Skip to main content

HARAPAN PALSU (CINTA)

Assalamulaikum Dunia...
Tiba tiba hati aku rasa menyampah dengan kes putus cinta budak budak ni.. Hal nak bercinta, couple bagai tu dah satu masalah.. yang dah bercinta , putus pulak pun masalah jugak..
Mana taknya, yang lelaki mulut manit tak ingat dunia... yang perempuan pulak buat perangai gedik nengada ngada.
Aku bukan nak blame sesiapa tapi aku nak pesan.
Kalau kau just nak anggap dia sebagai kawan biasa, kau layanlah dia macam kawan biasa.
Tak payah kau nak melampau-lampau caring pasal dia.
Ya, kau tak pernah lafaz cinta ❤ atau rindu tapi kau sedar tak cara kau layan tu?
Cara kau cakap dan text dia, menjurus kepada memberi harapan?
Kau tak sedar!
Ya kau tak sedar langsung!!
Kau kena tahu.
Hati manusia lembut especially perempuan.
Mudah tersentuh kalau ada yang ambil berat.
Mudah tersentuh kalau ada yang melayan dengan baik.
Contoh perbuatan yang menjurus kepada memberi harapan palsu:
1. Hari-hari kau text “morning, goodnight, jangan lupa makan tau. Nanti tak sihat.”
2. “You take care. I risau kalau apa-apa jadi kat you. Nanti dah sampai rumah, you text i okay.”
3. “You demam ke? Laa..pergilah klinik. Ambil ubat. Tak pun i boleh teman you pergi jumpa doktor k?”
Korang selalu bergayut call sampai ke malam even borak kosong je pun.
Korang selalu berkongsi masalah.
Dan lain-lain kemesraan yg kononnya atas dasar teman tapi mesra.
At the end, bila kau dah jumpa right person kau.
Kau tinggalkan dan senyapkan diri macam tu je.
Kau biarkan dia terkapai-kapai dengan harapan palsu kau.
Bila dia tanya tentang kita?
“Eh, kita selama ni kawan je kan. Saya sikit pun takde perasaan dengan awak.”
Aku just nak mintak one thing je dari semua, tolonglah berhenti memberi harapan palsu.
Kau tolong jaga perkataan dan perbuatan kau.
Jangan terlalu mesra, jangan terlalu melayan, jangan over caring.
Kalau kau anggap dia macam biasa-biasa je.
Kau mungkin tak sedar, berapa ramai yang terluka kerana kau.
Kalau rasa tak suka dan tak boleh suka, sila lah berterus terang.
It’s better to tell them, rather than allow them to live a lie and give them false hope.
#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab