Skip to main content

Bukan KPOPERS view (SHinee's Jonghyun passed away)

Assalamualaikum w.b.t
Throughout this life until now, ini kali pertama aku dengar K-Pop Idol yang meninggal dunia. Pelik? Pelik lah juga. Eventhough ajal itu boleh datang bila-bila masa je. Tahun lepas, pernah aku berborak dengan housemate aku pasal ini. Pernah aku tanya dia, ada tak K-Pop idol yang meninggal dunia. And she said setakat ini belum pernah dia dengar. Same goes to me. I mean bukan bermaksud aku nak mereka mati. Salah tu! Ish korang ni, ada ke nak orang mati. Idoknya. Cuma tertanya-tanya sebab langsung tak pernah dengar. Kalau pelakon tu pernah lah. And kalau K-Pop idol disband, atau accident, atau teribat dengan dadah. Yang itu ada. Tapi meninggal setakat ini tak ada.
So apa sebenarnya masalah aku cerita pasal ini? Tak ada masalah pun sebenarnya. It just come to my mind. Sibuk aku mengintai chat-chat yang masuk pada telegram semalam (18 Disember 2017), tetiba mata aku tertancap pada satu berita. ‘SHinee’s main vocalist passed away’.  Ok. Like seriously? Shinee’s member? Terus aku buka Google. Click je butang search. Berdesup keluar berita-berita tentang dia. Aku ni bukannya Kpopers, tapi SHinee ni aku kenal lah. Well, diorang antara artis K-Pop paling awal aku kenal.  ‘Hello! Hello!’ That song dah memang jadi kegemaran aku suatu ketika dulu. And yes, till this moment. So agak terkejut juga lah. Bila dapat tahu berita macam ini. Nak kata aku ni dikategorikan sebagai Kpopers itu taklah walaupun aku ni peminat EXO. Walaupun most of the song in my music file are from Korean artis. Mungkinlah agak Kpopers tapi bukan sampai ke kipas susah mati.
Baca punya baca, most of the article related to Jonghyun mengatakan yang dia commit suicide.Ok. Commit suicide. Term ini dah selalu aku dengar sejak aku belajar legal and law ini. Bunuh diri. Aku baca lagi dan lagi. Jadi student law memang buat aku gatal mata untuk baca kes-kes macam ini. Padahal sebab relate dengan SHinee’s member. Aku sendiri pun tak tahu kesahihannya. Tapi kebanyakan artikel mengatakan yang dia terlalu banyak hidu carbon monoxide (sorry kalau maklumat yang aku dapat salah). Yang aku tahu, kakak dia yang jumpa dia dalam keadaan tak sedarkan diri dekat apartmen dia sendiri. Tak lama kemudian polis datang dengan team medik tapi dikhabarkan dia dah pun meninggal dunia. Dalam artikel lain, ada yang mengatakan yang Jonghyun meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital dan satu lagi artikel lain mengatakan yang jantungnya hanya berhenti seketika. Pihak doktor cuba menyelamatkan dia and for a moment memang dia kembali bernafas tapi tidak lama kemudian dia hembuskan juga nyawanya yang terakhir.
Tertanya-tanya juga aku kenapa? Kenapa dia bunuh diri. I mean, he has a good life. He has so many people around him. He has so many people who really support him. Tercari-cari aku dalam laman sesawang itu. Depression! Ok, for some reason people may say sebab dia bukan Islam, dia tak ada iman sebab itu dia buat macam itu. First bila aku dengar case ini. Aku pernah juga terfikir yang mungkin ada orang nak sabotaj dia. Ada orang tak puas hati dengan dia dan rancang untuk bunuh dia. But then, lepas bukti-bukti yang ada (setakat ini), aku jadi boleh terima kenyataan yang dia memang commit suicide. From his letter. From apa yang diberitahu kakaknya. But then depression. That is the reason. The main topic yang dikaitkan dengan kematian dia. Tak kisahlah korang masih nak cakap aku kaki kpop ke apa but this, this is human being.
Korang pernah encounter depression tak atau ada member yang depressed? Pernah tak korang rasa yang orang jenis macam ni adalah jenis orang yang gilakan perhatian. Well, depression tu bukan gila. Depression tu penyakit. Maaflah kalau apa aku cakap ni mungkin orang tak boleh terima. Ingat senang ke nak bunuh dir? Semudah kelar nadi terjun bangunan, minum racun. Macam tu? Aku cuma rasa yang semua ini berlaku sebab ada suara lain yang desak diorang buat macam tu. Suara setan yang hasut diorang buat macam tu. Suara yang diorang sendiri tak boleh nak stop. Sampai diorang rasa itu cara terbaik untuk diorang berhenti dengar benda-benda yang macam tu. Tolong bezakan depression dengan stress. Stress tu sementara je. Tapi depression ni boleh bawa seumur hidup. Ya of course, kalau dia kembali pada jalan yang Allah redha, inn syaa Allah tak jadi macam ini. Tapi dah itu yang Allah dah aturkan. Qadha dan qadar Allah ini tak ada siapa boleh ubah.
And satu lagi, ini cuma pendapat aku. Mungkin lah. Mungkin ada yang tak boleh terima. Tapi bagi aku lah depression oleh artis-artis ini juga mungkin disebabkan fan yang terlalu taksub. Maksud aku taksub yang sampai buat Kpop Idol ni rasa terkongkong. Tak ada kebebasan. Tak boleh nak ada kehidupan dia sendiri. Nak bercinta tak boleh. Nak dekat dengan orang ini tak boleh. Dengan orang itu tak boleh. Nak jumpa siapa-siapa kena berselindung. Nak keluar kena selalu pakai mask. Nak pergi airport kena fikir pasal Airport fashion kalau tak kena kecam macam itu macam ini. I mean bukan aku nak galakkan orang bercinta. Tidak. Tapi let them have their own life. Bagi diorang rasa erti hidup. Kahwin, ada anak. Tolonglah jangan tertutup sangat sampai korang rasa diorang milik korang. Hidup diorang milik korang. Korang pun ada life sendiri. I mean korang sendiri bebas nak berkahwin, nak keluar. But then korang marah kalau diorang do the same thing. Well aku respect lah dekat fan yang faham ni. Tapi for others yang mungkin kurang faham. Just please, open your mind.
And of course, Shawol and others SHinee’s fan tengah bersedih. Sampaikan 5 antara Shawol yang bunuh diri. Mungkin diorang rasa diorang boleh jumpa Jongyun. Tak pelik sebab kepercayaan diorang pada kehidupan selepas mati. But please, just please do stay strong.
But to conclude, aku cuma boleh cakap, tak salah kalau korang nak minat K-Pop Idol ni. Tak salah. Langsung tak. Tapi pandai-pandailah. Jangan sampai itu yang buat korang lalai. Lalai dengan tanggungjawab korang as a human and lalai dari tanggungjawab korang sebagai hamba Allah. Jangan sampai korang lupa Allah. Lupa solat. Lupa mana siang, mana malam. Jangan sampai korang menangis sebab artis tapi lupa nak menangis sebab dosa korang pada Allah. Jangan sampai korang termimpi-mimpi artis Korea sampai lupa nak bangun Subuh. Aku pesan pada korang.  Bukan pada korang je tapi pada diri aku sendiri yang selalu leka ini. Moga sama-sama kita ambil iktibar.
Tu je kot. Panjang nak mati aku berceloteh hari ini. Sorry but then thank you.

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...