Assalamualaikum w.b.t. Salam Perpaduan buat semua yang mengenali aku ataupun yang tak pernah tahu siapakah insan yang bergelar Shahira ini. Hakikatnya, tak penting pun sebenarnya untuk mengenali seorang aku yang tak ada apa-apa ini.
Untuk entri kali ini, ingin aku kongsikan sedikit kisah hidup atau mungkin boleh aku tafsirkan sebagai satu pengalaman. Satu skop pengalaman yang aku rasai sepanjang aku berada dekat institusi pendidikan tinggi ni.
"Professor : Kebanggaan atau Ujian?" Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitan penyataan itu dengan kisah hidup university aku. Dan macammana aku boleh pula pandai-pandai nak bercakap tentang kebanggaan dan ujian dalam konteks seorang “professor” sedangkan aku bukan professor.

Nah, sebab semua pertanyaan itulah yang membuatkan aku nak bercerita. Bercerita kembali tentang seorang aku yang kadang-kadang perlu banyak muhasabah diri dan belajar dari sebuah pengalaman. Well, pengalaman itu sendiri antara guru yang paling baik. So nak tahu apa kaitan, layan entri ni sampai habis ya.^_^
Dari aku kecil, kebanyakan member dalam family aku akan gelar aku Along. A title that was given to me tanpa aku pinta. Maklumlah aku anak sulong. Kebetulan jarak aku dengan adik-adik aku yang lain tak jauh. Masing-masing hanya berjarak setahun atau dua tahun. So pada umur aku 3 tahun, aku dah ada 2 orang adik. Tu yang menyebabkan aku lagi dipanggil Along or Kak Long. Sepupu-sepupu pun sama. Tak kira yang tua dari aku atau muda dari aku , semua panggil along. Mak saudara dan pak saudara aku pun guna gelaran yang sama , sampaikan jiran sebelah pun terjebak sama. Kalau berjalan dekat kawasan kampung pun, atau pergi beli barang kat kedai runcit kat kampung, orang lebih terbiasa dengan gelaran along . Mungkin sebab dengar umi cakap dengan aku dengan gelaran itu.
Bila masuk sekolah rendah, kawan-kawan aku gelarkan aku dengan nama penuh aku . I mean, Shahira itself. Most of them, akan panggil Shahira. Bila aku pindah sekolah ke sekolah rendah yang lain. Masih lagi gelaran Shahira itu ada, ada juga yang panggil Sha. Aku pernah harap orang panggil aku Ayra sebabkan taksub sangat waktu tu dengan satu cerita Indonesia ni. Apa entah nama cerita itu. Yang Nabila dengan adik dia nama Ayra tu. Ok, dah. Tak penting.
Bila masuk sekolah menengah , kebanyakan kawan akan panggil aku dengan gelaran Shera. Cikgu-cikgu masih panggil aku dengan gelaran Shahira. Tapi ada seorang dua cikgu yang aku gelar Umi guna gelaran Shera itu pada aku. Antaranya Umi Rosliza. Banyak juga cikgu perempuan yang aku penggil umi. Hatta dengan mak ayah kawan-kawan aku pun ,aku lebih suka guna gelaran sepertimana yang mereka gunakan pada mak ayah mereka. Bukankan itu lebih rapat? Entahlah aku rasa macam jauh je bila panggil mak cik , pak cik ni. Well, kawan kau keluarga kau lah kan. So keluarga kawan kau equal tu keluarga kau jugak. So apa salahnya? Pernah juga aku buat benda sama pada beberapa kawan lelaki. Tapi kawan perempuan yang lain bangkang dan tak galakkan sebab takut kawan lelaki atau keluarga kawan lelaki tu fikir lain macam. Please lah gang! Ada ke ciri-ciri menantu pilihan pada aku ni. Lawak lawak. Tapi setakat ni tak ada lagi cikgu lelaki yang aku panggil Abi.
Disebabkan ramai sangat nama Shahira dalam batch aku. Maka berlaku satu transformasi di situ. Aceceh , transformasi lah sangat. Mana taknya dalam batch aku je, ada yang nama Syahirah Mohamad, Shahira Che Sukri, Syahirah Razali, Syahira Abdul Aziz, aku, Shahira Elyas and others Shahira. Sampaikan last-last diorang letak satu huruf je mewakili nama ayah. Macam aku Shahira Elyas, kawan-kawan panggil E je, stand for my father Elyas. And Syahirah Mohamad jadi M je. Teruk kan? Hehehehe. Dari secantik-cantik nama, tiba-tiba jadi satu huruf je. Penat umi abah cari nama cantik-cantik. Haish. Dasyat betul tahap transformasi nama aku tu. Bagi aku lah.
Bila masuk Matrikulasi, kembali semula kepada secantik nama Shahira itu. Begitu juga waktu Tamhidi di Universiti Sains Islam Malaysia. Masih dengan nama Shahira. Namun ada satu kes yang kadang-kadang menjadikan aku sendiri dah hampir lupa nama aku sendiri sekarang. Kelakar kan?
Kes yang berlaku waktu aku masih di tamhidi. Aku tak adalah berapa ingat fact yang betul-betul happened that time. Tapi yang pasti ketika satu kuliyah atau mungkin juga waktu kelas tutor, ada seorang lecturer bertanya satu soalan yang aku pun dah tak ingat pasal apa. Dan kebetulan waktu tu, aku ada jawapan. So, dengan rasa tak beraninya dan takut-takutnya, aku angkatlah tangan untuk jawab. Dan KEBETULAN juga, jawapan itu betul. Disebabkan jawapan tu betul , so member-member lain mulalah acah-acah tepuk tangan. Dan seorang kawan sekelas aku waktu tu yang sekarang dah jadi roommate aku mula buat statement. “Wah professor!” Tepuk tangan, sambil geleng-geleng kepala. Lebih kurang macam tulah bunyi ayatnya. Bersungguh dia puji.
Disebabkan kata-kata dia, hampir semua orang panggil aku Prof selepas kejadian itu. Dari member kelas aku, kepada member kelas sebelah. Kepada student-student tamhidi dari fakulti lain . Plus kawan-kawan housemate aku yang dari Tamhidi Sains dan Teknologi, hinggakan kepada lecturer Law aku yang aku gelar Madam Ros turut sama panggil aku prof. Bayangkan dalam dewan kuliyah, yang bila kau sengaja duduk bahagian belakang sekali ( tak adalah belakang sangat sebenarnya ) dan bila kau sengaja duduk bahagian tepi sekali dengan tujuan nak lari daripada mana-mana panahan soalan yang memang kau rasa lemah dalam subjek tu, and time tu jugak, lecturer dengan spontannya berkata
“Hah, awak. Profesor kan. Jawab soalan ni.” Ambik ! Sebiji atas muka kau. Pap terus blank. Apa nak jawab ni? Apa nak jawab ni? Nasib baik ada kawan yang tolong. Kalau tak mahu terkial-kial kat situ. Pengalaman kena mention terus and memang tuju kat kau memang seram sangat-sangat.

Gelaran itu berlarutan hari ke hari. Aku tak pula marah bila aku digelar begitu. Pernah sekali aku cakap kat kawan aku,
“ Weh, tak payahah panggil aku prof. Ilmu aku pun macam apa je”. And she said ,
“ Alah, apa susah , Aminkan je. Kata-kata tu doa. Kau tak nak jadi Profesor ke nanti?”
“Of course lah nak.” Aku akui. Siapa yang tak nak? Dah memang impian dari kecil, aku nak jadi pensyarah.
“Dan tu, tak yah fikir-fikir. Aminkan je” mudah betul jawapan dia. Aku diam. Waktu ni memang kata-kata Al Sukut alamatu rridho tu memang sesuai sangat untuk diadaptasikan.
Pernah terjadi satu kes, ada seorang kawan aku ni panggil nama Shahira. Sebab aku dekat dengan dia. So aku berpaling lah. Well, I am Shahira. Aku tanya dia “ kenapa?”
“Eh tak tak. Bukan kau Prof,” Hampeh. Shahira lain rupanya. Sejak dari tu , aku mula untuk tak ambik kisah sangat bila orang panggil Shahira. Sebab most of them kenal aku dengan gelaran Prof. Tapi bila aku ambik konsep “tak kisah” tu, ada pula yang jadi salah faham. Satu kisah lain bila seorang kawan panggil Shahira, dan aku tak berpaling sebab ada Shahira lain kat depan aku. And it turns, dia panggil aku. Merajuk sekejap si dia sebab ingat aku tak nak layan dia.
Haish, tak pernah ku sangka aku akan hadapi konfliks dengan nama aku sendiri.
Ingatkan waktu Tamhidi je. Bila masuk tahun 1. Gelaran tu masih berterusan. Serious aku rindu gila orang panggil aku Shahira. On the same time aku suka juga dengar mereka guna gelaran Prof tu. Ingat masa orientasi, seorang kawan cerita kat aku tentang kawan dia yang ingat aku betul-betul professor disebabkan dengar orang panggil aku prof. Siap bagi statement
“Bagusnya lecturer boleh rapat macam tu sekali dengan student. Sampai boleh bercakap-cakap macam kawan” . Serious rasa nak gelak. Ada ke ciri-ciri lecturer aku ni? Macam tak ada je.
Namun sau persoalan berlegar-legar difikiran aku tentang realti gelaran itu. Mungkin ada yang rasa ,
“wah, hebatlah ada orang panggil Profesor” .
Disebabkan gelaran itu , ada jug yang fikir aku memang betul-betul hebat dari segi intelektual. Dari segi akademik. Sampaikan bila aku cakap,
“sorry, aku lemah bab ni” , ada yang tak percaya dan cakap
“tak kan lah Prof. Prof mesti hebat pasal ni”. Sehinggakan bila aku cakap
“sorry weh aku tak baca lagi bab ni” and it turn to be
“Prof saja je tu geng, padahal dia dah baca banyak dah. Kan Prof?”. And it go on like that. Kebanggankah itu?
Instead of fikir yang itu satu kebanggaan, aku lebih rasa yang itu satu ujian. Ujian dari Allah buat aku. Dalam masa yang sama pembakar semangat untuk aku. Aku ni bukan jenis kaki study. Kaki tidur adalah. Aku ni bukan jenis yang 24 jam dengan buku. Bangun pagi tengok buku, nak makan tengok buku, nak tidurpun dengan buku. Aku ni bukan jenis yang minat gila dengan bab-bab sejarah walaupun aku ni budak law. Bertambah lah ujian itu. Nak baca sejarah je, mulalah roh melayang kealam mimpi. Aku ni bukan jenis yang 'mudah' dari segi menghafal dan ingat. Aku ni bukanlah jenis orang yang boleh bangun 2, 3 pagi semata-mata untuk study. Dan aku bukan jenis orang yang pandai buat nota. Aku suka menulis. Tapi tak pandai untuk nak summarizekan penulisan aku. Kalau tak dah lama article ni jadi satu perenggan. Aku tahu kelemahan aku. At least dengan gelaran ni timbul satu pemikiran yang aku kena buat yang terbaik. Timbul satu pemikiran yang buat aku rasa aku kena selalu semangat dalam belajar. Aku kena selalu semangat dalam nak menuntut ilmu. Kenapa? Sebab title yang orang letakkan ada aku. Kepercayaan yang orang letakkan pada aku. Dan mindset yang sesetengah orang fikir pasal aku yang aku ni memang expert dalam hal-hal akademik. Sedangkan hakikatnya, I am too far away from that. Aku yakin most of them result mereka lagi better and lagi power dari aku.
Disebabkan gelaran itu, aku mula rasa aku ada tanggungjawab yang sangat besar. Dan mula rasa, aku tak nak jadikan gelaran Prof itu fitnah kepada aku suatu hari nanti. I’m really trying my best untuk fit dengan setiap subjek yang aku ambik. Untuk jadi lebih baik dari aku yang dulu. Untuk jadi seorang yang baru. A better person from what I am now.
Aku sangat takut, kalau one day andai result aku tu tak memberangsangkan, orang-orang akan cakap or even think
“ingatkan hebat sangat orang panggil Profesor, Padahal apa je.”
Sebab itulah tajuk itu menjadi pokok perbiacaran aku. Profesor : Kebanggaan atau Ujian?
“Umi umi, kat university, orang panggil along professor”. Ya, part of me. Timbul juga rasa bangga itu. Tapi on the other side, aku takut. Takut gelaran ini yang akan beri effect pada aku. Takut yang sebenarnya ini ujian dari Allah untuk uji aku, samaada aku akan terleka dengan penghormatan orang, atau aku akan still sedar tentang kedudukan aku dan cepat-cepat going through the right path. Jauh di sudut hati, risau juga andai aku tergolong dari yang pertama. Fikir aku dah cukup hebat. Padahal NOTHING!!!!
#shahira_elyas
06 Oktober 2017

Comments