Assalamualaikum dan salam lebaran. Macam mana raya kali ni? Ok ke K.O? Mana tak nya raya-raya macam nilah nak makan sakan. Kuih raya, lemang, ketupat, rendang, nasi impit. Macam macam lah. Tapi ingat, raya-raya juga. Makan pun biarlah berpada-pada, ingat juga pada mereka yang tiada. Bukan yang tiada di dunia maksudnya tapi tiada semewah kita dalam beraya. Yang rayanya pada hari pertama, lepas tu kena kerja balik menyara keluarga. Dalam kemeriahan beraya, ada aku yang dari hari raya ke 8 terpaksa dikuarantinkan atas nasihat Doktor kerana jangkitan virus. Virus apa? Virus Varicella atau dalam bahasa kita ‘chicken pox’ a.k.a cacar air. Teruk ke? Teruk juga tapi tak seteruk gambar yang aku tengok dalam internet. Mungkin masa aku kecik-kecik dulu, antibody kuat kut tu yang tak kena, bila dah tua ni, penat, letih, antibody lemah tu yang berjangkit. Berjangkit dengan siapa tu wallahua’lam. Masuk hari ni dah 8 hari aku dikuarantikan. Apa-apapun doakan aku diberikan kesihatan yang baik. Inn S...
Everyone Was Someone Dream Person. Love Yourself!