Skip to main content

BAGAIMANA RASULULLAH MENDIDIK ANAK MENUNDUKKAN PANDANGAN?


Assalamualaikum semua... Moga sihat-sihat hendaknya. 

Hurm, awak! Oh awak!Awak yang lelaki tu, tengok perempuan cantik memang seronok kan? Sama juga awak yang perempuan tu, tengok lelaki yang tampan, handsome , sasa, mulalah lain tingkahnya. Siapa yang tak suka? Paling tak acah-acah tutup muka dengan tangan biar tak nampak padahal jari direnggang-renggangkan biar terlihat jua.


Perkara yang disukai nafsu memang begitu. Ditambah pula dengan syaitan yang menjadikan segala yang haram itu indah-indah semuanya. Dugaan buat kita dalam menuju redhaNya. Nak tak nak, kena hadapi juga. Ada yang berjaya jaga pandangan, jaga hatinya. Tak kurang juga yang tewas separuh perjalanan.

Tambah-tambah pula hari ini memandang wanita cantik atau lelaki yang tampan tidak lagi perlu berselindung dengan kaca mata hitam. Cukup dengan buka akaun facebook atau Instagram wanita yang diidam-idamkan, cari gambar profilnya yang terbaik dan wajah wanita cantik tersebut boleh ditatap puas-puas di skrin telefon sahaja. Benda sama berlaku bila sekarang ramai pula yang bercrush-crush dan sebagainya. Allah. Sekali lagi. Benteng iman diporak-perandakan,

Bagi wanita pula, tanpa segan silu, wajah mulus artis-artis Korea ada yang dijadikan gambar profil dan gambar cover. Ada juga yang menjadikan gambar tersebut sebagai ‘wallpaper’ telefon dan laptop. Fikir-fikir, aku juga pernah terlibat dengan hal-hal begini. Bukan tak tahu benda tu tak baik, tapi terbuat juga. Salahkan nafsu? Tak! Aku salahkan diri sendiri yang lebih menangkan nafsu dari jadikan diri aku raja kepada nafsu. Sekali lagi, aku tewas.

Lebih menakutkan sekarang, gambar yang baik kualitinya boleh di ‘zoom’  sedekat-dekatnya dan bagi lelaki-lelaki yang berpenyakit hatinya, ada yang sanggup berfikiran tak elok just dengan melihat gambar-gambar wanita cantik tersebut. Jangan tidak percaya, tapi ia memang benar-benar berlaku. Kalau tak masakan banyak kes dilaporkan. Bukan setakat wanita jadi mangsa. Golongan kanak-kanak pun turut terkena tempiasnya. Tu yang banyak kes pedhophelia kat Malaysia.  Sebab itu bagi wanita, terutamanya yang cantik, jangan sebarangan letak gambar ‘pose’ comel di laman facebook atau instagram, terutamanya jika anda ada ramai rakan dan pengikut lelaki. Begitu juga mak ayah, atau kita yang bakal berggelar mak ayah. Jangan terlampau senang nak upload gambar anak dalam media sosial tak kiralah instagram ke, faebook ke. Tak salah nak tunjuk atau nak berbangga dengan anak sendiri, tapi tengok, check dulu gambar mana yang boleh dan gambar mana yang layak untuk tatapan diri sendiri.

Perisai bagi penyakit ini adalah ‘ghaddul basr’ atau menundukkan pandangan. Islam mengajar agar kedua lelaki dan wanita menundukkan pandangan, khususnya bagi anak-anak muda. 

Allah berfirman di dalam Al Quran, surah Nur ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Menundukkan pandangan adalah langkah pencegahan zina yang paling efektif. Biasa kita dengar, dari mata, jatuh ke hati. 

Zina yang akhirnya menyebabkan lahirnya bayi-bayi terlarang yang akhirnya banyak yang dibunuh dengan kejam bermula dari pandangan mata yang mungkin ramai bagi kita, merasakan bahawa ianya tidak ada apa-apa.

Pelajaran menundukkan pandangan ini mesti bermula di rumah, sejak kecil lagi dan anak-anak mesti difahamkan mengapa pandangan mesti ditundukkan, iaitu kerana ianya adalah perintah Allah.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Wahai Ali, janganlah pandangan pertama kau ikuti dengan pandangan berikutnya. Untukmu pandangan pertama, tetapi bukan untuk berikutnya.” (HR. Tirmidzi) 

Ibu bapa mesti membiasakan anak-anak menundukkan pandangan sejak dari kecil lagi. Baik di jalanan, di depan tv , mahupun telefon. 

Rasulullah ﷺ juga telah menunjukkan teladan praktikal tentang bagaimana untuk mendidik supaya anak-anak menundukkan pandangan. 

Diwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi dan Abu Daud dari Abdullah Bin Abbas RA:

“AL Fadhl bin Abbas dibonceng Rasulullah ﷺ. Kemudian datanglah seorang wanita dari kabilah Khats’am yang datang hendak bertanya kepada beliau. Al Fadhl melihat ke arahnya, dan wanita itu pun melihat ke arah Al Fadhl. Maka Rasulullah ﷺ memalingkan wajah Al Fadhl ke arah lain.”

Dalam sebuah hadis lain riwayat Ahmad, diriwayatkan dari Al Fadhl bin Abbas RA:

Aku dibonceng Rasulullah ﷺ dari Juma’ ke Mina. Ketika beliau berjalan, ada seorang ‘Arabi memboncengkan anak gadisnya yang cantik. Dia berjalan sejajar dengan beliau. Aku melihat ke arah gadis itu. Nabi ﷺ melihat ke arahku, lalu memalingkan wajahku dari wajah gadis itu. Aku kembali melihat ke arahnya, maka beliau memalingkan wajahku dari wajah gadis itu. Beliau lakukan itu sampai tiga kali.”

Dari dua hadis di atas, kita dapat lihat bahawa Rasulullah ﷺ cukup tegas dalam memelihara pandangan anak-anak. Tiga kali Rasulullah ﷺ memalingkan wajah Al Fadhl, menunjukkan keseriusan Rasulullah untuk tidak membenarkan Al Fadhl berseronok dengan pandangan matanya.

Dalam konteks kita hari ini, sebagai praktikal kepada hadis tersebut, ibu bapa mesti memantau rancangan televisyen yang ditonton oleh anak-anak. Jika ada babak yang tidak soleh atau aksi yang boleh mendatangkan dosa pada pandangan mata anak-anak, ibu bapa mesti memainkan peranan dengan menutup televisyen atau menukar siaran lain.

Begitu juga ketika berada di jalanan tatkala melihat anak-anak tertarik pandangannya kepada perkara-perkara yang dilarang agama untuk memandangnya, ibu bapa mesti berpesan dan mengalihkan pandangan anak-anak. 

Dalam hal ini, sudah tentu ibu bapa pun kena berdisplin juga, jangan anak-anak dilarang, tapi ibu bapa seronok menonton wayang yang jelas tidak patuh syariah dan melihat aksi-aksi yang mendatangkan dosa dalam drama-drama televisyen dengan selamba.

Ibu bapa adalah contoh bagi anak-anak, jika ibu bapa juga terbiasa menundukkan pandangan, maka insya-Allah, lebih mudah untuk mendidik anak-anak menundukkan pandangan.

Moga kita semua diberi kekuatan, insya-Allah.


Credit kepada penulis asal. Dah setahun tulisan ni dalam laptop. Aku sendiri tak tahu siapa penulis asalnya. Sedikit sebanyak ada yang diubah ada yang ditambah. Moga beri pengajaran pada semua.

#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab