Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MENGENAL ULAMA'

WHO IS HADI AWANG COMPARE TO MAHATHIR?

Jikalau Mahathir saya namakan World Most Talented Politician, bagaimanakah saya namakan Tuan Guru Hadi Awang? Tuan Guru Hadi Awang tidak sesuai dinobatkan antara politician terbaik kerana perkataan poltician dizaman ini tidak berpadanan dengan siapa diri beliau sebenarnya. TGHH adalah World Most Virtuous & Peacekeeping Leader. Di dunia ini ramai ahli politik mempunyai kepandaian dan kemahiran tersendiri tetapi sangat sedikit ahli politik boleh digelar leader dan sangat sedikit ahli politik yang mempunyai high moral standard, berjiwa pejuang dan berpendirian. TGHH adalah leader yang meletakkan diri sebaris dengan Sukarno, Nelson Mandela dan yang sewaktu dengannya. Di waktu kebanyakan leader pada kelasnya adalah freedom fighter, pejuang nasionalis, TGHH adalah pejuang dalam gerakan politik Islam. Beliau adalah antara sosok pemimpin yang mempunyai standard moral yang tinggi dengan kehidupan serba sederhana yang mana banyak dapat dilihat berada di dalam parti politik yang dit...

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Y.A.B. TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG KELAHIRAN Lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di kampung Rusila, Marang Terengganu. Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila,Marang. KELUARGA Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajjah Zainab bt. Awang, 47 tahun dan Dr. Norzita Taat, 37 tahun. Anak 13 orang. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman. PENDIDIKAN Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973. Tamat dengan B. A ...

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (BINTANG SYURGA)

Siapakah Nik Aziz Nik Mat? KEMENANGAN Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagal Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair. Dalam sejarah pilihanraya umum di negara kita, belum pernah berlaku parti-parti pembangkang bergabung dan dapat mengalahkan parti pemerintah (Barisan Nasional) lalu menubuhkan sebuah kerajaan negeri.  Inilah yang berlaku di Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah menang untuk berkuasa dalam pilihanraya tersebut. Angkatan Perpaduan Ummah bukan sahaja telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, malah telah memenangi semua (sapu bersih) kerusi yang dipertandingkan untuk Dewan Undangan Negeri dan untuk parlimen di Kelantan. Dalam sejarah perlantikan Menteri Besar pula belum ada seorang tok guru yang berserban dan berjubah dilantik sebagai Menteri Besar, selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Inilah yang saya k...