Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ART OF DAKWAH

WHY ISLAM?

Assalamualaikum and hi guys. Welcome back to my blog channel. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam. Pencipta langit dan bumi dan seluruh isi perutnya. 5 days ago, I went to International Islamic University Malaysia, Gombak. Attending an Interfaith Dialogue entitle Salvation In The Light of Religion. Alhamdulillah, everything going well. As for today I’m going to share a new topic on Why Islam? The one and only post for October edition. But hopefully it really gives some positive vibe to me, to you and also to others. First of all, I would like to credit Multiracial Reverted Muslims for sharing me this beautiful knowledge. Probably this is my first English entry and inn syaa Allah, if Allah will, another English entry would be sent. As I’m not really good in English, maybe there will be lot of English grammar that need to be corrected. But then please bear with me till the end of this post. ^_^ WHY ISLAM? Critics often ask why Islam is any better than any o...

Hukum Hadiri Majlis Makan Bukan Islam

Menghadiri majlis makan yang dianjurkan sahabat bukan Islam adalah harus (dibolehkan). Begitu juga memakan hidangan yang disediakan oleh orang bukan Islam sekiranya kehalalannya diyakini. Jika didapati sebaliknya (makanan iti didapati haram),maka hukum memakan makanan itu adalah haram sama sekali. Mencari yang halal itu wajib. Namun, ia tidak berati seseorang iti terlalu berhati-hati sehingga menyebabkan was-was dan menyukarkan kehidupannya. Atas dasar itu, Islam tidak membenarkan kita menyelidik sehingga menyebabkan kesulitan yang terlampau kepada umat Islam. Justeru, semua jenis makanan yang kita lihat dengan mata kasar atau mendengar sendiri perakuan ikhlas daripada tuan punya majlis (walaupun bukan beragama Islam) bahawa makanan yang dihidangkan itu halal dimakan oleh umat Islam , maka hukum memakannya halal dan tidal diragui akan kesuciannya. Pernah suatu ketika , Aisyah RA dihadiahkan kepada keluarganya daging haiwan yang sudah disembelih. Masalahnya orang yang menghadiah...

Kajilah Sirah Ambillah Ibrah

Assalamualaikum dan salam kasih sayang dari seorang aku yang sedang berdebar-debar menunggu result exam keluar. Kurang sehari lagi keluarlah keputusan pengajian penggal ini. Kalau silap langkah, paling tak jatuh tersungkur je. Kalau silap markah, mahunya dipenggal kepala aku dek umi dan abah. Kajilah Sirah, ambillah ibrah. Tajuk kali ini sebenarnya nampak berat tapi ku gunakan pendekatan santai. Biar tak terlalu sulit untuk yang membaca memahami bait bicara yang nak disampaikan dan tak sulit juga untuk aku mengarang kata. Tajuk kali ini datangnya dari bacaan buku yang kesekian kalinya bertajuk Touch Your Heart, tulisan Hafizzuddin Afif. Kalau diperhatikan kebanyakan tulisan aku dah macam bedah buku. Ada baiknya, berkongsi ilmu. Moga-moga ilmu yang kusampaikan mengalir terus sebagai bekal akhirat nanti. Oh ya, lupa nak tanya. Pernah drive tak? Tak kisahlah pandu kereta atau tunggang motor. Bila drive mesti tengok side mirror kan? Pernah terfikir tak, side mirror boleh dikaitka...

Ada Apa Dengan Tarbiyah ( Versi 5 W 1 H)

بسم الله الرحمن الرحيم Di kesempatan kali ini aku akan kongsikan apa itu tarbiyah vesi 5 W 1 H. Mesti semua dah tahu tentang 5 W 1 H kan? Mana taknya dari zaman sekolah lagi bila nak buat karangan je, benda ni mesti ada dalam kepala. Baru lah nak buat karangan pun ada perkembangan, ada huraian ada isi yang nak digarapkan. Aku dan terbiasa dengan 5 W 1 H ni. Bukan hanya dalam karangan, dalam dakwah, dalam bahas. Semua benda tu selalu perlu difikirkan. Dalam hidup ni, persoalan-persoalan itu selaluuada. Kenapa aku disini? Untuk apa? Untuk siapa? Apa yang aku patut buat? Bila harus aku mula? Harus pilih yang mana? Dah, dah. Kalau dibiar lama-lama makin ke laut pula tulisan aku ni. So First, WHAT? Apa itu tarbiyah? Sedar atau tak sebenarnya tarbiyah inilah yan menghasilkan daie dan pendukung yang menegakkan Islam. ALLAH berfirman dalam surah Al Anfal ayat ke 39 , “Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka be...

Mengapa orang-orang kafir walau sebaik mana pun akan dimasukkan ke neraka...?

Jawapan yang menakjubkan ini telah membuatkan pemuda liberal ini.....!!!!.....!!!! terdiam seribu bahasa.....!!!! P emuda liberal: ada orang yang sangat baik ni, anti-rasuah, membantu membangunkan masjid, rajin bersedekah sehingga kehidupannya sendiri dikorbankan untuk membantu orang lain, apabila mati dan dia tidak muslim, *adakah dia masuk syurga atau neraka....?* D r zakir naik: Neraka.....!! P emuda liberal: Aduh.....? bukankah dia seorang yang baik. Kenapa dia harus dimasukkan ke neraka....?? D r zakir naik: Kerana dia bukan muslim.... P emuda liberal: Tapi dia seorang yang baik. Dia telah membantu ramai orang, termasuk orang islam. Dia turut membantu membangunkan masjid yang besar. Jahat betul tuhan kalau orang yang sebaik dia dimasukkan ke neraka. D r zakir naik: Allah tidak jahat. Allah itu adil. P emuda liberal: Adil macamana....? D r zakir naik: Anda belajar sehingga ke tahap mana....? P emuda liberal: Saya berkelulusan Master (Sarjana) bidang Sains dari U...

Bilakah DOAKU Akan Dimakbulkan?

Assalamualaikum dan salam kasih sayang. Alhamdulillah, masih lagi punya kekuatan untuk berkongsi ilmu. Beberapa hari lepas, sedang elok aku kemaskan ruang kitab di sudut rumah, Allah temukan aku dengan suatu buku kecil yang menarik perhatian aku. Terus ku ambil dan duduk disofa berdekatan. Kerja mengemas belum selesai, ku tangguhkan sekejap. Ku pegang buku kecil berwarna merah jambu itu. Tak semua pun aku baca. Sekadar membelek-belek, namun helaian tentang doa itu tersingkap. Aku tertarik. Alhamdulillah helaian itu dah selamat aku baca. Maka aku kongsikan dalam kesempatan yang ada. Ya, aku sendiri kerap bertanya pada sang hati, bilalah Allah nak makbulkan doaku? Persoalan itu kekal jadi persoalan tanpa jawapan. Hanya Allah yang tahu hakikatnya. Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka dia menyayangimu…… Firman Allah, maksudnya: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); ...

CARA NAK ISTIQAMAH

CARA NAK ISTIQAMAH "Ustaz, macamana nak istiqamah? Saya banyak kali tekad nak tinggalkan sesuatu maksiat, tapi, saya banyak kali terjatuh dalam dosa yang sama. Susah ustaz..." JAWAPAN: 1) Bila sebut tentang isu istiqamah, hakikatnya ramai yang salah faham. Banyak kali orang tanya saya tentang bagaimana nak istiqamah. Adakah istiqamah bermakna bila kita taubat, kita dah tak buat dosa kembali? Jika kita buat dosa walaupun dah bertaubat, adakah kita di kira tidak istiqamah? Sekiranya itu maksud istiqamah, nescaya ia suatu yang mustahil. Kerana, semua manusia imannya turun dan naik. Kita tak mungkin terlepas dari dosa. Semua orang tak pernah maksum melainkan nabi. Kita pasti akan melakukan dosa samada kecil atau besar, sengaja atau tak sengaja. Kerana kita manusia yang cukup lemah. Lalu, apakah itu istiqamah dalam perubahan? 2) Saya nak ajak semua pembaca untuk fahami hadith riwayat Ahmad, yang mana nabi saw bersabda: استقيموا ولن تحصوا Bermaksud: “Istiqamahlah k...

Menjadi Al-Adiyat

Assalamualaikum, salam kasih sayang buat semua yang mengenali diri ini. Hampir 3 minggu sebenarnya aku berdiam dalam dunia penulisan selepas entri Crush aku post. Janjiku kalau semua assignment dan minggu hectic dan beransur tenang, aku akan mulakan penulisanku kembali. Tapi nampaknya, assignment-assignment itu tak pernah habis. Tak pernah surut. Selesai satu, satu yang datang. Nak tak nak, selagi masih ada kekuatan, akan aku kongsikan apa yang aku baca, apa yang aku dapat, apa yang aku dengar dan apa yang aku belajar. Moga-moga perkongsian ini memberi satu nilai tambah dalam hidup aku dan dalam kehidupan kita bersama. Menjadi Al-Adiyat! Tertarik aku dengan tajuk ini, bila satu ketika aku baca surahnya. Ku belek maksudnya satu persatu. Ayat-ayat cinta Allah yang satu ini, biarpun tidak panjang tapi besar maksudnya. Tambah-tambah pula bila Allah menemukan aku dengan satu buku yang benar-benar membuka mata aku tentang betapa Surat Al Adiyat ini dekat sebenarnya dalam kehidup...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

BAGAIMANA RASULULLAH MENDIDIK ANAK MENUNDUKKAN PANDANGAN?

Assalamualaikum semua... Moga sihat-sihat hendaknya.  Hurm, awak! Oh awak!Awak yang lelaki tu, tengok perempuan cantik memang seronok kan? Sama juga awak yang perempuan tu, tengok  lelaki yang tampan, handsome , sasa, mulalah lain tingkahnya. Siapa yang tak suka? Paling tak acah-acah tutup muka dengan tangan biar tak nampak padahal jari direnggang-renggangkan biar terlihat jua. Perkara yang disukai nafsu memang begitu. Ditambah pula dengan syaitan yang menjadikan segala yang haram itu indah-indah semuanya. Dugaan buat kita dalam menuju redhaNya. Nak tak nak, kena hadapi juga. Ada yang berjaya jaga pandangan, jaga hatinya. Tak kurang juga yang tewas separuh perjalanan. Tambah-tambah pula hari ini memandang wanita cantik atau lelaki yang tampan tidak lagi perlu berselindung dengan kaca mata hitam. Cukup dengan buka akaun facebook atau Instagram wanita yang diidam-idamkan, cari gambar profilnya yang terbaik dan wajah wanita cantik tersebut boleh ditatap puas...

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...

KESEMPURNAAN IMAN DAN KEPENTINGAN ILMU

Setiap Muslim wajib menjaga keimanannya dan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t agar mata hati, akal sihat dan perasaanya tetap berada dalam liputan cahaya kebenaran dari Allah SWT sehingga terhindar dari mengikuti langkah-langkah syaitan. Hatta Rasulullah sendiri sentiasa mengajarkan umatnya untuk berupaya semaksima mungkin menyempurnakan imannya setiap saat, dimana sahaja dan bila-bila sahaja. Menjaga iman apatah lagi menyempurnakan iman bukan sesuatu hal yang mudah namun tidak juga bermaksud mustahil untuk mendapatkannya. Satu syarat yng perlu dipatuhi seorang Muslim untuk mendapat iman yang sempurna sebagaimana yang firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlan kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagimu” Tidak dapat tidak untuk “memasuki” Islam secara keseluruhannya haruslah dengan Ilmu. Ilmu pengetahuan yang dikategorikan sebagai suatu a...

Kita Dakwah Bukan Untuk Orang Suka Kita

Kita dakwah bukan untuk orang suka kita, Kita dakwah agar orang dekat dengan Allah Taala. Dakwah kerana nama, Kau hanya akan dapat dunia. Tapi kalau kau dakwah kerana-Nya, Kau akan dapat kedua-duanya, akhirat dan juga dunia. Biar tak dikenali di dunia, Asalkan nama kita harum mewangi disebut-sebut oleh penduduk langit "sana". Kalau pahala dakwah itu berupa duit, Pasti orang akan berebut-rebut mahu berdakwah. Dakwah itu bukan hanya untuk ustaz ustazah, Tapi untuk semua yang bergelar hamba Allah. Cukup dengan sekadar akhlak yang baik, Sudah menjadi satu dakwah. Tak perlu tunggu jadi ustaz ustazah, Baru nak sebarkan kebaikan. Takut tak sempat jadi ustaz ustazah, Dah kembali ke rahmatullah, Kemudian disoal pula oleh Allah, "Ketika di dunia, apa yang kau dah sumbangkan untuk ummah?" Allahu. Cr: kepada sesiapa yang berkenaan. I dont remember where i got this from ,but thanks for this.

Bila Zina Dipandang Biasa

Assalamualaikum w.b.t. Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini. Sebagaimana satu botol kosong yang perlu diisi dengan sesuatu, begitu juga aku yang perlu selalu diisi dengan ilmu.  Apa yang diisi dalam botol itu yang memberi nilai kepada dia pada pandangan manusia. Andai diisi dengan emas pasti diangkat tinggi dipandang berharga, andai diisi air, dianggap penting untuk keperluan manusia, andai diisi arak, gunanya buat mereka yang tidak faham makna agama, namun andai diisi air longkang, isiannya dibuang. Paling tidak dibuat jirusan tanaman. Begitu juga aku pendamba ilmu. Ilmu baik, tinggi pandangan manusia pada kita. Ilmu tak elok, andai diamal, paling bahaya ke neraka jawabnya. Pabila Zina dipandang biasa! Satu topik yang acap kali meniti di bibir-bibir makhluk bergelar manusia namun tetap juga ada yang mengorbankan diri dalam dunia Zina yang penuh tipu daya. Nampak indah pada permulaan,...

KESEPADUAN IMAN & AMAL SOLEH

Assalamualaikum, lama dah tak update blog ni. So, hari ni, aku akan kongsikan sedikit ulasan dari buku 'KESEPADUAN IMAN & AMAL SOLEH' tulisan Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali as HAMKA. I'm really sure ramai yang kenal HAMKA. Bukan calang-calang orang. Beliaulah penulis novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, and other books yang bagi aku sangat berinspirasi. Bukan setakat tu je, HAMKA diangkat lagi sebagai ulama. Erm, for this time, segala input yang aku tulis bukanlah dari bacaan aku sendiri but dari tazkirah yang disampaikan oleh SAUDARA SYED SYAZWAN SYED ROSLAN . Tapi , segala dalil yang ada, 100% aku dapatkan dari terjemahan Al Quran dan Matan Hadis. Kalau nak dikira, HAMKA ni seorang yang autodida-boleh baca sendiri dan boleh belajar sendiri.Dan faham dengan cepat. Itu kelebihan Allah bagi pada dia. *HAMKA tulis Kitab Tafsir Al Azhar waktu 2 tahun dia dalam penjara. HAMKA juga seorang Profesor Dr yang diiktiraf ...