Skip to main content

8 Langkah Memahami Bid'ah


Assalamualaikum kepada semua yang masih sudi bersama aku dalam penulisan yang tak seberapa. Untuk kali ini aku akan kongsikan 8 Langkah Memahami BID’AH. Kebetulan beberapa bulan lepas, aku ditemukan dengan buku kecil karangan Ustaz Muhadir Haji Joll. Buku yang tidaklah berapa tebal sekitar 103 muka surat tetapi apabila berkaitan agama ini biasalah manusia biasa macam aku ni nak menghabiskan punyalah lama. Kalau baca novel, 1 novel 500 muka surat, semalaman dah habis. Tapi bila buku ilmiah ni, mengantuk campur kerja campur kena kacau adik beradik campur benda-benda lain tulah yang jadi lama.

Maka, untuk kesempatan ini aku akan cuba ringkaskan sebaik mungkin apa yang aku baca dan aku faham. Mujur pembacaan kali ini tak berapa berat jadi nak faham tu agak mudah. Inn syaa Allah , jom sama-sama kita teroka.

Langkah 1: FAHAMI DEFINISI BID’AH

Dari segi bahasa: “Apa-apa yang diciptakan yang baru tanpa ada contoh terdahulu”
Dari segi Istilah: “Melakukan atau mengerjakan sesuatu perbuatan atau amalan baharu (yang berbentuk keagamaan) yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat ketika Baginda masih hidup”

Maksudnya apa-apa sahaja perbuatan yang berkaitan agama yang tak pernah pun dibuat Baginda Rasulullah dan Sahabat selepas kewafatan baginda dikira bd’ah. Tak kiralah benda baik atau buruk. Nak menentukan bid’ah tu baik atau buruk maka wajarlah kita tengok samaada perkara itu selari atau bertentangan dengan agama.

Contohnya, Solat Tarawih berjemaah, azan dua kali pada hari Jumaat pada zaman Sayyidina Utsman, sambutan Maulidul Rasul dan sebagainya.

Langkah 2: FAHAMI PEMBAHAGIAN BID’AH
Secara mudahnya Imam Syafi’I membahagikan bid’ah kepada 2 jenis dengan Istilah yang berbeza.:

1)Jenis yang pertama:
a) Bid’ah Mahmudah (yang dipuji oleh Syarak)
-Selari dengan Sunnah (iaitu syariat Islam)
b) Bid’ah Mazmumah (yang dikeji oleh syarak)
-Bertentangan dengan Sunnah

2)Jenis yang kedua:
a) Bid’ah Dhalalah (sesat)
-Bertentangan dengan Al Quran, Sunnah, atsar Sahabat atau Ijmak
b) Muhdatsah Ghair Mazmumah (perkara baharu yang tidak dikeji)
-Tidak bertentangan dengan Al Quran, Sunnag, atsar Sahabt atau Ijmak.

Secara mudahnya Bid’ah itu boleh dikategori kepada dua, iaitu bid’ah hasanah (baik) dan bid’ah dhalalah (sesat)

Walaupun perkara bid’ah ini adalah perbuatan yang tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W. Namun setiap bid’ah hasanah yang dilakukan akan diberi pahala sebagaimana yang dikatakan oleh Habis Zain bin Ibrahim bin Sumaith di dalam kitabnya Al Ajibah Al Ghaliyah fi ‘Aqidah al-Firqan an-Najiah,
“Setiap perkara baik yang tidak ada pada zaman Nabi S.A.W maka ia adalah bid’ah hasanah, diberi ganjaran orang yang melakukannya. Dengan dalil Nabi S.A.W yang bermaksud: Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun daripada pahala orang yang mengerjakannya itu”.

Langkah 3: FAHAMI KAITAN ANTARA DEFINISI BID’AH

1.     Ada dua pendekatan ulama dalam memberikan definisi bid’ah dari segi istilah iaitu umum dan khusus
2.     Semua definisi bid’ah yang bermaksud sesat sebagaimana disebutkan Imam Ibnu Rajab al-Hanbali dan ulama lain adalah merujuk kepada BID’AH DHALALAH (sesat) mengikut Imam Syafi’i, Imam ‘Izzuddin bin Abdus Salam, Imam Nawawi, Imam Badruddin al-Aini dan lain-lain.
3.     Mereka mengakui adanya Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Dhalalah cuma mereka menggunakan Istilah yang berbeza-beza.
4.      Kedua-dua kumpulan ini (umum dan khusus) BERSEPAKAT bahawa,
a.       Hakikat bid’ah yang dilarang dan mendapat ancaman di dalam hadith sebenarnya adalah BID’AH DHALALAH(sesat), bukan BIA’AH HASANAH.
b.       Berdosa atau tidak perkara baharu itu, bukanlah terletak kepada pernah atau tidak pernah dibuat ketika zaman Rasulullah, tetapi terletak kepada selari atau bertentangan sesuatu perbuatan itu dengan syariat Islam atau dasar syariat (dalil-dalil syarak).

Langkah 4: FAHAMI AYAT AL-QURAN DAN HADITS-HADITS YANG MEMBUKTIKAN ADANYA BID’AH HASANAH SERTA ISYARATNYA.

Contohnya Surah Al Hadid ayat ke 27, yang bermaksud
“…. Dan mereka mengada-adakan rabbaniyah, Kami tidak mewajikan atas mereka. (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah, dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Maka kepada orang yang beriman di antara mereka, Kami berikan pahalanya dan ramai diantara mereka yang fasik”.

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun daripada pahala orang yang mengerjakannya itu dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun daripada dosa orang yang mengerjakannya itu”.

Langkah 5: FAHAMI KAITAN ANTARA DEFINISI BID’AH DENGAN HADITS-HADITS TENTANG BID’AH.

Antara hadith yang melibatkan ancaman terhadap orang yang melakukan bid’ah:

1. Amalan orang yang melakukan bid’ah akan ditolak dan tidak diterima oleh Allah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang mencipta(mengadakan) sesuatu perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini, yang bukan daripadanya maka ia tertolak.

2. Orang yang melakukan bid’ah adalah berdosa bahkan menanggung juga dosa orang yang mengamalkan bid’ah tadi yang diajar oleh mereka.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mencipta (mengadakan) sesuatu Bid’ah Dhalalah (sesat) yang tidak diredhai Allah dan RasulNya maka ke atasnya dosa seperti dosa orag yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi sedikitpun daripada dosa mereka itu”.

Berikut merupakan antara hadith tentang bid’ah yang didalamnya ada disebutkan beberapa ancaman kepada mereka yang melakukan bid’ah.

Tetapi kita harus ingat, bid’ah yang dilarang sama sekali untuk kita buat dan yang mendapat ancaman di dalam semua hadith tentang bid’ah hanyalah merujuk kepada BID’AH DHALALAH (sesat) sahaja dan bukan Bid’ah Hasananh (baik).

Penggunaan perkataan “bid’ah” dalam hadith-hadith tu sebenarnya boleh kita kategorikan sebagai lafaz Al ‘Am (umum) dan bukannya khusus ataupun hanyalah majaz semata-mata.

Langkah 6: FAHAMI KENAPA APABILA DISEBUT “BID’AH” IA MENUNJUKKAN “SESUATU YANG TIDAK BAIK” ATAU “SESAT”.

Kalau fikir-fikir balik apa sebabnya kita selalu confuse dengan perkataan BID’AH  NI. Satu je, sebab kita selalu fikir Bid’ah ni benda yang tak baik. Benda yang buruk sampai kita lupa sebenarnya Bid’ah tak semuanya buruk.

Contohnya apabila ada yang mengatakan
“Budak tu seorang yang berakhlak”. Kita akan selalu fikir yang budak tu budak baik. Akhlak yang baik. Sedangkan akhlak itu sendiri ada yang baik (husnul khuluq) dan ada yang buruk (su’ul khuluq).

Maka begitu juga dengan bid’ah. Bila ada menyebut,
“Perkara ini adalah bid’ah” maka kita akan selalu fikir yang dimaksudkan dengan bid’ah itu adalah bid’ah yang sesat (dhalalah) sedangkan bid’ah itu ada yang sesat (dhalalah) dan ada yang baik (haasanah)
Maka perlu kita ingat, Perkataan “bid’ah” SELALUNYA atau KEBIASAANNYA menunjukkan “tidak baik” atau “sesat”, tetapi bukan SEMESTINYA atau SEMUANYA tidak baik sesat.

Langkah 7: FAHAMI HADITS “KULLU BID’ATIN DHALALAH” DENGAN BENAR.
Ada kumpulan yang mengatakan bid’ah itu hanya ada bid’ah yang sesat sahaja dan tiada bid’ah yang baik berdasarkan hadits Rasulullah yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu menjauhkan diri daripada mengada-adakan (atau mereka-reka) perkara baharu (yang berkaitan agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baharu (yang diada-adakan yang berkaitan dengan agama) itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat”.
Perkara penting yang perlu kita ingat dalam langkah ke-7 ini adalah hadits “kullu bid’atin dhalalah…” itu sebenarnya telahpun ditakhsiskan atau diperincikan dengan hadits “man sanna fil islami sunnatan hasanatan…”

Yang bermaksud “Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun daripada pahala orang yang mengerjakannya itu dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun daripada dosa orang yang mengerjakannya itu”.

Langkah 8: FAHAMI MAKNA AT-TARK DAN KAITANNYA DENGAN BID’AH

Apabila bercakap soal bid’ah, tidak lengkap rasanya kalau kita tidak menyentuh tentang At-Tark. Sebab apa? Kalau nak dibahaskan , sebenarnya kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat kuat. Sampaikan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi sebagai bid’ah atau bid’ah dhalalah. Sebab tulah berlaku kekeliruan tentang makna At Tark itu sendir. Hakikatnya kedua-duanya sangatlah berbeza.

Untuk kali ini, saya akan ringkaskan sahaja . Inn syaa Allah ada peluang dan ruang kita bahaskan tentang At Tark itu sendiri.

At-Tark (الترك)  ialah sesuatu perkara atau perbuatan yang tidak pernah dibuat oleh Nabi.
Tetapi tidaklah bermaksud setiap perkara yang tak pernah dibuat Nabi itu adalah makruh atau haram.

Ada kaedah yang boleh kita gunakan dalam hal ini,
الترك لا يقتضي تحريمه
“At-Tark tidak semestinya menunjukkan pengharaman”
Secara mudahnya Bid’ah itu adalah perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi, tetapi dilakukan
oleh para sahabat dan generasi selepas mereka setelah kewafatan Nabi

At Tark pula adalah perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi, tetapi dilakukan oleh para Sahabat ketika Nabi masih hidup dan selepas kewafatan Nabi

Maka,jika Nabi tidak melakukan sesuatu perkara, maka BUKANLAH bermakna perkara itu adalah Bid’ah Dhalalah (sesat). Ia hanyalah bermaksud perkara itu BOLEH jika tidak dilakukan, ia bukan bermaksud HARAM dilakukan.

Alhamdulillah. Selesai juga ringkasan tentang  Bid’ah ini. Sekiranya ada kesilapan mohon ditegur. Bab-bab agama ni tak boleh kalau kita tahu benda tu salah tapi tetap juga berdiam sebab takut orang tu berkecil hati dan sebagainya. Hakikatnya saya hanya manusia biasa yang suka berkongsi ilmu. Yang masih dhaif dari segi pengetahuan agama dan juga dunia. ^_^
#shahira_elyas




Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...