab laptop and PC ni.. bab bab design baju , liminate kad or apa apa je boleh serah kt dialah.
Tak lengkap pulak,kalau dye sorang jer.. pembantu kena ada...
Our second Budak IT,
Muhamad Shairazi Suhaimi, 17... erm Shairazi.. this boy tmpat kitorang mintal sweets .. gula gula.bila rasa nak.. and tempat kitorang cari bila lapar.. si Mizan cakap Shairazi macam Fizi dalam cerita Upin Ipin.. hwahaaha. And Shairazi, accept je dengan sepenuh jiwa dan raga. lantaklah.. asalkan bahagia..
Tu lah tujuh orang ahli kitorang. Yang memang kadang kadang giler sampai tak ingat dunia.. Maybe ni lah my last experience dalam PROTUNE. Happy sangat, sebab Allah dah bagi pengalaman ni.  Pengalaman yang tak akan aku lupa sampai bila bila.
Terima kasih pada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan Syarikat kami, F.E.A.R SDN BHD.. Mudir Maahad Amir Indra Petra, Guru guru, our Parents, our friends and everyone yang terlibat dalam membantu kitorang ..
Menang kalah adat pertandingan .. yang penting pengalaman. Nge 😊
Last, aku titipkan harapan bgi setiap ahlu F.E.A.R
Pengarah :
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH KERNA KETAQWAAN ITU PEMANGKIN KESEJAHTERAAN UMMAH DUNIA DAN AKHIRAT
Pengurus Pentadbiran:
I HOPE WE CAN WORK IT OUT FOR REAL... REAL THING YEAAH IT MUST BE SO GREAT TO BUILD OUR EMPIRE.
From FEAR to the TOP GEAR . From administrative manager with love :)
Pengurus Kewangan:
Erm,money is not everything but everything needs money.. hahaaahahaaa.   Tk de apa apa nk ckap.. dh byk dh aku cakap..
Pengurus Pengeluaran:
I hope will be past with flying colour in all of examination.."BE THE BEST AMONG THE BESTER"..
$# Sekiranya dengan Dugaan n Cabaran yg pelbagai dpat m'jdikn kita lebih baek drpda sbelumnya!,,Mengapa kita perlu BERSEDIH!!!..
Pengurus Pemasaran : Do the best, beat the rest and start moving toward victory. Kemenangan tidak selalunya bersama, tewas tidak bermakna untuk selamanya, kerana apa yang penting, kerana itu semua mengajar kita untuk melangkah maju kehadapan, dan dapat menimba pengalaman baru...usah bersedih jika kita bkn yg terbaik tapi bangkit lah untuk menjadi terbaik dari yang terbaik!!!!
IT 1 , Big Boss: Apa-apa keputusan di tangan tuhan.... tujuan utama bukan kemenangan tetapi redha Ilahi.. terus maju PROTUNe MAIP .... Face Everything And Rise...
IT 2 , Vice Minister: Yang lepas biarkan lepas, apa yang penting masa sekarang perlu diteruskan walaupun rebah terus bangun, walaupun rapuh teruskan bertahan kerana untuk hidup dimasa hadapan perlulah hidup dimasa sekarang...
Start our engine and drive to victory...
That's all.. nak mintak tolong sorang sorang tulis benda alah macam kat atas tu.. macan nak bergusti.. heheeheeh..
Apa apa pun doakan kitorang berjaya..
#shahira_elyas

Comments

Unknown said…
bosan...... terlalu panjang cerita... bla,bla,bla
Tak bagi smangat lgsung lh kau ni Angah.. 😒

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab