Skip to main content

4th International Ijtima' For Ummah Solidarity (Asia Region)

Salam perpaduan dari seorang aku yang dah lama tak mencoretkan tinta kata pada lembaran blog ni. Di entri kali ini, ingin aku kongsikan pengalaman aku menyertai Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-4 yang diadakan di Kota Bharu pada 20,21 dan 22 Julai baru-baru ini. Tak seronok rasanya kalau pergi sorang diri. Jadi aku rekrut my other bestfriend untuk join sekali. Lama punya pujuk, main-main ayat, lastly si Asma’ , Anis and Zara nak teman aku ke IAPU tu as a volunteer. Bukan tak berani nak join sorang-sorang tapi bila ada kawan ni, at least ada juga orang untuk teman berbual. Memang bukan niat aku ke sana nak berbual but sekurang-kurangnya tak adalah aku sesat sorang diri kat bumi Kota Bharu tu. Even aku ni anak jati Kelantan, tapi kat kampung aku sendiri pun aku boleh sesat tambah pula dengan aku ni yang jenis ‘buta’ bab-bab jalan ni.
Nak dipendekkan cerita, lebih kurang seminggu sebelum IAPU kali ke-4 tu berlangsung, para sukarelawan yang berdaftar dipanggil  menghadiri taklimat. Taklimat untuk IAPU ni dilangusngkan di Tingkat 2 , Bangunan Jaafar Rawas, Medan Ilmu. Walaupun aku ni dah dikira banyak kali pergi ke Jaafar Rawas tu, tapi aku still juga tak tahu mana tempatnya. Masakan tidak, nak pergi mana-mana naik kereta. Tambah pulak aku ni jenis yang suka tidur. Bila naik kereta yang dah ada orang yang memandu , cepatlah mata ni nak terlelap. Nasib baik juga zaman IT teknologi terkini ni ada GPS. Si Anis pun ada  tolong bacakan peta. So mudahlah perjalanan kami hari itu. Zara dan Asmaa’ masing-masing dengan parents masing-masing. Taklimat bermula jam 9  pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Seingat aku tak adalah pula masa taklimat tu menyebut yang IAPU ni adalah berpaksikan mana-mana parti sebagaimana yang dicanangkan oleh orang-orang yang cetek pemikiran.
Taklimat kami memang berteraskan tujuan asal IAPU itu sendiri. Bahagikan setiap volunteer kepada portfolio-portfolio yang mereka nak. Al maklumlahh , ‘SUKARELAWAN’. So memang suka-suki volunteer nak masuk dalam gerak kerja mana. Pihak penganjur pun tak menetapkan atau beri kata putus kepada mana-mana volunteer. Kitorang juga  diberi pilihan untuk bekerja shift pagi, shift petang atau kedua-duanya. Tiada yuran dikenakan. Memang dah kehendak individu untuk join. Tiada paksaan langsung. Dah habis taklimat, kami diberikan task untuk promosikan Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah ni kepada orang ramai. Flyers diagihkan dan setiap portfolio diberikan tempat masing-masing untuk aktiviti promotion. Antaranya Parkson, Pasar Siti Khadijah, Stesen Bas dan ada beberapa tempat berhampiran. Even pada aktiviti ini pun , tiada paksaan . Yang mana ada kerja dan rasa nak balik. Mereka dipersilakan balik. Siap diberi sebungkus nasi dan sebotol air lagi bagi sesiapa yang datang. Hari tu memang aku tersangat-sangat lah excited  bahagi-bahagikan flyers. First time aku buat kerja yang se’masyarakat’ ni. Sampaikan dah habis,  siap mintak lagi dengan volunteer lain yang macam malu nak agih-agihkan flyers. Tambah pula aku ni jenis banyak mulut. Sampaikan ada seorang mak cik tu ingat aku nak jual barang. Padahal nak bagi flyers je. Gelak aku sorang-sorang dalam perut. Nasib tak pecah perut den. Alhamdulillah , untuk hari itu segalanya berlaku dengan lancar..
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari berlangsungnya Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah( Rantau Asia ). Untuk hari pertama , aku tak sempat nak menghadirkan diri kerana ada beberapa perkara yang tak dapat aku elakkan. Hari kedua, pagi-pagi lagi aku dah bersiap. Hari tu, aku tumpang si Zara dengan kereta dia. Anis tumpang sama. Jam 8.45 kami dah terpacak kat depan khemah volunteer. Pukul 9 baru mula pendaftaran sukarelawan. Jangan salah sangka pula, pendaftaran ni bukan melibatkan yuran penyertaan, tapi pendaftaran ni hanyalah untuk menanda kehadiran, pengagihan baju dan juga kupon makanan. Tu lebihnya volunteer. Dapat baju free, makan pula  free dan yang paling special, pas volunteer tu boleh jadi tiket untuk masuk mana-mana acara. Kalau ada yang bertanya, aku terlibat dengan portfolio apa. Jawapan aku Papa Lima. Menguruskan tugas—tugas kebajikan. Bahagian kutip sampah sarap yang orang buang sepanjang program dan membantu mana-mana bahagian yang memerlukan. Tapi kalau nak diceritakan secara formal bidang tugas Papa Lima adalah lebih tertumpu kepada tugas-tugas  pembersihan. Secara total , seramai 200 orang terlibat dengan portfolio ini. Satu lagi portfolio yang hampir sama dengan bidang tugas aku adalah Kilo Lima. Untuk this portfolio , seramai 300 orang sukarelawan terlibat. So, kalau nak dikirakan secara keseluruhan 500 orang sukarelawan memang ditugaskan secara rasmi untuk hal-hal kebersihan. Tak termasuk portfolio-portfolio lain yang bertugas secara tak rasmi dalam kerja-kerja pembesihan. Sebab apa? Pihak atasan Ijtima’ sediri meletakkan moto “Kebersihan Nombor Satu”. So memang bercanggah sangat-sangatlah dengan apa yang digembar-gemburkan sesetengan pihak yang mengatakan ini adalah himpunan sampah. Sepanjang program berjalan, hampir setiap slot ,sukarelawan akan berkumpul untuk dapatkan plastic sampah dan kutip sampah-sarap yang ada. Begitu juga aku. Kerja bahagikan flyers semasa program berlangsung, uruskan name tag , bahagikan surat khabar, hamparkan tikar untuk orang solat , susun kerusi yang sebanyak-banyak bintang tu (melebih) and others thing langsung tak menjejaskan tanggungjawab kami untuk jalankan kewajiban pembersihan. 3 hari program berjalan, 3 hari itu juga pihak kami bertungkus-lumus memastikan keadaan bersih. Tapi kami akui ada ketikanya ada tempat-tempat yang tak dapat kami cover. Sukarelawan pun manusia biasa juga. Banyak program yang diadakan sepanjang program. Wakil-wakil dari negara lain juga turut serta dalam konvensyen dan pembentangan kertas kerja. Orang bodoh je yang cakap himpunan ni bertujuan untuk menaikkan mana-mana parti. Tak pun orang tu datang dengan misi nak cari kekurangan. Tapi syukur juga dengan haters-haters yang datang majlis ilmu dan tempat alim ulama’ ni.
Tak sampai beberapa hari IAPU melabuh tirai, ruang socialku dikunjungi dengan ‘posting-posting yang bagi aku cukup-cukup menyakitkan mata. Antaranya ada yang komen tentang kebersihan. Bab yang aku paling sensitif sebab aku one of the volunteer yang bertanggungjawab dalam bab-bab kebersihan ni. Ada juga yang post gambar-gambar longgokan sampah yang aku tak tahu bila dia ambil. Ingin aku jelaskan kepada sesiapa yang ada disini supaya jelas dengan keadaan berlaku. Sungguh gambar-gambar yang dipostkan sama sekali tidak terkait dengan kawasan-kawasan dalam pantauan kami. Bukan aku cakap untuk lepas tangan. Dalam stadium, astaka dan sekitar khemah-khemah utama memang dah cukup clear. Nak kata sifar sampah tu berbohong pula, tapi secara mata kasarnya memang tiada sampah namun ada juga sampah-sampah yang berada diluar yang pihak peniaga tinggalkan.
Itu yang pertama. Tapi bukan niat aku nak mengatakan peniaga itu salah. Dalam satu sisi , peniaga yang berdaftar juga ada yang tak tahu peraturan yang sudah ditetapkan oleh pihak urusetia. Yang aku nak highlightkan adalah, kebanyakan gambar yang diambil adalah pada pagi Ahad sebelum pihak unit amal bersihkan. Tak sudah-sudah mereka menyalahkan parti Pas ( tersebut juga ) . Kalau nak diikutkan Program parti X yang berlangsung dekat Dataran Rehal baru-baru ini lagi banyak sampah. Biarpun mereka tak bersihkan, tak pula jadi isu . Sampai last-last pihak Majlis Pembandaran Kota Bharu juga yang bersihkan.
Aku bukan nak salahkan mana-mana parti. Even parti yang aku sokong sekalipun kalau ada salah tetap  juga aku akui. Tapi mentality manusia ini yang ingin aku persoalkan. Kalau dalam diri setiap seseorang itu ada kesedaran, sukarelawan atau portfolio yang bertugas dalam hal-hal kebersihan tak perlupun ditubuhkan. Kalaulah setiap individu yang datang itu tahu kewajiban masing-masing , bab-bab kebersihan ni tak akan jadi satu isu. That’s the thing yang aku  nak highlightkan. Everyone do know betapa Allah sukakan kecantikan. Even dalam agama lain sekalipun they still ambil berat hal-hal kebersihan. But people always like judging than mengubah. Kalau dah nampak dah sampah depan mata, bukan lagi elok ke untuk kutip dari nak menjaja cerita.
Itu satu hal, satu hal lagi yang buat aku sakit mata adalah bila ada posting dari seorang hamba Allah ni yang berbunyi,
“Kato sebutir stadium kena tipu dengan gambar? Tulis pertahankan Islam tapi duk bawak Pertahan Kerajan Islam , letak gambar Dr Zakir Naik lepas tu pula tak maklum Dr Zakir naik tak hadir, kalau ikut bahasa advertising , bila gambar Dr Zakir Naik paling besar tu maknanya nak cakap dialah penceramah utama dan daya penarik utama……. Anyway bro2 PAS sekalian, tahniah sebab penuh stadium semalam mugo antarabangsa pas lipat pulok.. Acu try wat sekali lg kali ni jange tipu2 dah la”
Dalam banyak-banyak posting, this post really-really buat aku rasa nak naik darah. Kalau isu sampah tu, aku boleh tahan lagi sebab every single program pun memang tak akan lari dengan isu sampah ni. Tapi bila berkait dengan parti I am the one yang keep feeling sensitive.
Pertama, isu tak maklumkan Dr Zakir Naik tak dapat hadir. Memang satu tuduhan yang sangat berat untuk aku terima sebagai seorang pelajar undang-undang (law) yang mementingkan bukti daripada cakap-cakap kosong seorang manusia. Sebab apa, dalam akhbar Sinar Harian sendiri yang bertarikh 20 Julai 2017 melaporkan tentang Dr Zakir Naik yang tak dapat mengikuti program Ijtima’ kali ini. Korang boleh check sendiri. Aku malas nak bahaskan. Tak akanlah pulak nak  cetak flyers lain beribu-ribu just untuk maklumkan ketidakhadiran Dr Zakir Naik. Beginilah jadinya, bila manusia suka sangat cari kesalahan orang sampai lupa nak kaji betul-betul hujung pangkalnya. 
Ada pula yang posting kata himpunan ini adalah himpunan untuk angkat sumpah sebagai ahli Pas. Maaflah kalau aku bagi pendapat aku sebagai seorang budak 19 tahun yang masih tak matang dalam hal-hal politik ini. Tapi seingat aku , tak ada pula mana-mana individu yang menyebut terang-terang ataupun yang meminta untuk seisi stadium angkat sumpah sokong Pas. Yang aku dengar dan yang aku ikrar adalah untuk mempertahankan kerajaan dalam pimpinan Islam dan yang menggunakan teras Islam sebagai tunjang pemerintahan. Tapi tak tahulah pula kalau mereka sendiri yang rasa organisasi yang memerintah dengan teras Islam itu adalah Pas. Problem now adalah aku memang betul-betul nak buka  mata setiap individu , yang program Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah ini bukanlah satu agenda parti Pas untuk nak menaikkan nama mereka tetapi ini adalah satu inisiatif dalam nak menyatupadukan setiap kelompok di Rantau Asia ni agar sama-sama bersatu dengan tujuan yang sama iaitu mencapai redha Allah. Orang yang suka-suki nak menuduh patutnya mendengar setiap pembentagan paper work yang disampaikan oleh setiap wakil negara-negara Rantau Asia. Tak ada langsung yang berkait dengan mana-mana parti . Yang adanya adalah tentang Perpaduan Ummah itu sendiri.
Aku bukanlah nak bercakap banyak, tapi aku cuma nak berkongsi apa yang aku rasa dan apa yang ingin aku sampaikan kepada setiap orang. Perpaduan itu tak akan tercapai kalau setiap orang dalam diri ada sifat dengki , iri hati , atau terlalu menyanjung diri sendiri. Seharusnya setiap organisasi menunjukkan contoh yang baik kepada ahli-ahlinya bukan menunjukkan sikap yang merendahkan maruah sendiri. Aku hanya seorang remaja yang langsung tak tahu apa-apa. Tapi aku tahu, aku punya hak untuk bersuara.
#shahira_elyas
#25/07/2017

Comments

chocolatte said…
Wow.awesome arr lawyer tobe.good job fren.may Allah ease your job.

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana