Skip to main content

WHO IS HADI AWANG COMPARE TO MAHATHIR?

Jikalau Mahathir saya namakan World Most Talented Politician, bagaimanakah saya namakan Tuan Guru Hadi Awang?


Tuan Guru Hadi Awang tidak sesuai dinobatkan antara politician terbaik kerana perkataan poltician dizaman ini tidak berpadanan dengan siapa diri beliau sebenarnya. TGHH adalah World Most Virtuous & Peacekeeping Leader.

Di dunia ini ramai ahli politik mempunyai kepandaian dan kemahiran tersendiri tetapi sangat sedikit ahli politik boleh digelar leader dan sangat sedikit ahli politik yang mempunyai high moral standard, berjiwa pejuang dan berpendirian. TGHH adalah leader yang meletakkan diri sebaris dengan Sukarno, Nelson Mandela dan yang sewaktu dengannya. Di waktu kebanyakan leader pada kelasnya adalah freedom fighter, pejuang nasionalis, TGHH adalah pejuang dalam gerakan politik Islam.

Beliau adalah antara sosok pemimpin yang mempunyai standard moral yang tinggi dengan kehidupan serba sederhana yang mana banyak dapat dilihat berada di dalam parti politik yang diterajuinya iaitu PAS.

MAN OF KNOWLEDGE

Mempunyai dua ijazah dari Universiti Islam Madinah dan Universiti Al Azhar, ketinggian ilmu beliau diakui beberapa ulama tersohor dunia kerana penguasaan beliau dalam beberapa disiplin ilmu. Menulis lebih seratus buah buku termasuk akademik. Ketokohan ilmu beliau menyebabkan beliau dijemput KUIS untuk menjadi Naib Ketua Ulama Sedunia membantu Syeikh Yusof Al Qaradhawi. Beliau adalah antara jumlah kecil ilmuan Islam hebat yang terlibat dalam gerakan politik nasional dan dunia.

THE PEACEKEEPER

Dikala dunia melabel Islam teroris, ditambah lagi dengan kebobrokan dunia arab dalam arena politik dunia, tercetusnya pergolakan melibatkan dunia Islam. Majoriti politician sebenarnya adalah pencetus kepada pergolakan dan sangat kurang menjadi sosok kepada perdamaian.

Tidak ramai tahu bahawa TGHH adalah individu yang bertanggungjawab dan berjaya menghentikan peperangan dan kehilangan nyawa berterusan didalam beberapa konflik bersenjata yang popular. Secara pasti konflik di Aceh dan Selatan Filipina berjaya ditamatkan dimeja rundingan dengan peranan besar yang dimainkan oleh beliau. Konflik di Yaman pula pada asalnya berjaya dicapai namun kedegilan Saudi menyebabkan segala usaha beliau menjadi sia-sia.

Beliau juga memainkan peranan penting dengan syeikhul azhar dan beberapa ulama sunni dalam mengelakkan konflik bersenjata yang berpunca dari api kebencian sunni syiah. Walaubagaimanapun, peranan beliau dalam Majma Taqrib disalahtafsir sebagai mesra syiah.

Begitu juga peranan beliau dalam arena politik Malaysia sebagai pendamai sungguhpun dituduh sebagai taliban. Bukti yang jelas adalah Parti PAS membuka tangan untuk menerima UMNO. Perseteruan berpuluh tahun kedua parti ini menjangkakan disaat UMNO bakal runtuhnya sehabisnya selepas tumbang pada PRU14, menerima sambutan tangan dari musuh lama mereka iaitu PAS untuk terus bernafas dalam arena Malaysia dan menguatkan kembali asas mereka. Tidak kurang juga peranan TGHH dalam mencipta hubungan baik dengan pemimpin yang cukup anti kepada PAS iaitu Tun Mahathir Mohamad atas dasar penyatuan ummah.

Dikala non muslim masih terbelenggu dengan dakyah politik bahawa Hadi Awang adalah individu yang bakal membawa pemerintahan Taliban di Malaysia, beliau dan parti masih mendapat recognition dari beberapa ketua paderi di Malaysia. Itu tidak termasuk peranan beliau diperingkat dunia sebagai orang tengah dalam beberapa event yang kita tahu dan tidak tahu.

MAN OF WISDOM

Pada zaman kepimpinan TGHH, beliau telah membuka pintu parti PAS seluas-luasnya kepada golongan profesional untuk bergerak aktif dalam kepimpinan. Ini adalah nafas baru dalam konsep politik parti PAS.

Walaubagaimanapun, kesan kepada konsep ini memperlihatkan konflik berlaku dan berlakunya perpecahan, apabila PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Sekumpulan golongan yang mendakwa diri mereka golongan profesional atau progresif telah menubuhkan parti Amanah.

KONTROVERSI

Amat sukar menemui lagi pemimpin dunia yang berjuang mendepankan kepentingan umum berbanding kepentingan peribadi. Beliau adalah antara Living Legend yang berpolitik tanpa sekelumit sentuhan Machiaveli dan berlandaskan hukum syarak.

Dalam kontroversi kafir mengkafir, sehingga hari ini, tiada tindakan diambil terhadap beliau dibawah akta hasutan. Tiada juga sebarang bukti jelas yang beliau mengkafirkan UMNO. Jika dulu tuduhan ini banyak dimelodikan oleh orang UMNO sendiri, tetapi kini melodi itu dilagukan oleh penyokong kerajaan baru. Sungguhpun begitu, masih tiada bukti kukuh terdapat sebarang kenyataan jelas mengkafirkan UMNO.

Kontroversi terbaru adalah bohong syarie. Musuh politik menyerang beliau mengunggang agama dan mencipta hukum bohong syarie untuk kepentingan peribadi dan parti. Hakikatnya hukum berbohong dalam peperangan itu memang ada dalam syarak. Bezanya sesetengah ahli agama yang tidak bersetuju dengan beliau mengatakan perang politik bukanlah perang yang dimaksudkan oleh syarak. Tetapi ahli agama tersebut juga tidak banyak memberi komen tentang fitnah 90 juta dan beberapa fitnah lain yang hampir menjahanamkan parti itu.

LIVING LEGEND

Walaupun beliau sering dilabel pembohong, penipu, pengkhianat oleh lawan politik, hakikatnya beliau adalah sosok yang sering dicari pemain politik yang memerlukan bantuan. Sejarah membuktikan kepimpinan parti Islam ini sering menghulurkan tangan ketika ada pihak memerlukan untuk kepentingan ummah, dan mereka juga kerap ditendang keluar selepas segalanya berada dalam keadaan selesa.

Sungguhpun ada ahli PAS kurang bersetuju dengan pendekatan TGHH menghulurkan tangan kepada UMNO selepas PRU14 berikutan sejarah PAS ditendang keluar dari BN selepas mereka selesa dalam kerajaan, TGHH mengutamakan kepentingan ummah untuk menyuburkan penyatuan berbanding kepentingan emosi dan sentimen. Baginya, andai semua ahli PAS tidak bersetuju dan membuangnya keluar kerana menjalankan perintah Allah, itulah yang akan dilakukkannya.

Dikala ramai pembenci beliau meluat membaca penulisan ini, mereka harus menerima hakikat beliau adalah living legend yang memiliki semua kualiti di atas. Ketua lebai ini berjaya meletakkan PAS dan UMNO dalam keadaan selesa untuk menghadapi PRU 15 akan datang. Bolehkah anda dengan yakin mengatakan bahawa ketua kerajaan sekarang meletakkan koalisi mereka selesa untuk menghadapi PRU15 atau dalam keadaan berisiko?

Menang cepat dan menang kemudian ada banyak bezanya. TGHH meletakkan koalisi untuk kemenangan dan bertapak lebih kuat berbanding kemenangan musuhnya sekarang. The Legend pick to win strong instead of winning fast.

CP
Credit to the one, having great mind creating this beautiful view of him.

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...