Skip to main content

DIA!

Sedang elok aku chatting dengan member tentang urusan mooting competition yang tak lama lagi akan berlangsung, tetiba ruang bicara mesej ku diketuk si dia…

‘Rindu Along’

‘Semoga dalam rahmatnya’.

Dua ayat yang buat hati aku terpana. Jarang si dia nak mesej kakaknya yang satu ini. Bukan kata dia, aku pun sama. Jarang sangat nak tegur dia. Bila ada mesej masuk, cepat-cepat aku buka. Tapi 2 tutur kata bicara tu buat aku terdiam seketika.

‘Nak balik dah jumaat ni’, kataku. Buat seketika, hati aku meronta-ronta rasa nak balik. Padahal tak sampai sebulan lepas aku balik untuk majlisnya. Nasib baik kali ni balik bukan dengan mencipta alasan, tapi kerana cuti midsem yang memang sudah termaktub dalam tarikh pekeliling universiti.

‘Belajar molek sis’ again.

‘Tetiba rindu saya, awak sihat tak’, okay. Aku soal dia. Agak pelik angah malam ni. Lain macam bunyinya. Sihat tak budak ni hari ni? Rasa sayu mula hadir. Dah tahu nak pergi, boleh pula main-main dengan hati kakak yang terlalu rapuh ni.

‘Tetiba’ mesejnya. Satu patah je. Terus diam. Berkerut dahi aku memikirkan. Tetiba?
Satu gambar masuk,

‘masa tu’ mesejnya
Satu lagi gambar masuk dengan caption “saya terjumpa kad ni”

‘masa tu’

‘saya tengah dengar lagu ni’. Dihantarnya audio Peace Be Upon You , Maher Zain.
Aku download dua gambar dan isinya ku tatap. Gambar tu. Gambar kad hari lahir yang aku tulis untuk dia tahun lepas. Waktu tu, dia pun belum tentu boleh sambung belajar ke Mesir atau tak. Waktu tu dia pun sibuk dengan STAM.  Aku baca balik bait ayat yang terlakar untuknya,

“Assalamualaikum, Indah merpati terbang melayang, Happy Birthday Angah tersayang.
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-18. Lepas ni dah boleh buat kad bank sendiri. Semoga Angah panjang umur, murah rezeki, diberi kejayaan dalam setiap apa yang angah buat, motivating, programming, bahas, syarahan and even in your bussiness. I wish you good luck my little brother. Maaf segala salah silap yang Along pernah buat. Terima kasih sebab jadi adik yang baik, adik yang memahami, adik yang penyayang. Terima kasih jaga Along dengan baik. Selain umi, abah, adik-adik, angah sumber kekuatan along kuat. Along bangga ada adik macam angah. Walaupun banyak antara masa, kita bergaduh je memanjang. Bertikam lidah tu biasa. Dah tua dan adik along. Lepas ni dah pergi jauh. Lagi susahhlah nak jumpa, bertemu mata, berbicara. Tak pergi pun dah jarang duduk bersama. Semoga Allah merahmati kehidupan angah di dunia dan di akhirat. HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE BROTHER. I LOVE YOU TODAY, TOMORROW, AND TILL THE END OF MY BREATH. Semoga jadi usahawan yang berjaya, banggakan semua. Buku tu jangan lupa baca. Penat along pilih.”

Bila baca balik ayat-ayat tu. Cepat sungguh rasa sebak. Ditambah pula dengan lagu Peace Be Upon You yang dihantarnya dari tadi terpasang. Aku ingat waktu tu aku tulis tanpa expect langsung yang dia akan pergi sejauh ni. Waktu tu aku fikir dia akan sambung belajar dekat mana -mana universiti tempatan. Atau lebih tepat dekat tempat aku belajar. Bila baca balik, rasa macam kena sangat dengan situasi sekarang. Malah lagi jauh dari apa yang kau fikirkan.

‘Hailah, nanti awak pi, jenuh lah saya nak posting kad’ kataku pada dia. Mana tak jenuh, kalau berbatu-batu jarakknya. Mesej tak sama dengan tinta kalam.

‘Cukuplah doa bersama ku’ ringkas jawapannya.

‘Awak buat saya nangis malam-malam ni. Saya dah lah sensitif pasal adik-adik ni’

‘Doakan angah dipermudahkan urusan ya’ pintanya.

‘Assalamualaikum’.

Ucapan salam tu ku baca lama. Hurm, mengeluh lagi aku buat kesekian kalinya.
Dia, dia hadir atas kehendak Allah. Menggembirakan umi, abah, aku dan seluruh keluarga dengan berita kehadirannya. Dia hadir menyeri keluarga mencukupkan pasangan lelaki dan perempuan pada jumlah cahaya mata keluarga. Dia hadir mengajar aku dewasa. Mengajar aku tanggungjawab kakak yang sebenarnya walau aku dan dia umurnya tak jauh berbeza. Dia! Dia hadir buat aku sedar, walau aku lebih dewasa namun aku tak boleh berdiri sekuat ini tanpa sokongan dia. Inn syaa Allah, dia terus-menerus mampu beri aku nilai positif dalam hidupku menjelang waktu-waku dewasa. Inn syaa Allah, dia terus menerus jadi seorang adik yang buat aku bangga. Inn syaa Allah, kasih sayang aku pada dia tak mati dimakan usia. Inn syaa Allah, dengan IzinNya!

#shahira_elyas
#siblinggoals
#270318


Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab