Skip to main content

Posts

Showing posts with the label STORY OF MY LIFE

A Journey To Pentas Akhir Debat Naib Canselor

Assalamualaikum.. semoga semuanya sihat dan jauh dari segala penyakit. Musim-musim Covid 19 harapnya semua dalam keadaan baik. Jaga diri, jaga kesihatan, jangan banyak keluar kecuali bila terlalu perlu. okay.. let me tell a story.. a story about me and a debate. Sebuah kisah yang begitu menyentuh perasaan aku. Debat Naib Canselor bukan satu debat biasa di USIM. Debat yang mempertaruhkan nama fakulti masing-masing. Debat yang merangkumi 3 bahasa pertuturan di USIM, Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Suatu pertandingan debat yang sentiasa aku ikuti. Aku ingat suatu ketika, waktu TAMHIDI bila Zueidriena ajak aku masuk mewakili TAMHIDI, kerana dia, itu kali pertama aku masuk. Debat kategori Bahasa Inggeris. Itulah kali pertama aku berdebat dalam Bahasa Inggeris. Sebelum ni, masa dekat sekolah menengah mana pernah aku berdebat bahasa Inggeris. Pertandingan bercerita, berpidato Bahasa Inggeris pun aku tak pernah, nikan pula debat yang tanpa skrip tetap, yes impromptu....

Ayah! Moga Kau Tenang Di Sana

Catatan Hati Soal hari ini 18 Julai. Soal hati yang begitu berat. Berat menanggung rasa. Aku lebih rela mendengar ayah menarik nafas berat di katilnya, aku lebih rela mendengar mesin hospital berbunyi kuat, aku lebih rela mendengar tangis duka semua orang, aku lebih rela dimarah pengawal bila mana aku berdegil tak mahu keluar, aku lebih rela jari-jariku dikotori buih-buih hitam yang keluar dari mulut ayah, aku lebih rela berdiri di sisi katil ayah mengajar dia menyebut Allah, Allah. Allah Akbar. 'Ayah, kalau dengar suara along mengucap Ayah. Laa ilaa haillallah. Laa ilaa haillallah. Baca dalam hati ayah, Allah. Allah.' Air mata jadi peneman setia. Kalau aku seorang cucu merasa begini berat. Inikan pula anak-anak ayah. Apalagi mak. Isterinya yang berada di sisi sejak awal hingga kita. Teman bermanja, teman bergaduh.  Allah. Bukan niat ingin melawan takdir. Tapi hati ini takut membayangkan bunyi mesin Bip! Bip! Bip! penuh irama itu bertukar satu suara nyaring...

"Tolonglah!" A Journey To Gombak

Assalamualaikum, salam cinta setulus rasa buat semua yang setia membaca. Alhamdulillah, akhirnya terlakar juga tinta kata edisi september. Kalau boleh aku cerita pengalaman aku hari ini, dari USIM ke Gombak dengan niat menghubungkan hubungan kekeluargaan mungkin terlalu panjang tintanya. Tapi tetap juga aku nak bercerita. Kerana pengalaman ini antara pengalaman yang mengajar aku tentang hidup. Aku mulakan langkahku lebih kurang jam sepuluh 20 pagi. Dalam fikirku pukul 11 dah boleh bertolak dari KTM Nilai ke KL Sentral. Pagi ni, selesai bersihkan diri, packing beberapa helai baju, kemas mana yang patut, aku mulakan langkah menuju ke USIM. Dompetku kosong. Hanya ada resit 99speed Mart dan beberapa keping syiling. Alhamdulillah beberapa hari lepas abah mesej, elaun bulan ni abah dah masukkan. Segunung harapan aku mengorak langkah ke USIM. Tak pelah, kalau tak ada duit pun, dekat ATM USIM nanti boleh ambil. Jarak rumah aku ke USIM tak lah jauh sangat sebenarnya. Lebih kurang 10 ...

Menantu Buat Umi.

Assalamualaikum dan salam 1 Ogos dari seorang aku yang sekarang sedang bergelar pendidik sementara. Klise kan tajuk aku kali ni, rasa-rasa tercapai ke jodoh buat umi. Aip, jangan salah faham pula, bukan cari jodoh untuk umi. Menggila jawabnya kalau buat macam tu. Abah nak letak mana? Tapi jodoh untuk aku buat umi. Eh, tiba-tiba Shahira Elyas bercakap soal jodoh. Demam ke? Tak aku ok. Sihat wal afiat setakat ni. Alhamdulillah. Cuma entah kenapa sejak 2 hari lepas, bila abah buka cerita tentang dia yang berjumpa dengan seorang kawan aku dari sekolah lama dulu, umi tak habis-habis bertanya. Menyoal macam aku seorang pesalah yang sedang disoal siasat oleh pihak polis. “Tu gewe (kekasih) along ke?” (merujuk kepada orang yang abah ceritakan). “Haish mana ada umi. Kawan along lah. Sama-sama sekolah Amir dulu” “Mana along tahu dia balik?” “Lah, along tahu lah. Kawan along kan. Adalah group WhatsApp umi oi” “Jolo ko. Ko gewe along doh” “Dok!” “Along tak dok gewe ko?” “Ta...

A4-06 STORY

Persahabatan kerana Allah itu sebenarnya bagaimana? Bila   terpisah rasa rindu. Bila dekat rasa bahagia namun takut menanti perpisahan. Bercerita, ketawa, menangis bersama. Mendukung untuk terus ke hadapan , menahan dari jatuh. Hulurkan tangan saat aku terjatuh. Menasihati kerana Allah. Menyayangi kerana Allah. Langsung tak pernah berkira. Berjuang bersama tika suka atau tika duka. Kekadang saat serasa diri bagai keseorangan , ada suara-suara mereka menghiburkanku. Masih teringat setiap memori yang pernah kita cipta. Setiap detik bersama ibarat sebuah novel cinta antara kita sahabat. Begitu manis rasanya. Romantis dengan cara kita sendiri. Allah masih menjaga persahabatan kita walau kadang kala ada masanya kita tak sependapat. Ada masanya kita berprasangka. Ada masanya kita kecewa dengan sesama kita. Allah masih menjaga persahabatan kita sahabat walau jarak antara kita makin jauh dan makin jauh. Latar kita berbeza, namun entah mengapa serasa kita begitu sama. Persis adik ber...

DIA!

Sedang elok aku chatting dengan member tentang urusan mooting competition yang tak lama lagi akan berlangsung, tetiba ruang bicara mesej ku diketuk si dia… ‘Rindu Along’ ‘Semoga dalam rahmatnya’. Dua ayat yang buat hati aku terpana. Jarang si dia nak mesej kakaknya yang satu ini. Bukan kata dia, aku pun sama. Jarang sangat nak tegur dia. Bila ada mesej masuk, cepat-cepat aku buka. Tapi 2 tutur kata bicara tu buat aku terdiam seketika. ‘Nak balik dah jumaat ni’, kataku. Buat seketika, hati aku meronta-ronta rasa nak balik. Padahal tak sampai sebulan lepas aku balik untuk majlisnya. Nasib baik kali ni balik bukan dengan mencipta alasan, tapi kerana cuti midsem yang memang sudah termaktub dalam tarikh pekeliling universiti. ‘Belajar molek sis’ again. ‘Tetiba rindu saya, awak sihat tak’, okay. Aku soal dia. Agak pelik angah malam ni. Lain macam bunyinya. Sihat tak budak ni hari ni? Rasa sayu mula hadir. Dah tahu nak pergi, boleh pula main-main dengan hati kakak yang terlalu ra...

Nukilan Seorang Kakak Buat Adik Tercinta!

Kerana kata “blood is thicker than water” dan kerana kata “air dicincang tidak akan putus” itu, aku rela melepaskan seorang adik ke satu tempat yang entah bila mampu kakiku menjejak debu tanahnya. Tempat para anbiya’. Tempat para Syuhada’. Bumi itu, bumi yang diimpikannya sejak dia bergelar seorang pelajar kelas agama. Bumi itu, bumi yang dirindukannya sejak dia kenal Allah penciptanya. Memori-memori lama datang berkali-kali menerjah fikiran aku yang teramat menyayanginya. Mana ada kakak yang tak sayang adik nya. Aku berfikir soal aku, sedang soal umi dan abah tak pula aku fikirkan. Betapa setiap malam umi menangisi detik-detik kepergiannya. Beberapa hari sahaja lagi, berangkat dia membawa diri. Demi mencari lautan ilmu dari Tuhan. Hakikatnya, 4 tahun jangkaan dia disana belum tentu mampu seceduk ilmu dia dapatkan. Hatta seorang professor yang tinggi ilmunya, hanyalah setitis dari selautan mutiara-mutiara ilmu itu dia dapatkan. Adik! Bercakap soal adik, mudah sangat hati aku ters...

STORY ABOUT ME (CULTURAL GLOBALIZATION PRESENTATION)

GLOBALIZATION A STORY ABOUT ME (CULTURAL GLOBALIZATION PRESENTATION) Assalamualaikum semua. Bukan senang nak jadi pelajar berjaya. Bukan senang nak jadi pelajar yang disenangi kawan, pensyarah and other people that you know of course, Semua orang ada cara masing-masing. Cara belajar dan cara mengajar. Among all my lecturer, ada seorang pensyarah ni yang kadang-kadang buat pelajar tak senang duduk.Bukan apapun sebenarnya,  it just an assignment yang tak pernah habis.  Setiap minggu wajib ada assignment.  WAJIB.  Tak adanya sunat-sunat. Mesti adalah kerjanya.  Normal lah kan kalau Lecturer bagi assignment, yang tak normal bagi kitorang (bagi aku)  budak law ni adalah banyak sangat assignment about ICT.  Communication Technology subject sampai lagi banyak dari subject law sendiri. (Sebenarnya tak ada masalah pun kalau kau buat 😅) Tapi itulah karenah pelajar.  Aku lah maksudnya. Nak tunggu kerja bertimbun dulu baru nak buat. Pastu me...

Professor : Kebanggaan atau Ujian?

Assalamualaikum w.b.t. Salam Perpaduan buat semua yang mengenali aku ataupun yang tak pernah tahu siapakah insan yang bergelar Shahira ini. Hakikatnya, tak penting pun sebenarnya untuk mengenali seorang aku yang tak ada apa-apa ini. Untuk entri kali ini, ingin aku kongsikan sedikit kisah hidup  atau mungkin boleh aku tafsirkan sebagai satu pengalaman. Satu skop pengalaman yang aku rasai sepanjang aku berada dekat institusi pendidikan tinggi ni. "Professor : Kebanggaan atau Ujian?"  Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitan  penyataan itu dengan kisah hidup university aku. Dan macammana aku boleh pula pandai-pandai nak bercakap tentang kebanggaan dan ujian dalam konteks seorang “professor” sedangkan aku bukan professor. Nah, sebab semua pertanyaan itulah yang membuatkan aku nak bercerita. Bercerita kembali tentang seorang aku yang kadang-kadang perlu banyak muhasabah diri dan belajar dari sebuah pengalaman. Well, pengalaman itu sendiri antara guru yang paling baik...