Skip to main content

JANGAN LAYAN SANGAT PERASAAN ITU!

First of all, aku nak ingatkan dulu.. Allah kalau jauhkan kita dari seseorang yang kita sayang ni.. means dia sayang kepada kita..dia nak jauhkan kita daripada mendekati zina.. kita patutnye bersyukur.. tengok masyarakat di luar sana.. berapa ramai yang Allah biarkan mereka melakukan maksiat.. dating siang malam.. duk bergayut di henfon sepanjang masa... kita tak sedar.. Allah biar je dia melakukan maksiat.. tu tanda Allah sayang ke??? 

Of course jawapannya TAK ! sebab tu Allah biar je dia leka dengan maksiat tu.. tapi kita ? Allah jauhkan dari orang yang kita sayang.. tu maknanya Allah masih kasih kat kita... bersyukur !
Allah dah jauhkan kita dari si dia.. kenapa kita pulak terhegeh-hegeh nak pergi cari dia? SABAR ! Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. rasanya tak perlulah nak buat status, letak gambar ayat cinta, post gambar si dia yang tujuannya nak menarik perhatian si dia.. nak bagitahunye kita sayang dia.. naknye dia perasan yang kita ada perasaan cinta terhadap dia.. come on !! hidup di dunia yang nyata!!! kalau betul anda sayang, apa perlu anda buat?? BERDOA !! orang yang anda sayang tu milik siapa? milik Allah kan? hati dia milik siapa ? milik Allah jugak kan? jadi.. berdoalah.. mintak Allah jaga dan simpan si dia untuk kamu.. minta Allah panjangkan jodoh antara kamu dan dia.. lembutkan hati dia menerima kamu suatu hari nanti.. tu yang lebih penting dari duk post ayat-ayat cinta yang entah si dia baca ke tak.. Allah pemilik hati si dia dan hati kamu.. Allah berkuasa membolak-balikkan hati sesiapa je yang dia nak.. kalau Allah nak.. sekelip mata je Allah boleh hilangkan perasaan sayang tu dari hati kamu.. 

tapi kenapa Allah tak berbuat demikian?? mungkin itu sebagai ujian untuk kamu.. nak tengok sejauh mana kamu handle perasaan kamu tuh.. kalau yang ni dah fail ! apatah lagi ujian selepas kamu mendirikan rumah tangga nanti.. fikir baik-baik ye.. nak kahwin macam mana kalau macam ni..
kita nak berdoa kepada Allah supaya panjangkan jodoh kita dengan si dia.. tapi kita jauh dengan Allah?? macam mana Allah nak makbulkan kalau macam tu.. jadi.. serahkan dulu bab cinta dan jodoh ni kepada Allah.. fokus dulu kepada mendekatkan diri kepada Allah... jadikan Allah is the number 1 in your life dear.. anything you do,, biar bersandarkan kepada Allah.. perkara baik berlaku dalam kehidupan kita.. " Alhamdulillah, Allah masih sayang aku ".. perkara yang tak baik berlaku.. " apa hikmah berlakunya perkara ni... mungkin ini yang terbaik untukku, mungkin kalau aku teruskan, ada perkara yang tak baik akan berlaku kepada aku " .. always think positive terhadap Allah !
"saya tak tahu kenapa... saya tak boleh buang perasaan cinta kepada dia, rasa nak kahwin terus je.. " memanglah kamu rasa macam tu.. sebab kamu pergi layan sangat perasaan tu.. mesej 24 jam dengan si dia.. duk tengok sepanjang masa gambar si dia.. pergi layan pulak lagu-lagu cinta.. cerita-cerita jiwang.. macam mana perasaan tu nak hilang?? dan of courselah perasaan tu akan semakin membuak-buak.. come on guys ! cuba kamu buang segala yang berkaitan dengan si dia dalam hidup kamu.. kamu sibukkan diri kamu dengan kerja-kerja.. fokus kepada pelajaran.. memang confirm lah nama dia takkan muncul dalam ingatan kamu. kalau muncul sekadar menjengah je, tak sempat nak feeling-feeling rindu..
serahkan dulu si dia yang kamu sayang tu kepada Allah.. doa mintak Allah jagakan dia... biar kita kejar dulu Allah.. berusaha mencari kered haan Allah, bukannya berusaha mencari keredhaan girlfriend / boyfriend.. nak tanya, kamu yakin ke kamu akan berkahwin dengan si dia?? tak takut ke kamu duk kejar si dia.. tapi yang sampai dulu jodoh kamu dengan kematian.. kamu duk kejar si dia.. tak kejar Allah.. tup tup dipanggil dah oleh Allah.. tak malu ke?? Allah panggil dalam keadaan kamu bukannya mencari keredhaan dari-Nya..
kalau kita utamakan keredhaan Allah.. dan seandainya kematian dulu hadir.. insyaAllah jodoh kita sedang menanti di syurga.. dan andai kata jodoh kita bukan dengan si dia.. YAKIN ! mungkin itulah yang terbaik untuk kita.. mungkin ada hikmah di sebalik kenapa Allah kurniakan insan lain dalam hidup kita.. mungkin yang si dia yang kita sayang itu tidak layak untuk kita dan kita berhak ke atas seseorang yang lebih jauh baik dari si dia..
cuba bayangkan suatu hari nanti...
- MasyaAllah, tak sangka awak jodoh saya..
- SubhanAllah, tak pernah kenal pun.. tak sedar pun kehadiran awak, tapi tak sangka jodoh saya dengan awak..
- Alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh kami...
yang ni baru sweet..
akhir kata dari saya, doa dalam diam itu lebih manis dari ayat-ayat cinta yang kamu luahkan untuk si dia yang belum halal untuk kamu..

#shahira_elyas
shahiraelyas.blogspot.com

Comments

hasiruddinhadi said…
Sentap. 2020 dan masih relevan sebenarnya. Betul kalau diikutkan hampir setiap malam bergayut kadang² smp azan Subuh. Hati dia milik Allah, betul sgt². Nak halal berdoalah dengan yakin. Terima kasih penulis.

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana