Persahabatan kerana Allah itu sebenarnya bagaimana?
Bila terpisah rasa rindu. Bila dekat
rasa bahagia namun takut menanti perpisahan. Bercerita, ketawa, menangis
bersama. Mendukung untuk terus ke hadapan , menahan dari jatuh. Hulurkan tangan
saat aku terjatuh. Menasihati kerana Allah. Menyayangi kerana Allah. Langsung
tak pernah berkira. Berjuang bersama tika suka atau tika duka. Kekadang saat
serasa diri bagai keseorangan , ada suara-suara mereka menghiburkanku.
Masih teringat setiap memori yang pernah kita cipta.
Setiap detik bersama ibarat sebuah novel cinta antara kita sahabat. Begitu
manis rasanya. Romantis dengan cara kita sendiri. Allah masih menjaga
persahabatan kita walau kadang kala ada masanya kita tak sependapat. Ada
masanya kita berprasangka. Ada masanya kita kecewa dengan sesama kita. Allah
masih menjaga persahabatan kita sahabat walau jarak antara kita makin jauh dan
makin jauh. Latar kita berbeza, namun entah mengapa serasa kita begitu sama.
Persis adik beradik yang berlainan orang tua.
Masih teringat saat ibadah kerana Allah itu dilakukan
bersama. Kau imamku aku makmumku. Kadang aku imammu dan kau makmumku. Masih
teringat saat kita berikan makanan jasad itu. Masak bersama . Makan bersama. Allah,
persahabatan ini begitu indah.
Dulu Umi pernah tanya “ betul ke along nak pergi USIM?
Kat sana kan along tak ada kawan sangat. Matrikulasi Along dah ada ramai
kawan.” Pastu aku jawab , “Alah umi, along nak pergi belajar bukan nak
berkawan”. Hurm , salah sebenarnya. Dekat matrikulasi, aku seronok sangat
berkawan, walaupun subjek tu aku tak minat tapi aku jadi nak juga belajar. Kat
sini semua subjek aku suka, tapi masalahnya kenapa hati aku tak rasa gembira
ya? Mungkin sebab dulu aku macam yakin sangat kut bagi kat Umi jawapan yang
macam tu. Sekarang. Ambik !
Betul, tujuan utama aku ke University untuk belajar dan
bukan untuk berkawan. Tapi, satu benda aku silap. Dalam belajar, aku perlu
kawan. Aku sangat-sangat perlukan kawan untuk sokong aku dari belakang. Untuk
kejutkan aku bila aku tertidur. Untuk betulkan aku bila aku khilaf. And there
they are. The A4-6 gang yang menguburkan terus rasa sunyi itu. Yang menidakkan
terus pernyataan aku yang aku tak perlukan kawan . Yang aku cuma perlukan
pelajaran. Aku sedar I really need them. No matter in what way aku fikir , aku
masih perlukan mereka. Aisyah, Fatinah, Nasuha, Dhiya, Afifah, Najihah and also
Fariha. No matter how I think , diorang lah imej yang buat aku rasa aku nak
belajar. Walaupun aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang sangatlah malas
nak belajar, but on the same time , melihat mereka , aku kekadang rasa malu
dengan diri sendiri. Melihat mereka yang kebanyakan masanya dengan buku menarik
aku untuk turut belajar bersama. They are one of my inspiration. How could I
stand kalaulah semua orang dalam rumah jenis macam aku. I don’t think I will
stand with 3 pointer and above. Tapi dengan diorang, aku tahu I need to change.
A changes to be a better person than what I am now.
Kalau a person ask me, how I think about them. Errm,
susah sebenanrya nak menjawab cause they all have their own charm. Aisyah ,
orangnya happy je selalu. Trying to speak a pure Malay but sometimes keluar
juga loghat Kelantannya. Always atas katilnya. Study and study . Tapi
hakikatnya most of A4-6 members macam tu. Aku je yang bukan kaki buku. And she
always dengan tuala kecilnya. I hope Aisyah punya masalah hidung tu cepat cepat
ok. Memory? Aku suka cium dia tiap-tiap malam. Entahlah sometimes, bila terasa
jarak kami jauh, ciuman itu buat aku rasa aku masih punya kawan. Walaupun
kadang-kadang dia mengelak. Ops, jangan salah sangka. I’m not a lesbian. Kunyit ke halia. Bukan ya. Erm,
Aisyah has her own problem. A love story between her and Mr X,Y or Z. How sweet
she is bila membicarakan soal si dia. But aku sangat-sangat benci bila tengok
dia menangis sebab si lelaki. I really hope, aku boleh tumbuk-tumbuk je lelaki
or perempuan yang buat dia menangis. Kurang asam. How could they do it to my
friend. Eventhough aku pun one of the person yang selalu buat dia sakit hati. Yang
tak boleh lupa cara dia kejut orang, “Shera, shera nak bangun tak”. Ish ish
budak ni.
Najihah, one of housemate yang aku tak boleh nak
lupakan. Selalu dengan bantal kuningnya. Have her own story. I always hope at
least I could be like her. Ada ayah yang pandai masak kalah chef.Ada abang yang
boleh diajak berjalan. She has her own
way dalam nak mengubah. Masih aku ingat bila ditampalnya nota nota dalam bilik
air , kat sinki and also dekat tempat letak makanan. Well , a little changes
can change the whole world. There she is. Harap dia dapat jadi a great teacher
nanti. Fariha, the only person yang selalunya tiada kat rumah bila hari minggu.
But the best part is, dia lah sumber makanan hari minggu. Hahaha. Masakan umi
memang best. Mihun, kek, Anything, I miss hari minggu so much. T_T. Cara hidup
yang aku sangat cemburu. Tidur awal tapi boleh bangun awal pagi untuk study.
Aku tak denya macam tu. Tidurlah awal mana pun, bangunnya lewat juga. Sebab aku
bukan kaki study tapi kaki tidur. Hehehe.
Dhiya, this little girl buat aku
rindu juga. A person yang memang tak boleh masuk dalam bilik aku. Jawabnya
tertidur lah dia. Attraction of “kaki tidur” can make this person pun tertidur
sekali. Seriously, katil aku ada aura dia sendiri. Aura tidur. This little girl
always dengan jajannya. Comel je. Peminat Infinite L ni memang comey jo. Dear Dhiya,
your eraser still will be the best present. A’ah. Key chain. Key chain yang aku
sangkut pada Al Quran tu akan selalu ingatkan aku pada dia. Persahabatan kerana
Allah. Nasuha, my inspire of make up . Tengok dia make up pun dah rasa best.
Bila tak de apa-apa nak buat hari minggu, mulalah ajak Nasuha make upkan. Tak kemana pun. Melawa dalam rumah acah-acah model lepas tu cuci balik. Menyanyi! Dia dan aku punya persamaan itu. Suka menyanyi. Susah nak
dapat partner singer macam Suha. And a teacher in choreography. Kadang kadang
dia lah fitness teacher kitorang. Dan kadang—kadang dia juga tempat bila aku
boring. Mana taknya hampir ¼ of storage laptop aku asalnya dari laptop dia.
Antara orang yang susah nak bangun. Tak payah cakap berapa kali “Chagiya
ireona” p/s sound alarm phone dia. Tetap kena ada real person yang kejut juga baru terbuka mata tu. Afifah, one
of Exo-L yang boleh sekepala dengan aku dalam rumah ni. Comel je Che Pah ni.
Update drama , muxic store boleh rujuk Afifah. Rindu lah masa-masa bersama
sama. Seriously pipah antara orang yang boleh sekepala dalam bab story mory.
And last Fathinah. Dialah antara penasihat yang selalu ada. Kalau tak ada dia, boleh kira berapa kali aku ke
surau untuk dengar kuliyyah. Mungkin kalau tak ada dia, aku dah makin kurang
nasihat agama. She’s one of my inspiration. And dia antara orang yang sangat
support aku dalam multimedia. Ingat waktu dia hilang phone. Sumpah relaks je
dia. Kalau aku dah gelabah terus, menangis guling-gling kut.
Kenangan bersama A4-6 sangat tak mampu aku lupa.
Shopping sama-sama. Boleh gi jalan-jalan sesame. Tengok cerita sama-sama.
Fathinah yang tak berapa nak okay dengan horror story pun terpaksa okay sebab
yang lain bertegas nak tengok juga. Ingat lagi bila kitorang tukat rumah A4-6
jadi club A4-6 sampai kena batch kat satu perumahan. Jiran-jiran sebelah mula
update story. Dalam whatsapp mula bercerita. Rumah mana yang buat kecoh
dekat-dekat nak exam. Rumah mana yang buat onar. Tadi nyanyi lagu tu sekarang
nyanyi lagu ‘Let It Go’. Rumah mana yang buat kecoh tadi buat kalam jama’ie
sekarang sibuk menyanyi. Aras mana yang buat onar , tadi kecoh semacam ,
sekarang dah berhenti. Nak solat kut!! Dan rumah mana yang buat kecoh itu masih
jadi rahsia . Suspek-suspeknya masih belum dikenal pasti. Biar pecah di perut
jangan pecah di mulut. A4-6 antara gang paling sporting boleh pula borak borak
2/3 pagi padahal esoknya nak exam. Antara gang yang boleh sewa kereta keluar
pagi-pagi balik malam.
25 Oktober 2016, Dstrict 21. 18 February 2017 ,
Breakfast kat Nilai 3. 17 August 2016, pukul 1 pagi boleh buat video makan
samyang. 31 Julai 2016, boleh pulak video malam malam buta. Padahal esok exam. 9
Oktober 2016. Sketsa yang buat satu perumahan kecoh. 24 September 2016, a story
of ‘Hanya Kerana Wan’ release . Dengan cameo si Fathinah. Dari perbualan kosong
jadi script filem. 24 December 2016, Food Festival. Best part adalah nak ready
untuk celebrating birthday Nasuha and also Fathinah, And thanks guys for
celebrating my birthday too. 24 Oktober 2016, maen bowling bersama. 25
February , makan-makan at Semangkuk Batang Benar.9 February 2017, release
tension Times Square. 27 September 2016, first time turun ramai ramai kat Tasik
Ujana and teman budak-budak ni main Roller Blade. Celebrating Fariha and
Najihah birthday kat Dapur Arang. Mungkin tarikh tu tak berapa betul Tapi itu
lah kisah kami bersama.
Ada waktunya semua bawak bantal tidur je kat luar ramai
ramai. Kerja memasak bukan kerja aku. Sebab kami ada chef kami sendiri. Nasuha,
Najihah yang kadangkala diassistantkan oleh Dhiya, Fathinah n Afifah.
Kerja-kerja beli barang basah pun tak pernah jadi kerja aku. Normally Fathinah
and Najihah yang kebiasaanya. Paling best bila pergi giant sama sama. Yang
sepatutnya kejap je. Sebab kami bersama, merayau-rayau boleh pula jadi lama.
Itulah antara kisah A4-6 yang mampu aku capture . Banyak
lagi kisah lucu and happy untuk diceritakan. For my A4-6 GANG. This story aku
dedikasikan untuk buat korang selalu ingat. Please jangan pernah lupa.
Persahabatan kerana Allah moga sampai ke Jannah.
Missing them so much...
A MEMORY BECOME A STORY.......
shahira_elyas
Comments