EMPAYAR : TEME ABDULLAHBY 03 SEPTEMBER 2021
Done baca buku fiksyen Islamic karya Teme Abdullah. Buku dengan tebal lebih kurang 346 muka surat telah selamat aku baca kurang dari 4 jam. Aku perasan buku ni dah lama keluar. Aku je yang baru baca. Aku jarang baca buku Teme. To be honest tak pernah pun baca buku Teme ni walaupun rata-rata sorrounding aku banyak yang sukakan buku-buku Teme. Ingat lagi masa Madihah beli Diari/Journal lukisan tangan Teme. Happy sungguh dia unboxing. Buku kali ini bukan aku yang beli. Tapi aku pinjam dari Mimi yang mana asal ceritanya Mimi pinjam dari kawan dia tapi masih belum terhantar disebabkan pendemik Covid-19 ni.
Ada yang menarik tentang buku ini yang buat aku teruskan pembacaan. Walaupun aku sebenarnya dah sangat-sangat jarang baca buku selain buku akademik. Bukan rajin belajar ke apa, buku Law tu pun dah tebal, bila nak baca buku luar dah jadi malas. Kebetulan sekarang semua kerja online, eh tak ! Kebetulan sekarang tengah sem break. Itu yang aku try-try nak be productive.
Empayar... Satu buku yang sangat menarik bagi aku. Gaya bahasa, penceritaan, gambaran. Semuanya on point. Tahu apa yang menarik? Bila langsung tiada nama pun dalam cerita ini. Setiap watak hanya dikenali dengan nombor-nombor tertentu, namun gaya penceritaannya masih buat aku stay on track, dan tak de fasa yang tertanya-tanya "Eh nombor ni siapa ?". Tak ada. Walaupun nombor, aku masih kenal, nombor ini watak begini, nombor itu watak begitu.
Semacam plot twist demi plot twist. Tapi sayang tergantung. Itu yang frust tertungging sekejap yang buat aku rasa nak beli sendiri jilid 2. Hanya sahaja bila aku tengok akaun bank tinggal RM7 , terus batalkan niat serta merta.
Soal latar masa. Aku sendiri tak tahu cerita ni berlatar masa zaman bila. Namun kalau melihatkan gaya bahasa, seolah-olah kau berada di zaman kesultanan melayu Melaka. Kerajaan Aradhnapura, itu latar tempat utama. Dari gambaran, cara bercakap, penggunaan kata-kata memang seperti di zaman dahulu kala. Hanya sahaja ada satu situasi yang buat aku berfikir, eh mungkin ni adalah gambaran zaman akan datang yang kembali seperti zaman kesultanan dahulu. Tak faham kan? Hehehe.
Buktinya, ada di suatu babak tu, ada yang becerita tentang sejarah Kuala Lumpur, Lagenda Menara Pedang Berkembar. Kalian tahu gambaran ceritanya seperti apa?
"Sekarang bayangkan pula terdapat dua buah menara setinggi itu. Dan ia dihubungkan oleh sebuah jambatan di tengah-tengahnya. Puncaknya tajam dan diperbuat daripada besi, seakan-akan dua bilah pedang gergasi yang dipasakkan hulunya ke tanah, membelah langit. Adakah kau terpegun" itu kata-kata seorang penuntut dalam bab Kawah Lumpur yang dikatakan kota mitos, hikayat nenek moyang.
Kali pertama aku dengar tentang gambaran Lagenda Menara Pedang Berkembar, benda pertama aku bayangkan KLCC, Petronas Twin Tower. Tapi kalau inilah yang mereka maksudkan , berarti latar masa dalam cerita ni mungkin beratus tahun di masa yang akan datang. Hanya sahaja waktu itu bukan semakin maju tapi kembali mundur seperti zaman kesultanan melayu.
Kerajaan yang orang-orangnya dibahasakan dengan penghulu, pendekar, hamba dan beta. Apapun itu hanya cerita rekaan semata-mata. Aku yang terlalu berfikir dan cuba juga gabungkan dengan kebenaran di dunia nyata.
It's a very-very good story to be honest. Nilai setiakawan, rasa terlalu percaya dengan ilmu agama yang ada sampai berhujah dengan dalil agama tapi sebenanrnya apa yang kau hujahkan itu salah tempat, namun terlihat benar bagi orang yang ilmu agamanya cetek, dendam, gila kuasa, tentang seorang putera raja yang masih menjadi rahsia tentang tingkahnya. Tentang cinta , pengkhianatan. Dan plot twist demi plot twist yang ada.
Tapi dalam semua tu, yang paling menarik tentang ilmu agama yang penyampaiannya cukup bersahaja, ilmu yang berat tapi penyampaian yang cukup ringan untuk semua yang membaca. Hadith, ayat Al Quran, kata-kata mutiara diselitkan dalam hujah dan perdebatan antara penuntut. Ada pesan dan kisah-kisah menarik yang terselit di dalamnya.
Nak tahu. Kena baca sendiri. Kalau tak, tak jadi review. Jadinya sinopsis cerita. Hoping to read the next volume of Empayar. Okay, itu je. Terima kasih.
Comments