Skip to main content

LOVE NEVER BLIND

Terasa nak kongsi suatu kisah yang aku ambik dari TheSilentTyping. Good job!!
Cerpen : Cinta itu tak buta, hang ja kena kencing  (haha)
| PART 1|
"Assalamualaikum ya ukhti. Ini ana Ibnu Qayyum". Suara jantan Ibnu mengusik jiwa Nur Najihah.
"Waalaikumusalam. Eh akhi ibnu. Terkejut ana call malam-malam ni, kenapa ye?".
Ibnu melihat jam di dinding. Jarum pendek baru nombor 10.
"Oh, kalau ana mengganggu ukhti. Takpelah, assalamualaikum". Dengung Ibnu dengan nada yang sedih.
"Eh eh apa yang ganggu pula. Mana ada ganggu ana. Cuma ana tak biasa bercakap dengan ajnabi kerana itulah ana bagi alasan dah malam. Kenapa akhi call ana ?". Jihah segera menghabiskan ayatnya, khuatir andai Ibnu mematikan panggilan telefon.
"Baiklah, ana berterus-terang sahajalah. Sebenarnya ana cuma nak beritahu yang ana nak jadikan ukhti menjadi bidadari syurga untuk ana. Boleh ?". Tanya Ibnu tanpa dalih-dalih.
Jihah ketika itu sedang berbaring, bangun terduduk mendengar permintaan Ibnu. Terkejut kerana Ibnu seorang senior yang dicop "ustaz" kerana kealiman beliau. Suka memakai jubah. Menyimpan janggut. Badan juga tak ubah macam Zul Ariffin. Siswa sem akhir dalam ijazah dakwah. Pendek kata cantik dalam dan cantik luar. Memang menepati kriteria-kriteria bakal tulang rusuk yang dicari-cari oleh Jihah selama ini.
"Ukhti? Dengar tak?". Soal Ibnu bimbang andai Jihah menolaknya lamarannya.
"Kalau akhi serius janganlah guna cara ni, terus datang rumah jumpa abi ana dan kita terus tunang". Kata Jihah yang tersipu-sipu malu.
"Eh, mengikut ilmu ana tak perlu pun jumpa orang tua apa semua. Kalau ukhti dah setuju, kita dah kira bertunang dah". Jawab Ibnu dengan yakin.
"Hurm.. macam tu ke? Tak tahu pula ana. Tapi kena tanya abi ana dululah sebab ana tak boleh beri jawapan suka hati". Jihah membalas dengan penuh keraguan.
"Ukhti? Islam itu mudah jangan disusahkan. Kita tunang dulu dua-dua lepas tu baru ana datang rumah ukhti terus nikah. Ok ?". Gesa Ibnu lagi.
Jihah makin teragak-agak. Belum pernah lagi dia mendengar pertunangan sebegitu rupa. Lama juga dia membisu.
"Hurm... kalau ukhti tak sudi. Takpelah ana terima je, ana bukan jenis suka memaksa orang. Tapi ana.... hurm.... takpelah kalau ukhti tolak, ana nak meminang Athiah lah. Dia sahabat baik enti kan ?". Tanya Ibnu dengan penuh kesinisan.
"Eh, mana ada ana tolak. Ana terimalah lamaran akhi". Sebenarnya Jihah tidak mahu melepaskan Ibnu kepada sahabat baiknya, Athiah. Gila kot nak lepas Ibnu, lelaki menjadi rebutan muslimah di luar sana.
"Baiklah, esok kita jumpa ye. Kita kena taaruf agar dapat mengenali antara satu sama lain. Kita kan dah tunang so takpelah nak jumpa. Lagipun kita jumpa bukan kat hotel ke apa, kita jumpa kat cafe pun ok. Tapi kalau nak elak fitnah baik jumpa kat surau, yelah sebab cafe ramai orang tengok. Kat surau waktu dhuha takde orang dan ana boleh ajar ukhti mengaji nanti. Boleh ?".
Hati Jihah mulai terusik gembira, rasanya bagai mendapat bintang di langit malam. Tak dijangka dia akhirnya menjadi tunangan Ibnu, seorang lelaki yang amat menjaga agamanya. Lelaki idaman para niqabis meskipun dia hanya memakai sehelai tudung labuh.
Jihah terasa bersyukur kerana Ibnu memilihnya antara ramai gadis-gadis berniqab di luar sana. Kedua-duanya mematikan panggilan telefon setelah Jihah bersetuju untuk bertemu dengan tunangnya.
Keesokan harinya.......
By : TheSilentTyping
Cerpen : Cinta itu tak buta, hang ja kena kencing  (haha)
| PART 2 |
"Ukhti". Suara garau Ibnu memecah lamunan Jihah.
"Eh, Akhi. Kot ye pun bagilah salam dulu". Jawab Jihah dengan tenang. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang kerana merasakan Ibnu terlalu dekat dengannya.
