Skip to main content

STORY ABOUT ME (CULTURAL GLOBALIZATION PRESENTATION)

GLOBALIZATION


A STORY ABOUT ME (CULTURAL GLOBALIZATION PRESENTATION)

Assalamualaikum semua. Bukan senang nak jadi pelajar berjaya. Bukan senang nak jadi pelajar yang disenangi kawan, pensyarah and other people that you know of course, Semua orang ada cara masing-masing. Cara belajar dan cara mengajar. Among all my lecturer, ada seorang pensyarah ni yang kadang-kadang buat pelajar tak senang duduk.Bukan apapun sebenarnya,  it just an assignment yang tak pernah habis.  Setiap minggu wajib ada assignment.  WAJIB.  Tak adanya sunat-sunat. Mesti adalah kerjanya.  Normal lah kan kalau Lecturer bagi assignment, yang tak normal bagi kitorang (bagi aku)  budak law ni adalah banyak sangat assignment about ICT.  Communication Technology subject sampai lagi banyak dari subject law sendiri.
(Sebenarnya tak ada masalah pun kalau kau buat 😅)

Tapi itulah karenah pelajar.  Aku lah maksudnya. Nak tunggu kerja bertimbun dulu baru nak buat. Pastu meroyan, yang ni tak siap yang tu tak siap.  Mulalah kalut tak tentu pasal.  Aku cakap pasal aku lah.  Bukan korang.  Korang ni mesti budak-budak baik punya.  Yang fokus tak berkelip dalam lecture.  Yang siap assignment sebelum due.  Yang belum topic masuk lagi,  dah briefing.  Yang buat nota tak last minute. Yang tak tidur dalam kelas.  Itu korang lah.  Aku kurang sikit lah dari tu.  Korang more better.

Tapi jangan salah sangka pulak, aku bukan nak mengata lecturer aku ok.  No.  In fact i have a good relationship with him.  Thats how good i am.  (Bukan nak membangga! )

So apa sebenarnya aku nak cakap dalam entri kali ni.  Entah,  macam tak ada tujuan kan.  Tidak jugak.  Cuma nak berkongsi,  macammana aku dan kawan aku yang seorang ini struggle siapkan tugasan ICT on the topic, Glibalization. It not just a presentation sebab kami kena buat dalam PowerPoint dan juga dalam Sway,  yang kitorang sendiri tak pernah guna.

Mulanya kitorang pilih tajuk lain,  pastu adalah sedikit misunderstanding,  so dengan rendah diri dan penuh rasa mengalahnya, we choose that topic.  Nampak macam senang.  Tapi agak lah,  agak susah sebenarnya.  That day,  we sit together briefing.  Cari tempat selesa.  Sediakan apa yang patut.  ,charging laptop,  charging phone , cari Wi-fi connection yang tak berapa nak ada. Buka buku, acah-acah buat nota, padahal banyak conteng. But thats it. Discussion tak perlu pun tegang-tegang,  muka ketat. Bagi aku lah.  Better to make it more santai.  Tapi tengok juga lah discussion yang macammana. Kalau discussion bercampur lelaki , perempuan tu pandai-pandai lah jaga ikhtilat. Jangan yang lelaki nak merapu bukan pada topic.  Yang perempuan nak menggedik.  It's not a good things.

So,  apa kami buat bila dapat tajuk. First sekali kitorang fahamkan dulu apa yang sebenarnya tajuk tu nak. Mungkin entri ini boleh membantu korang yang tiba-tiba dapat tajuk macam kitorang. 😁

Globalization, ok sekali lagi nampak macam senang kan tapi sebenanrnya tak semudah itu.  Bila dapat tajuk ini,  first thing aku fikir makanan je. Yes! Globalisation through food.  Tapi bila fikir balik,  well it's not easy to present totally pasal itu.  In fact,  kitorang masih kena fikir kata kunci Advantage dan Disadvantage tu. Tengok balik arahan tugasan.  10 minutes,  10-15 slide.  Macammna nak bentang dalam masa 10 minit,  power point dan jugak Sway ? Second thing kitorang buat adalah lakar storyboard.  Macam nak buat filem.  Baru nampak storyline dan halatuju presentation.

Baru buat kejap,  dah stuck.  Biasalah kalau tiba-tiba stuck masa buat assignment.  Yang penting jangan cepat melatah.  Bukan tak biasa.  Pernah sekali dah siap titik terakhir assignment. Waktu nak save tiba-tiba screen blank. Hilang semua kerja.  Sedih tak payah cakap lah.  Tetapi ada hikmah.  Aku belajar untuk selalu berjaga-jaga.  Backup pendraft,  backup email.  Back up yang raw.  Back up drive.

Fikir punya fikir,  kami capai kata putus . Globalization through culture jadi pilihan. Culture! Semua orang ada culture masing-masing.  Itu yang membezakan orang Melayu dengan orang India,  orang India dengan orang China. Tetapi bila globalisasi yang berlaku itu buat bangsa makin hilang seni budaya,  itu yang kurang baiknya.

Makanan,  fesyen,  bahasa,  muzik,  tarian semua tu culture. Dan itu yang kami bahaskan.
Betapa makanan hilang keaslian rasa bila semua orang mula jadikan McDonald,  KFC makanan asasi.  Bila nasi lemak dah tak berlauk telur,  tapi ayam, sotong,  udang.  Betapa fesyen jadi kebangaan.  Baju melayu dicampur unsur western.  Baju kurung dah jadi baju Cinderella.  Semua orang pakai hoodie.  Sampai kita dah tak boleh beza,  mana Melayu,  mana Cinta, salah mana Cina.  Betapa bahasa dipinggirkan.  Bahasa asing jadi bahasa pertuturan.  Masing-masing malu dipandang Melayu.  Ya,  globalisasi buat kita tahu bahasa Korea,  bahasa Jepun,  bahasa Inggeris dan sebagainya.  Ya, globalisasi buat kita yakin bila nak bercakap dengan orang asing.  Tapi kenapa globalisasi kita jadikan sebab kita kejam dengan bahasa sendiri.
Alah,  baguslah. Baru warna-warni. Yes, aku tak salahkan globalisasi. Itu variasi dari globalisasi. Langsung tak salah. Tapi bila variasi itu dah makin menguasai. Manusia dah makin hilang jati diri.

Itu yang kami bahaskan dalam presentation kami. Research demi research dibuat. Gambar demi gambar kami download, tak lupa juga video. Bagi aku itu lagi bagus bila present. Percayalah, member-member korang bukan rajin nak membaca. Mungkin aku je lah kut yang spesis malas tu. Disebabkan adanya spesis macam aku nilah, lagi elok banyakkan gambar dan video. Relaks, santai tapi berilmu.

Video-video yang dikumpulkan dari lebih 15 minit, kami ringkaskan jadi 1 minit lebih. Cukup sebagai trailer pembentangan kami. Cukup sekadar tinggalkan tanda tanya buat penonton.

Sejam beralih ke dua jam. Waktu demi waktu berlalu. Dah 12.30 malam rupanya. Padahal dari lepas asar tadi lagi tercongok depan laptop. Akhirnya siap juga. Kawan aku yang sorang lagi touch up kan. Cari gambar, gilir-gilir typing. Percayalah, kalau buat bersungguh-sungguh. Kerja susah jadi senang. Yang penting fokus. Tak salah nak bergurau dalam buat kerja jangan sampai jadi lagha.

My point is, tak perlu pun sebenarnya nak mengeluh dengan assignment yang bertimbun. Cari masa, bukan tangguh. Jangan tunggu esok . Buat sekarang!Cause tomorrow means forever. Dah sampai esok,  korang akan tangguh esok lagi.  Dan itu akan berterusan.  Sampailah due date,  baru nak sibuk.  Sebab itulah ada quote yang cakap,  hari bekerja bagi si pemalas adalah esok,  hari cutinya adalah hari ini. Tapi hari cuti si berjaya adalah esok,  dan hari kerjanya hati ini. Korang macammana?


Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...