Skip to main content

My Life In Universiti Sains Islam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t …
Alhamdulillah setelah sekian lama aku berdiam diri, akhirnya tergerak hati ini untuk melakar ayat-ayat pujanga kembali. Cehh, pujangga lah sangat! Apapun, now I’m here. Writing again as usual.
USIM aka Universiti Sains Islam Malaysia. Seriously, dulu masa dekat sekolah menengah aku tak tahu persis pun tentang USIM. Memang lah nama tu aku pernah dengar. Tupun sebab cikgu yang banyak bercerita. Tapi soal yang lain-lain tu, sumpah aku tak tahu.
Aku tak tahu pun yang USIM tu ada kat Negeri Sembilan. Aku tak tahu pun yang USIM pun bukan calang-calang Universiti. Aku bukan nak back up university aku sendiri, tapi itu apa yang aku rasa sekarang. Dan secara jujur, aku langsung tak pernah berharap nak masuk sini.
Ya! Memang aku nak masuk bidang undang-undang, tapi tak pernah pulak aku target untuk masuk USIM.
Tapi itulah perancangan Allah namanya. Berada di sini bukan suatu kemahuan  tapi sebuah takdir yang mencambahkan keindahan. Indah sebenarnya walaupun aku tak ada ramai sangat kawan rapat, (setakat ini lah). Kalau ada yang memang rapat gila-gila pun, housemate aku. Yang memang 24/7 bersama.
Entahlah,  soal kawan, sampai hari ini aku tak mampu nak fikir kenapa ya, susah sangat aku nak mendekati seseorang. Sebelum ni senang je. Dan aku rasa kalau aku dekati seseorang, hubungan tu akan terbina je pun. Tapi persoalannya, aku langsung tak ada keinginan untuk berkenalan, mendekati!
Dulu Umi pernah tanya “ betul ke along nak pergi USIM? Kat sana kan along tak ada kawan sangat. Matrikulasi Along dah ada ramai kawan.”
Pastu aku jawab , “Alah umi, along nak pergi belajar bukan nak berkawan”.
Hurm , salah sebenarnya. Dekat matrikulasi, aku seronok sangat berkawan. Walaupun subjek tu aku tak minat tapi aku jadi nak juga belajar sebab semua kawan belajar sekali. Kat sini semua subjek aku suka, tapi masalahnya kenapa hati aku tak rasa gembira ya? Mungkin sebab dulu aku macam yakin sangat kut bagi kat Umi jawapan yang macam tu. Skearang. Ambik !
Betul, tujuan utama aku ke Universiti untuk belajar dan bukan untuk berkawan. Tapi, satu benda aku silap. Dalam belajar, aku perlu kawan. Aku sangat-sangat perlukan kawan untuk sokong aku dari belakang. Untuk kejutkan aku bila aku tertidur. Untuk betulkan aku bila aku khilaf. Kawan yang boleh sedarkan aku saat aku mula jauh dari Tuhan. Itu yang aku salah.
Bila berada kat Universiti, korang tak akan pernah jumpa lagi dah situasi di saat korang berada kat sekolah menengah. Kat sini, korang bebas. Bebas buat apa je yang korang nak. Nak balik lewat malam, nak keluar lelaki perempuan, nak ponteng kelas, nak tidur dalam kelas, nak main phone dalam kuliah. Terpulang. Korang bebas! Yes! Sangat bebas sehingga boleh buat korang leka dari tujuan sebenar korang masuk ke university.
Saat-saat begini, korang betul-betul perlukan kawan untuk sama-sama mengingatkan. Kat sini, satu je, cari kawan yang betul. Jangan libatkan diri korang dengan budak-budak yang langsung tak tahu apa yang diorang patut buat. Kecuali, korang ada keberanian untuk tarik diorang ke jalan yang Allah redhai. Tak kisahlah Universiti tu berlatar belakang Islamic atau tak, keadaan dia hampir sama je. Kita sendiri yang perlu jaga diri kita. Kalau kita pun leka, alamaknya, jauhlah kita tercampak. Jangan kecam aku pulak. It just my opinion.
Kadang-kadang , aku rasa takut sangat. Mampukah aku untuk tempuhi semua ni. Belajar dalam bahasa Arab. Aku sedar , itu bukan kepakaran aku. Tapi aku juga sedar yang aku harus teruskan.
Seorang kawan pernah cakap “ If Allah send you to it, He will send you through it. Aku betul-betul harap kata-kata  itu betul. Doakan aku wahai pembaca. Moga masih ada sinar untuk hari  esok.
Aamiin.
#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab