Assalamualaikum dan salam 1 Ogos dari seorang aku yang sekarang sedang bergelar pendidik sementara.
Klise kan tajuk aku kali ni, rasa-rasa tercapai ke jodoh buat umi. Aip, jangan salah faham pula, bukan cari jodoh untuk umi. Menggila jawabnya kalau buat macam tu. Abah nak letak mana?
Tapi jodoh untuk aku buat umi. Eh, tiba-tiba Shahira Elyas bercakap soal jodoh. Demam ke? Tak aku ok. Sihat wal afiat setakat ni. Alhamdulillah. Cuma entah kenapa sejak 2 hari lepas, bila abah buka cerita tentang dia yang berjumpa dengan seorang kawan aku dari sekolah lama dulu, umi tak habis-habis bertanya. Menyoal macam aku seorang pesalah yang sedang disoal siasat oleh pihak polis.
“Tu gewe (kekasih) along ke?” (merujuk kepada orang yang abah ceritakan).
“Haish mana ada umi. Kawan along lah. Sama-sama sekolah Amir dulu”
“Mana along tahu dia balik?”
“Lah, along tahu lah. Kawan along kan. Adalah group WhatsApp umi oi”
“Jolo ko. Ko gewe along doh”
“Dok!”
“Along tak dok gewe ko?”
“Tak dop lah umi.”
“Umi mu pun. Adalah dia tu. Sibuk pulak dia tu”. Kata abah.
Aku diam. Teruskan makan. Topik macam ni lah nak dibangkitnya masa tengah makan. Nasib tak tercekik makan aku. Umi oh umi! Along 20 tahun baru.
Tak habis dengan tu, semalam disebut-sebut lagi soal yang sama. Sekali lagi tempatnya dekat dapur juga. Waktu tu aku tengah bagi adik perempuan makan. Umi pula sibuk dengan mesin jahitnya. Dapur ni dah macam pusat kaunseling jodoh dah.
“Along oh along. Along sungguh ke tak dop gewe?”
“hah…” aku bertanya sekali lagi. Suara air paip dengan pinggan yang berlaga mengehadkan pendengaran aku.
“Along tak dop gewe sungguh ko umi tanya?”
“Tak dop umi. Sungguh ni.” Tegas aku.
“Umi ingat along ada gewe. (Nada kecewa) Along tak dop saing (kawan) dengan sapo-sapo ko?”
“Lah, saing lah, banyak jah saing (kawan) along.” Aku faham maksud umi. Tapi buat-buat tak tahu. Aku memang tak boleh kalau bercakap soal ni. Aku malu.
“Dop lah maksud umi. Saeng laki lah”. Tenang umi menjelaskan maksudnya.
“Adalah umi kawan laki. Tapi saing macam biasalah. Macam orang lain semua.”
“Dekat U tu tak ada ke hok along suka?”
“Tak ada umi.”
“Hari tu, along kata ko umi along berkenan ko sorang budak tu. Tu gewe along ko?” Hai, umi bangkit cerita lama pula dah. Memang aku dengan umi macam tu. Semua pun nak cerita. Cuma nama je aku tak beritahu. Kalau diberitahu. Naya dicarinya sampai ke seberang laut.
“Tak, tu along suka je”
“Pahtu bukan gewe?”
“Bukan. Along suka je. Dia pun tak tahu along suka dia”
“Lah. Kalu gitu Umi pun boleh kata umi suka Shaheizy Sam” part ni memang aku nak gelak. Nampak je tak tengok TV , tapi jangan main-main Shaheizy Sam pun kenal. Aku diam. Tak nak jawap apa-apa. Tiba-tiba aku dengar umi bersuara sambil tangannya tak lepas dari kain dan benang.
“Ya Allah, kau temukanlah jodoh untuk along. Ya Allah kau temukan jodoh along dengan orang yang boleh jaga dia. Kau temukanlah Along dengan orang yang boleh terima dia. Ya Allah kau temukan Along dengan orang yang boleh bimbing dia. Kau mudahkan urusan anak aku. Kau berikan kesihatan untuk dia. Ya Allah kau temukanlah dia dengan orang yang boleh didik dia.” Aku dengar doa umi. Lantang doa umi biar aku dengar barangkali. Panjang doanya. Tak semua aku ingat. Tapi part doa umi, “Ya Allah temukan jodoh along dengan orang yang boleeh jaga dia”. Aku sebak. Entahlah. Sedih. Tak tahulah macam mana nak luahkan.
“Along.. Along kena cari lah” kata Umi lagi. Tak habis lagi umi.
“Umi, kalau cari jodoh tu macam cari kain senang. Gi je pasar , pilih-pilih yang berkenan. Beli.”
“Umi tahu . Tapi along kena cari juga. Umi dulu pun cari”
“Umi gewe?” terkejut. Tapi aku tahu istilah couple dulu tak macam sekarang. Jumpa payah. Bercakap dengan surat.
Umi sengih. Sengih tu yalah tu. Terbongkar juga cerita lama.
“Pastu kenapa Umi kahwin dengan Abah?” bukan aku nak menyoal takdir. Saja nak bertanya.
“Dia tak sey (tak nak) ko Umi ko?” Soalku ingin tahu.
“Tak. Dia lambat. Abah meminang dulu. Umi terima lah.” Jawab Umi. Hailah umi. Penuh drama betul.
“Lah. Tengok. Gewe dengan orang lain nikah dengan orang lain, baik tak payah gewe” kata aku lembut. Umi senyum. Entahlah. Mungkin bersetuju dengan kata-kata aku.
“Tapi along kena cari juga. Kena doa. Dekat U tak do ke yang Along rapat?” That is umi. Selagi tak puas hati, nak juga dikoreknya sampai lubang cacing. Dah terang benderang jawapan aku ulang. Pelik juga aku dengan Umi ni. Masa dekat Universiti, bila aku ambik gambar kumpulan dengan lelaki. Umi juga yang marah-marah. Katanya Umi tak berkenan Along kawan dengan lelaki. Setiap gambar aku kalau ada lelaki walaupun gambar pertandingan. Mesti disoalnya. Ulang ayat yang dah aku hafal dalam kepala. “Umi tak suka along berkawan dengan lelaki”. Bila aku tak ada kawan lelaki. Dan rasa tak hadap nak cari. Umi pula yang bertanya. Confuse.
“Ada tu ada. Kawan biasa umi.”
“Kawan lama-lamalah. Nanti ada lah yang berkenan.Kawan sekejap-sekejap, mana nak ada. Kalu tak tunjuk orang tak tahu kita suka” kata Umi.
“Habis tu. Umi nak along royak? (beritahu)” soalku. Tak ada maknanya aku nak buat. Umi sengih lagi.
Ok. Statement umi tadi aku tak berapa setuju. “Kalau tak tunjuk, orang tak tahu kita suka” Habis kalau dah tunjuk orang tak nampak-nampak macam mana? Kalau ya dengan tunjuk tu jadi kenapa orang yang aku berkenan dah dekat satu dekad tak perasan-perasan juga sampai sekarang. Nak tunjuk macam mana lagi? Rasa macam banyak sangat dah tunjuk. Aku ni bukan spesis yang senang-senang nak beritahu aku suka orang tu. Doalah bila itu yang aku mampu. Cakap lebih-lebih pun tak ada guna juga kalau tertulis bukan untuk kita. Kalau dah ditakdirkan kawan, kawan juga akhirnya. Silap-silap bagitahu putus kawan pula. Belajar pun baru nak masuk tahun dua. Banyak lagi yang perlu aku teroka.
Dulu umi pernah soal benda yang sama.
"Umi nak along saeng? Along yang ajar adik-adik jangan gewe. Along pulak yang gewe. Tak sey lah gitu".
Aku tahu Umi risau. Risau anaknya nanti hidup tak berteman. Dengan aku yang macam ni. Well siapa yang kenal faham kut macammana. Tu je yang aku boleh fikir. Mungkin juga Umi ada alasab lain.
Berbalik pada kata abah, “Apa-apa pun doalah. Allah lah yang tahu yang mana yang baik. Nak sihat mintak dengan Allah, nak pandai minta dengan Allah. Nak kurus minta dengan Allah. Nak jodoh pun minta dengan Allah”.
Tulah yang sedang aku buat. Bab lain boleh aku nak berusaha. Tapi bab ni. Aku blank. Malu! Tak tahu macam mana nak usaha.
Kata seorang ustaz, “Awak pilih jodoh bukan sekadar pilih suami , tapi pilih pemimpin keluarga, pilih bapa untuk khalifah-khalifah akan datang. Pilih-pilih juga. Doa tu jangan tinggal.”
Aku masih ingat kata-kata Cikgu Fatimah, guru Bahasa Melayu aku masa aku Tingkatan 3.
“Awak ni, dari sekarang lagi kena berdoa nak tok laki (suami) yang macam mana” aku dengan kawan-kawan tersenyum. Seolah-olah pelik. Isu ini pula Cikgu utarakan. Kitorang baru tingkatan 3 kut.
“Saya masa seusia awak lagi doa nak suami yang macammana. Alhamdulillah. Saya dapat macam apa yang saya nak. Awak kena doalah. Kita tak tahu kita doa sekarang. Mungkin 5 tahun lagi Allah makbulkan, mungkin 10 tahun lagi Allah makbulkan . Tapi kalau kita sendiri tak berdoa. Hurm tak tahulah nak kata”
Entahlah. Aku berpegang pada doa. Berpegang pada tawakkal. Tapi untuk kali ini aku belum masih boleh berusaha. Hanya mampu usaha dengan doa. Kuasa doa tukan besar. Mungkin kerana aku masih dalam mood menunggu. Wallahua’lam. Apa-apapun doakan aku yang terbaik. Aku juga doakan semua yang membaca dengan doa yang baik-baik.. Sampai satu masa, adalah tu Menantu buat Umi. Siapa rasa dia macam aku, atau tahu macam mana nak handle. Mohon comment atau pm ya. Salam sayang.
#shahira_elyas
01/08/2018
Comments