"Asif , ana excited nampak ukhti dari jauh. Hehe. Oklah bidadariku Jihah, jom kita masuk surau". Tegur Ibnu dengan penuh kelembutan.
Jihah tersentak. Tak sangka Ibnu selembut begitu dengannya. Dia cuba berhusnudzon, mungkin kerana dia sudah menjadi tunangannya maka layanan juga agak berbeza.
Dan mereka berdua menunaikan solat sunat dhuha di saf masing-masing. Mengaji bersama-sama. Dan memulakan taaruf mereka. Surau tu memang terbiar kerana sebuah masjid baru telah dibina, jadi jarang-jarang orang datang ke surau itu.
Alarm handphone Jihah berbunyi menandakan kuliahnya akan bermula lagi 20 minit. Alhamdulillah meskipun mereka hanya berdua, batas-batas masih terjaga dan tiada apa-apa yang berlaku.
Cuma sayangnya sebelum mereka saling berpamitan, Jihah dan Ibnu saling berjanji agar dapat bertemu lagi di lain masa. Kedua-duanya menguntumkan senyuman dan mulai hilang dari pandangan.
3 mei : pertemuan ke 2
21 mei : pertemuan ke 3
28 jun : pertemuan ke 4
8 julai : pertemuan ke 5 (batal)
SEBULAN KEMUDIAN....
"Ibnu ku busyuk" Berkali-kali Jihah menekan contact Ibnu untuk menelefon tapi tidak juga diangkat. Resah, gelisah semua ada. Hampir sebulan lebih mereka tidak bertemu dan saling berhubung. Mesej whatsapps dari Jihah pula hanya bluetick semata-mata.
Mata Jihah segera memandang pada sebuah alat di tangan kirinya. Matanya mula berbuih. Alat itu menunjukkan garisan 2 berwarna merah.
Ya. Jihah mengandung. Hampir 2 minggu cuma tiada siapa yang tahu termasuk dirinya . Kerana itulah dia mulai gelisah kerana bapa kepada kandungannya sudah hilang daripada radar.
Tiba-tiba whatsapps Najihah berbunyi....
By : TheSilentTyping
Cerpen : Cinta itu tak buta, hang ja kena kencing  (haha)
| PART 3 |
Beep beep. Chat daripada whatsapps masuk. Tangannya mulai menyapu airmata dan cuba untuk fokus pada chat tersebut.
"Oh Athiah rupanya. Rindu kau". Bisik sepi Jihah di hujung katilnya.
"Assalamualaikum, beb sorry lah wei dah lama aku tak chat kau".
"Waalaikumusalam, sokay dear . Btw kenapa tibe2 ni chat aku ni ? Bukan ke kau tengah final ke ?. Balas si Jihah.
"Haha.. tu pasal lah aku nak minta ampun kat kau ni haa. Aku ada kat hospital ni so mc kejap dari final. Wohooo. Haha ". Balas Athiah.
"Apa ? Hospital ? Athiahhh...  kau ingat aku percaya ke ?  haha. Lawak bodoh kau ni dari zaman janin mak kau lagi aku dah tahu hokeyh".
"Aduh kau ni bikin panas lak  janin janin ni aku sensitif sikit. Haha. Btw aku pregnant wei, haha. Jadi mak tiri lah kau ". Gurau Athiah.
"Hurm.. yelah athiah. Anak kau anak aku jugak". Balas Jihah dengan malas.
Sebenarnya bukan dia bosan cuma dalam keadaan sekarang dia tertekan. Tambah-tambah lagi Athiah menyebut tentang pregnant, lagi bertambah kusutnya !
Hampir 15 minit krik-krik.
Beep beep. Sekeping gambar dihantar kepada Jihah. Segera tangannya membuka.
"Ehh.. memang Athiah masuk hospital lah". Gambar Athiah dengan wayar di lengan agak mengejutkan. Memang tak main-main minah ni. Belum sempat Jihah membalas,
Beep beep. Gambar kedua dihantar lagi. Kali ni dia memegang baju yang tertulis "MOM TO BE". Lagi bertambah terkejut si Jihah. Belum sempat dia menekan butang call,
Beep beep gambar ketiga di hantar laju. Sambil menunggu gambar ketiga loading kerana line begitu menyiput, Jihah membaca caption di bawahnya.
"Well.. sorry beb. Actually this is my zauj. Kami kawin 8 Julai lepas. Kami kawin pun buat ala kadar je, takde sanding grand2 pun. Cukup family aku dan dia je datang. Btw zauj meminang aku April lepas, alhamdulillah 3 bulan kemudian kami nikah. Tak nak lama2 nanti kau kebas. Haha  . Alhamdulillah rezeki, aku dah mengandung ni. Eh datanglah, rindu kau ketat-ketat wei ". Jihah membaca dengan kusyuk caption bergambar daripada Athiah itu.
Akhirnya gambar dah habis loading.......
By : TheSilentTyping
Cerpen : Cinta tu tak buta, hang ja kena kencing  (haha)
| PART 4 |
Putih, tinggi, segak dan nampak alim. Hurm... boleh tahan zauj Athiah ni, bisik Jihah meskipun matanya samar2 kerana airmata. Memang padan dengan Athiah, niqabis solehah + cantik.
Disebabkan keadaanya agak stress dia cuba untuk mematikan perbualan whatsapps.
"Kacak zauj kau, padan lah. In sha Allah aku datang nanti free btw tabarakallah dear. Macam tak caya je aku kau nikah dengan mamat ni". Balas Jihah. Belum sempat dia beri salam,
"A ah kan ? Whos expect aku ni jenis pemalu tahap terkentut dalam kain tapi dapat zauj macam ni. Haha. Alhamdulillah i got Ibnu Qayyum, our senior sem akhir degree in dakwah  ".
Ibnu Qayyum ? Sem akhir ? Our senior ? Jangan-jangan. Jihah scroll semula gambar di atas, matanya dilapkan dengan selimut di atas katilnya dan diamati wajah zauj Athiah puas-puas. Yes, memang Ibnu a.k.a bapa kepada kandungannya.
Terhempas jua handphone-nya di lantai bilik. Najihah terduduk.
"Neng.. neng.. neng.. neng..". Handphone samsungnya telah terOff sendiri. Air matanya laju menitis. "Jantan tak guna". itu je mampu Jihah ungkapkan.
Bila difikirkan patutlah pertemuan kali ke 5 dibatalkan, kerana itu tarikh pernikahan Ibnu dan Athiah. Dan saat paling malang bagi Jihah, sewaktu mereka ber"tunang" , Ibnu sudah lama melamar Athiah. Patutlah dia tak jumpa abi, bisik Jihah.
Akhirnya Jihah pulang ke kampung, perutnya makin lama makin memboyot. Ayahnya memaksa dia berhenti daripada universiti dan ibunya pula menyambut kelahiran bayi. Setelah dilahirkan, anak itu terpaksa diserahkan kepada ibu bapa angkat atas dasar nak jaga aib keluarga walhal mereka mampu.
Nur Najihah meneruskan kehidupannya dengan penuh penyesalan, kekasihnya hilang, anaknya tiada. Dan dia disisihkan oleh masyarakat dan dihalau keluarga sendiri. Kini kehidupannya hanyalah di sebuah lorong kecil.
| TAMAT |
Akhir kata dari TheSilentTyping.
Cerpen : Cinta itu tak buta, hang ja kena kencing.
Bila perempuan tu setuju nak kawin walau tanpa pengetahuan wali, dia dan lelaki tersebut dah kira BERTUNANG.
Maaf statement di atas sememangnya SALAH ❎
Saya pernah bertanya pada ustazah saya tahun lepas tentang pertunangan yang sebetul-betulnya.
Ustazah saya cakap lelaki tu kena datang rumah jumpa keluarga perempuan. Pendek kata Tunang ni dikira bila pihak lelaki dan perempuan dah MENETAPKAN TARIKH NIKAH ✔
Tapi adakah Ibnu dah kira bertunang dengan Najihah ? TAK jawapannya. Depa tunang tahi ayam je. Sepatutnya Ibnu datang jumpa abi Jihah, bincang dan cakap "pakcik aku nak nikah dengan anak kau so bila nak NIKAH?". Haa... bila pakcik dan Ibnu bersua muka dan bincang mengenai next fasa baru kita kata bertunang  itu secara ringkas jelah saya jelaskan.
Kita ni ada adab dan peraturan
dalam islam, jangan main tunang ikut kepala otak.
Ingat para wanita, kena lelaki tu jumpa ayah/keluarga awak dan setelah mendapat persetujuan baru dikira tunang.
 Dan tolong jangan pernah menilai seseorang daripada pakaian. Ibnu ada janggut, pakai jubah tapi pakaian kita bukan lambang kita ni alim. Tapi akhlak, adab dan iman kita.
 Wanita pula please sebelum apa-apa rujuk pada yang arif dalam agama sebelum buat apa2 keputusan. Sayang, si Jihah seorang yang sangat menjaga agama tapi sebab kejahilan membawa mereka kepada perzinaan.
 Ibnu pulak tak sepatutnya memutarkan ilmu yang dia ada. Mana ada tunang dalam telefon macam tu. Hati-hati semua.
 Walimatul urus dilakukan untuk menguar-uarkan pernikahan kita pada masyarakat. Nak elak fitnah kan. Sepatutnya Athiah kena buat hebahan tentang pernikahannya meskipun tak buat majlis.
#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab