Skip to main content

Bilakah DOAKU Akan Dimakbulkan?


Assalamualaikum dan salam kasih sayang. Alhamdulillah, masih lagi punya kekuatan untuk berkongsi ilmu.

Beberapa hari lepas, sedang elok aku kemaskan ruang kitab di sudut rumah, Allah temukan aku dengan suatu buku kecil yang menarik perhatian aku. Terus ku ambil dan duduk disofa berdekatan. Kerja mengemas belum selesai, ku tangguhkan sekejap.

Ku pegang buku kecil berwarna merah jambu itu. Tak semua pun aku baca. Sekadar membelek-belek, namun helaian tentang doa itu tersingkap. Aku tertarik. Alhamdulillah helaian itu dah selamat aku baca. Maka aku kongsikan dalam kesempatan yang ada.

Ya, aku sendiri kerap bertanya pada sang hati, bilalah Allah nak makbulkan doaku? Persoalan itu kekal jadi persoalan tanpa jawapan. Hanya Allah yang tahu hakikatnya.

Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka dia menyayangimu……

Firman Allah, maksudnya: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta benar.
(Surah Al Baqarah:186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu……

Menurut Al Khatabi: “Jika ALLAH tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala”.

Menurut Hukama’: “Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat”.

Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu……

Firman ALLAH, maksudnya: “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jua Yan Maha Mengetahua (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
(Surah Al Baqarah: 216)

So, apa yang boleh kita buat adalah, sentiasa bersangka baik dengan Allah, no matter what. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Well, in everything we still seorang hamba yang hanya mampu merancang, ALLAH yang menetukan segalanya.

ALLAH berfirman dalam hadis Qudsi, “Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini”.

Till we meet in Jannah. Inn syaa Allah.
Assalamualaikum

#shahira_elyas
#22 Julai 2018

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...