Skip to main content

Posts

7 STEPS TO PERFECT YOUR DUA

 7 Steps to Perfect Your Du’ā 1. Start with praising and glorifying Allah. (Mulakan dengan memuji dan memuliakan Allah swt) 2. Send Salawat upon the Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم. (Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah صلى الله عليه وسلم) 3. Ask Allah by His Beautiful Names and His Oneness (Mintalah kepada Allah dengan nama-nama indan dan keesaan-Nya) 4. Seek forgiveness and sincerity repent from your sins ( Mohon keampunan dan keikhlasan bertaubat dari dosa-dosa dengan sebenar-benar taubat) 5. Beg Allah with utmost humility and desperation. (Mohon kepada Allah dengan penuh kerendahan hati dan sebenar-benar keinginan, penuh tekad) 6. Do not be hasty. (Jangan laju-laju, jangan tergesa-gesa) 7. Ask with a present mind and heart (Mohon kepada Allah dengan hati dan fikiran penuh harap) p/s : Aku pun belum cukup baik. Kita sama-sama perbaiki diri. 

EMPAYAR BY TEME ABDULLAH

  EMPAYAR : TEME ABDULLAH  BY 03 SEPTEMBER 2021 Done baca buku fiksyen Islamic karya Teme Abdullah. Buku dengan tebal lebih kurang 346 muka surat telah selamat aku baca kurang dari 4 jam. Aku perasan buku ni dah lama keluar. Aku je yang baru baca. Aku jarang baca buku Teme. To be honest tak pernah pun baca buku Teme ni walaupun rata-rata sorrounding aku banyak yang sukakan buku-buku Teme. Ingat lagi masa Madihah beli Diari/Journal lukisan tangan Teme. Happy sungguh dia unboxing. Buku kali ini bukan aku yang beli. Tapi aku pinjam dari Mimi yang mana asal ceritanya Mimi pinjam dari kawan dia tapi masih belum terhantar disebabkan pendemik Covid-19 ni. Ada yang menarik tentang buku ini yang buat aku teruskan pembacaan. Walaupun aku sebenarnya dah sangat-sangat jarang baca buku selain buku akademik. Bukan rajin belajar ke apa, buku Law tu pun dah tebal, bila nak baca buku luar dah jadi malas. Kebetulan sekarang semua kerja online, eh tak ! Kebetulan sekarang tengah sem break. Itu y...

KOSONG / LOST

  Erti hidup itu kadang menyakitkan, Sakit menerima suatu kenyataan, Wahai diri,  Ku ingin jujur, Kau sebenarnya tak bahagia, Kadang diri yang menipu,  menenangkan hati,  mencipta garis senyum,  aku tahu itu hanya satu lakonan,  carekarama tanpa skrip,  tanpa halatuju yang pasti,  drama sebabak yang ku cipta demi sebuah pujian. biar terlihat aku cukup segalanya. Hakikatnya aku hanya ingin bahagia,  Bahagia itu sebenarnya bagaimana? Bahagia itu berapa harganya? Apa air mata yang mengalir belum cukup sebagai gadaiaan sebuah bahagia.  Tuhan, aku penat... penat dihimpit, ditekan dari segala arah. ditendang ke sini sana. Senyum tercipta hanya ingin menutup luka di jiwa  yang tak satupun kisah untuk bertanya..  Yang tak satupun terfikir untuk menyelak, merenung,  mengamati helaian jiwa yang mulai tiada warna. Kosong! Gelap! Akulah seniman dalam duniaku,  seniman tanpa nama, seniman picisan yang terhina, Gelandangan dalam dr...

PENDAM

Bila hati terlalu sayang,  rasa takut meluahkan mula menjalar ke seluruh getaran nadi.. Bermacam persoalan menyelubungi..  Apa mungkinkah kasihku diterima si dia atau ditolak tanpa kata.. Takut.. Takutku andai rasa kasih sedekad jadi benih tak berbuah.. Takutku andai rasa yang ku pendam dicantas tanpa balas.. Andai cinta yang terluah jadi asbab terputus pertalian antara kita,  lebih baik ku simpan hingga akhir nyawa.. Biar ku pendam sendiri asal kita masih mampu berbicara, Takutku andai rasa yang terluah mencipta jarak antara kita.. Biar ku tanam dalam jiwa, asal masih mampu kita  bertegur sapa walau hanya sekadar teman biasa. Ikhlasku pohon dari Tuhan pemilik cinta,  kerana dariNya cinta itu datang,  biar keranaNya jua cinta itu pergi. shahira_elyas/19.02.2020

High Heels

Some people think that you are wearing high heels, because you think high of yourself, Some other think, people wear high heels because they want to look stylish, looking young, or to make you look little bit sexy or looking taller, whatever..  And some other think, People who wear high heels looks arrogant, Look like a very rich person, Looking like a diva.. But let me tell you this, I am not a person who think high of myself, ok inn syaa Allah, Neither a person who like to style myself, i know i am old enough when people thought that i am a mother of my 13 years old brother when i am at 14. Like what the... 🙄 I know i am far away from being sexy when all i'm wearing is baju kurung, and sometime a blouse with a very long and big skirt.  I am not wearing high heels to look taller when I'm just 155 cm at my 22 ages..  Neither do I wear it to look slim when the scales almost go crazy because of my weight, I am not a rich person, neither a Diva. I am just a norm...

My First Entry

Assalamualaikum for all. This is my first entry since I'm still a new blogger. First of all. So sorry because I'm not really good in English. Even, I'm science student. Well, typical Malay. Heeheh. Erm, as the best 'Anak Malaysia' , I'll be  back to my motherland language (padahal nak lari dari bahasa Inggeris. Huhu ) Ok, sebagai tanda perkenaln ingin aq kongsikan sbahagian sedutan cerita rekaan yang diharapkan dapat bagi moral value kat korang. Sorry lah, kalau tak berapa menarik. Just perkogsian. ................................... Laju Annisa,mengatur lagkah mnuju ke kafe universiti... lgsung tak perasan kad matrik yang diletakkan pada kompak begnya tangannya telah tercicir.. 'Assalamualaikum.'. tgur Ilya , junior Annisa.,Annisa brpling. Sbris syuman diukir. 'Lama kak Nisa termnung.. lagsung tak perasan Kad Matrik tercicir' bicara Ilya smbil mlyag kad matrik di dpan Annisa dengan mukanya yg manis tu.(menepuk dahinya)  "Allah Akbar...

A Journey To Pentas Akhir Debat Naib Canselor

Assalamualaikum.. semoga semuanya sihat dan jauh dari segala penyakit. Musim-musim Covid 19 harapnya semua dalam keadaan baik. Jaga diri, jaga kesihatan, jangan banyak keluar kecuali bila terlalu perlu. okay.. let me tell a story.. a story about me and a debate. Sebuah kisah yang begitu menyentuh perasaan aku. Debat Naib Canselor bukan satu debat biasa di USIM. Debat yang mempertaruhkan nama fakulti masing-masing. Debat yang merangkumi 3 bahasa pertuturan di USIM, Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Suatu pertandingan debat yang sentiasa aku ikuti. Aku ingat suatu ketika, waktu TAMHIDI bila Zueidriena ajak aku masuk mewakili TAMHIDI, kerana dia, itu kali pertama aku masuk. Debat kategori Bahasa Inggeris. Itulah kali pertama aku berdebat dalam Bahasa Inggeris. Sebelum ni, masa dekat sekolah menengah mana pernah aku berdebat bahasa Inggeris. Pertandingan bercerita, berpidato Bahasa Inggeris pun aku tak pernah, nikan pula debat yang tanpa skrip tetap, yes impromptu....

DUSTA

Dusta, Kata dusta dah mula jadi darah, bercampur mengalir ke segenap ruang, Dustaku bukan kerana aku mahu, Dustaku tak siapa yang tahu, Hanya kerana 'pengiktirafan' manusia, aku berdusta. Aku dah mula tak kenal diri aku, Hanyut dengan pura-pura bahagia dalam arus sosialisasi yang senyumnya sementara Hanya kerana aku nak rasa setaraf mereka, aku gelak dengan lawak bodoh mereka yang pada hakikatnya tak sedikitpun menjentik hati aku,  Hanya kerana aku nak dianggap cool, aku mula berpakaian ala-ala mereka, Aku hilang jati diri, hanya kerana ingin diterima mereka. Aku tak nak dianggap kolot, Aku tak nak dianggap ketinggalan zaman, Asimilasi bawa impak negatif dalam diri, Aku terima, Sebab aku nak diterima mereka, Asimilasi yang buat aku lupa diri aku yang sebenarnya, Aku tak bahagia Aku rasa kosong Tapi kau senyum je bila dengan mereka? Kau gelak je dengan lawak mereka? Dusta.. Aku berdusta lagi. Kerana mereka aku berdusta. Hakikatnya ...

Ayah! Moga Kau Tenang Di Sana

Catatan Hati Soal hari ini 18 Julai. Soal hati yang begitu berat. Berat menanggung rasa. Aku lebih rela mendengar ayah menarik nafas berat di katilnya, aku lebih rela mendengar mesin hospital berbunyi kuat, aku lebih rela mendengar tangis duka semua orang, aku lebih rela dimarah pengawal bila mana aku berdegil tak mahu keluar, aku lebih rela jari-jariku dikotori buih-buih hitam yang keluar dari mulut ayah, aku lebih rela berdiri di sisi katil ayah mengajar dia menyebut Allah, Allah. Allah Akbar. 'Ayah, kalau dengar suara along mengucap Ayah. Laa ilaa haillallah. Laa ilaa haillallah. Baca dalam hati ayah, Allah. Allah.' Air mata jadi peneman setia. Kalau aku seorang cucu merasa begini berat. Inikan pula anak-anak ayah. Apalagi mak. Isterinya yang berada di sisi sejak awal hingga kita. Teman bermanja, teman bergaduh.  Allah. Bukan niat ingin melawan takdir. Tapi hati ini takut membayangkan bunyi mesin Bip! Bip! Bip! penuh irama itu bertukar satu suara nyaring...

WHO IS HADI AWANG COMPARE TO MAHATHIR?

Jikalau Mahathir saya namakan World Most Talented Politician, bagaimanakah saya namakan Tuan Guru Hadi Awang? Tuan Guru Hadi Awang tidak sesuai dinobatkan antara politician terbaik kerana perkataan poltician dizaman ini tidak berpadanan dengan siapa diri beliau sebenarnya. TGHH adalah World Most Virtuous & Peacekeeping Leader. Di dunia ini ramai ahli politik mempunyai kepandaian dan kemahiran tersendiri tetapi sangat sedikit ahli politik boleh digelar leader dan sangat sedikit ahli politik yang mempunyai high moral standard, berjiwa pejuang dan berpendirian. TGHH adalah leader yang meletakkan diri sebaris dengan Sukarno, Nelson Mandela dan yang sewaktu dengannya. Di waktu kebanyakan leader pada kelasnya adalah freedom fighter, pejuang nasionalis, TGHH adalah pejuang dalam gerakan politik Islam. Beliau adalah antara sosok pemimpin yang mempunyai standard moral yang tinggi dengan kehidupan serba sederhana yang mana banyak dapat dilihat berada di dalam parti politik yang dit...

WHY ISLAM?

Assalamualaikum and hi guys. Welcome back to my blog channel. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam. Pencipta langit dan bumi dan seluruh isi perutnya. 5 days ago, I went to International Islamic University Malaysia, Gombak. Attending an Interfaith Dialogue entitle Salvation In The Light of Religion. Alhamdulillah, everything going well. As for today I’m going to share a new topic on Why Islam? The one and only post for October edition. But hopefully it really gives some positive vibe to me, to you and also to others. First of all, I would like to credit Multiracial Reverted Muslims for sharing me this beautiful knowledge. Probably this is my first English entry and inn syaa Allah, if Allah will, another English entry would be sent. As I’m not really good in English, maybe there will be lot of English grammar that need to be corrected. But then please bear with me till the end of this post. ^_^ WHY ISLAM? Critics often ask why Islam is any better than any o...

"Tolonglah!" A Journey To Gombak

Assalamualaikum, salam cinta setulus rasa buat semua yang setia membaca. Alhamdulillah, akhirnya terlakar juga tinta kata edisi september. Kalau boleh aku cerita pengalaman aku hari ini, dari USIM ke Gombak dengan niat menghubungkan hubungan kekeluargaan mungkin terlalu panjang tintanya. Tapi tetap juga aku nak bercerita. Kerana pengalaman ini antara pengalaman yang mengajar aku tentang hidup. Aku mulakan langkahku lebih kurang jam sepuluh 20 pagi. Dalam fikirku pukul 11 dah boleh bertolak dari KTM Nilai ke KL Sentral. Pagi ni, selesai bersihkan diri, packing beberapa helai baju, kemas mana yang patut, aku mulakan langkah menuju ke USIM. Dompetku kosong. Hanya ada resit 99speed Mart dan beberapa keping syiling. Alhamdulillah beberapa hari lepas abah mesej, elaun bulan ni abah dah masukkan. Segunung harapan aku mengorak langkah ke USIM. Tak pelah, kalau tak ada duit pun, dekat ATM USIM nanti boleh ambil. Jarak rumah aku ke USIM tak lah jauh sangat sebenarnya. Lebih kurang 10 ...

Hukum Hadiri Majlis Makan Bukan Islam

Menghadiri majlis makan yang dianjurkan sahabat bukan Islam adalah harus (dibolehkan). Begitu juga memakan hidangan yang disediakan oleh orang bukan Islam sekiranya kehalalannya diyakini. Jika didapati sebaliknya (makanan iti didapati haram),maka hukum memakan makanan itu adalah haram sama sekali. Mencari yang halal itu wajib. Namun, ia tidak berati seseorang iti terlalu berhati-hati sehingga menyebabkan was-was dan menyukarkan kehidupannya. Atas dasar itu, Islam tidak membenarkan kita menyelidik sehingga menyebabkan kesulitan yang terlampau kepada umat Islam. Justeru, semua jenis makanan yang kita lihat dengan mata kasar atau mendengar sendiri perakuan ikhlas daripada tuan punya majlis (walaupun bukan beragama Islam) bahawa makanan yang dihidangkan itu halal dimakan oleh umat Islam , maka hukum memakannya halal dan tidal diragui akan kesuciannya. Pernah suatu ketika , Aisyah RA dihadiahkan kepada keluarganya daging haiwan yang sudah disembelih. Masalahnya orang yang menghadiah...

Kajilah Sirah Ambillah Ibrah

Assalamualaikum dan salam kasih sayang dari seorang aku yang sedang berdebar-debar menunggu result exam keluar. Kurang sehari lagi keluarlah keputusan pengajian penggal ini. Kalau silap langkah, paling tak jatuh tersungkur je. Kalau silap markah, mahunya dipenggal kepala aku dek umi dan abah. Kajilah Sirah, ambillah ibrah. Tajuk kali ini sebenarnya nampak berat tapi ku gunakan pendekatan santai. Biar tak terlalu sulit untuk yang membaca memahami bait bicara yang nak disampaikan dan tak sulit juga untuk aku mengarang kata. Tajuk kali ini datangnya dari bacaan buku yang kesekian kalinya bertajuk Touch Your Heart, tulisan Hafizzuddin Afif. Kalau diperhatikan kebanyakan tulisan aku dah macam bedah buku. Ada baiknya, berkongsi ilmu. Moga-moga ilmu yang kusampaikan mengalir terus sebagai bekal akhirat nanti. Oh ya, lupa nak tanya. Pernah drive tak? Tak kisahlah pandu kereta atau tunggang motor. Bila drive mesti tengok side mirror kan? Pernah terfikir tak, side mirror boleh dikaitka...

Ada Apa Dengan Tarbiyah ( Versi 5 W 1 H)

بسم الله الرحمن الرحيم Di kesempatan kali ini aku akan kongsikan apa itu tarbiyah vesi 5 W 1 H. Mesti semua dah tahu tentang 5 W 1 H kan? Mana taknya dari zaman sekolah lagi bila nak buat karangan je, benda ni mesti ada dalam kepala. Baru lah nak buat karangan pun ada perkembangan, ada huraian ada isi yang nak digarapkan. Aku dan terbiasa dengan 5 W 1 H ni. Bukan hanya dalam karangan, dalam dakwah, dalam bahas. Semua benda tu selalu perlu difikirkan. Dalam hidup ni, persoalan-persoalan itu selaluuada. Kenapa aku disini? Untuk apa? Untuk siapa? Apa yang aku patut buat? Bila harus aku mula? Harus pilih yang mana? Dah, dah. Kalau dibiar lama-lama makin ke laut pula tulisan aku ni. So First, WHAT? Apa itu tarbiyah? Sedar atau tak sebenarnya tarbiyah inilah yan menghasilkan daie dan pendukung yang menegakkan Islam. ALLAH berfirman dalam surah Al Anfal ayat ke 39 , “Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka be...

Mengapa orang-orang kafir walau sebaik mana pun akan dimasukkan ke neraka...?

Jawapan yang menakjubkan ini telah membuatkan pemuda liberal ini.....!!!!.....!!!! terdiam seribu bahasa.....!!!! P emuda liberal: ada orang yang sangat baik ni, anti-rasuah, membantu membangunkan masjid, rajin bersedekah sehingga kehidupannya sendiri dikorbankan untuk membantu orang lain, apabila mati dan dia tidak muslim, *adakah dia masuk syurga atau neraka....?* D r zakir naik: Neraka.....!! P emuda liberal: Aduh.....? bukankah dia seorang yang baik. Kenapa dia harus dimasukkan ke neraka....?? D r zakir naik: Kerana dia bukan muslim.... P emuda liberal: Tapi dia seorang yang baik. Dia telah membantu ramai orang, termasuk orang islam. Dia turut membantu membangunkan masjid yang besar. Jahat betul tuhan kalau orang yang sebaik dia dimasukkan ke neraka. D r zakir naik: Allah tidak jahat. Allah itu adil. P emuda liberal: Adil macamana....? D r zakir naik: Anda belajar sehingga ke tahap mana....? P emuda liberal: Saya berkelulusan Master (Sarjana) bidang Sains dari U...