Skip to main content

"Tolonglah!" A Journey To Gombak

Assalamualaikum, salam cinta setulus rasa buat semua yang setia membaca.

Alhamdulillah, akhirnya terlakar juga tinta kata edisi september.

Kalau boleh aku cerita pengalaman aku hari ini, dari USIM ke Gombak dengan niat menghubungkan hubungan kekeluargaan mungkin terlalu panjang tintanya. Tapi tetap juga aku nak bercerita. Kerana pengalaman ini antara pengalaman yang mengajar aku tentang hidup.

Aku mulakan langkahku lebih kurang jam sepuluh 20 pagi. Dalam fikirku pukul 11 dah boleh bertolak dari KTM Nilai ke KL Sentral. Pagi ni, selesai bersihkan diri, packing beberapa helai baju, kemas mana yang patut, aku mulakan langkah menuju ke USIM. Dompetku kosong. Hanya ada resit 99speed Mart dan beberapa keping syiling.

Alhamdulillah beberapa hari lepas abah mesej, elaun bulan ni abah dah masukkan. Segunung harapan aku mengorak langkah ke USIM. Tak pelah, kalau tak ada duit pun, dekat ATM USIM nanti boleh ambil.

Jarak rumah aku ke USIM tak lah jauh sangat sebenarnya. Lebih kurang 10 minit je berjalan. Tapi rasa panjang sebab aku keseorangan. Aku ambil phone di compartment belakang, kebetulan jam tertinggal. Waktu menunjukkan 10.30 pagi. Tersenyum seketika bila ternampak note 5 ringgit pada case phone.

Acah acah dalam filem aku berjalan. Nak kata ayu pun tidak. Senyum sampai ke telinga. Dengan earphone kat telinga. Ya lah tak sabar nak kembara seorang diri walaupun ke Gombak je. Yalah. Aku tak pernah naik KTM sorang. LRT apa lagi. Dari semalam aku tanya orang tu orang ni. Macam mana nak naik ni. Macam mana nak naik tu.

Sampai dekat ATM USIM, terjumpa dengan kakak usrah. Aku syak dia ambik duit juga. Sebelum keluar dia senyum manis. Mulutnya terkumat kamit. Tapi aku tak dapat dengar sebab telinga dah tersumbat dengan earphone. Kurang ajar pula kalau tak balas ye dok. Senyum tu sedekah. Tak salah kita pun bersedekah pagi-pagi ni. Then, smile! Betul-betul depat mesin ATM, aku terpaku. Await gelap je mesin ni? Cepat-cepat ke mesin sebelah. Oh My. SAMA!!

Aku terdiam, apa aku nak buat ni. Nak patah balik rumah, pinjam duit dengan kawan. Haish, jauh pula nak berjalan. Nak naib grab macam mana duit pun tak ada. Menyesal pula pasang earphone kat telinga. Entah-entah tadi kakak usrah beritahu mesin ni rosak. Kalau ya, memang aku rasa nak tumbuk diri sendiri. Kalau tak,boleh pinjam duit akak usrah tadi.
Mundar-mandir sekejap sebelum aku decide booking grab. Dengan note 5 ringgit yang ada, kali ini aku tawakkal. Aku download grab sebab dah lama aku tak guna aplikasi tu. Nasib baik data tak buat masalah kali ni.

'Mana aku nak pergi ni, duit dah lah ada 5 ringgit ni. Pergi bank jauh. Macam mana ni?'aku bermonolog. Dah lah tak ada seketul hamba Allah pun kat kawasan Fakulti Pengajian Quran Sunnah ni. Tesco ke Giant? Aku tahu 2/2 mall ni ada ATM. Aku check harga untuk kedua-duanya. Allah, dua-dua harga RM9. Apa aku nak buat ni. Seriously otak aku blank. Waktu tu, aku harap adalah sape-sape yang lalu depan aku. Aku nak pinjam duit. Lantaklah malu ke apa. I'm in need!

2,3 minit tunggu tak ada orang juga. Dengan lafaz, bismillahirrahmanirrahim, aku tekan book grab. 9 minutes away! Ok, kalau tak jujur dosa pula. Aku call orang tu. Takut! Yalah nama Melayu tapi gambar macam gangster India. Aku tak racist. Tapi boleh tak sape-sape faham perasaan aku sekarang. Saat-saat kau sorang ni, aku cuma mengharapkan dapat juga orang yang aku rasa macam selamat sikit. Nak ke tak nak, booking pun dah. Aku call driver. Kali pertama, angkat, tapi tak ada yang bercakap. Kali kedua, dia tutup terus. Tolong lah angkat pak cik. Saya cuma nak cakap boleh ke saya bayar lagi 4 ringgit kemudian je. Muka nak menangis. Dengan gelabah tahap biawak nak mati.
Kejap dia mesej aku 'ok'. Mungkin dia ingat aku nak tanya dia, dia kat mana ke, apa ke. Aku pun tak tahu.

Maka aku pun menunggu lah dengan macam-macam rasa dan macam-macam benda ada dalam kepala otak aku ni.

Dekat 5 minit, baru dia sampai. Ok, melayu. Tapi still lagi aku takut. Depan aku ni lelaki kut.

'Eh, tak jawab salam pun' katanya
'Haa, oh maaf. saya tak dengar.'
'Tadi mesej pun tak bagi salam juga' katanya lagi.

'Sorry sorry'  ni memang salah aku. Aku tahu dia Islam bila tengok nama dia tadi. Tapi first impression aku pada gambar profile dia tu menyebabkan aku sangsi nak bagi salam ke tidak.
Aku diam. Dia yang bercakap.
'Memang belajar sini ke?'
'Ya'
'Nak ke mana?' Soalnya.
'saya nak ke Gombak'.
'Lepas ni ke Gombak naik apa?'
'Saya nak ke KTM Nilai, Kl Sentral then ambik LRT ke Gombak'.
'Oh, ya ke. Saya nak Kelantan'.
'Buat apa ke Kelantan' aku berbasa basi. Tertanya juga, aku kan orang Kelantan
'Nak merisik' jawabnya. Oh merisik. Aku diam.

'Alang-alang awak nak ke Gombak, apa kata saya hantarkan sekali, lagipun sama je laluan kita ni' . Haa, sudah. Kau jangan! Aku kalau orang tanya macam ni aku nak menangis ni.
'Eh tak pelah. Saya naik KTM.'
'Tak betul. Lagi murah. Terus sampai sana'.
'Tak apa tak apa. Lagipun saya dah janji dengan Pak Su saya nak berhenti di LRT Gombak'  aku tak sudah sudah berdoa dalam hati. Tolong lah Ya Allah.
Belum sempat dia jawab. Dah sampai ke Giant.
'Kejap ya. Saya ambil duit sekejap' aku lihat dia mengangguk.

Kelam kabut aku cari ATM. Bila dah jumpa ramai pula yang beratur. Dah lah mamat tu duk tunggu tu. Am Bank! Am Bank pun Am Bank lah. Charge ATM aku topupkan kemudian.

Selesai ambik duit. Aku terus jumpa orang tu. Dan bayar baki yang kurang.
'Nak ke KTM Nilai kan, tak apa saya hantarkan' katanya. Dengan waktu yang dah suntuk ni aku angguk. Lupa sekejap pasal soalan nak hantar ke Gombak tadi.
Dan sekali lagi aku dalan kereta mamat ni menuju ke KTM Nilai. Keluar je dari pagi Giant tu...

'Macammana, awak nak ke KTM ke nak ke Gombak?'  ALLAH! Rasa nak pengsan aku dengar.
'Er, KTM Nilai'.
'Tak awak takut ke?' Dia tanya. Alahai, boleh pula kau tanya. Sah sah lah aku takut.
'Err'. Nak jawab takut kan nampak sangat suuzzon kat orang.
'Tak ! betul, jujur. Jujurlah. Awak takut ke?'.
'Er, ya takut tu satu. Satu lagi saya dah janji dengan pak su saya'.
'Tak! Awak nak takut apa? Awak ada insuran. Kalau contoh ya, contoh lah saya buat apa apa kat awak, awak boleh saman saya. Saya dah tak boleh bawak Grab lagi dah'.
'Betul, tapi...'
'Biasa awak ke Gombak berapa?' Soalnya.
'Err, tak tahu. ni first time'
'Agak-agaklah...'
'RM15 mungkin' tekaku.
'Macam ni, kalau saya bawak awak ke Gombak, awak bayar RM15 pada saya. Sama juga, cuma yang tu awak naik LRT, ni awak naik kereta'  buat tawaran pulak dah. Aku kata tak nak, tak naklah. Adoyai. Waktu tu, aku rasa lama sangat perjalanan dari Giant ke KTM Nilai.
'Tak pe. Tak pe. Lagipun saya nak experience naik LRT' aku bagi alasan.
'Laa, balik nanti pun boleh'. Dush. Menjawab pula.
'Tak apa tak apa'
'Kalau tak pun macam ni, sape awak kata jemput awak kat Gombak tu?'
'Pak saudara saya!'
'Awak call dia, bagitahu saya nak hantar awak ke Gombak. Nanti awak bagitahu no saya....' dan bla bla bla. Aku tak boleh fikir apa yang dia cakap.

Kalau awal-awal tadi aku rasa macam aku nak percaya. Tapi bila dia terlalu memaksa macam ni. Aku tak boleh!
'Allah Akbar, awak nak takut apa? Saya pun hamba Allah juga'.
'Ya tahu, memang semua orang pun hamba Allah' aku jawab. Kurang ajar ke aku jawab macam tu?

'Cuba awak call pak su awak tu, saya janji saya hantar awak ket LRT Gombak. Lagipun memang saya akan lalu sana.'
Adoyai, main janji janji pula. Tolong lah cepat sampai. Tolonglah. Mungkin lah niat dia betul betul baik. Tapi aku bukan Tuhan. Aku tak tahu. Aku cuma nak berhati-hati. Aku bukan berniat nak sangka buruk. Tapi akal aku yang buat aku fikir benda-benda tak baik.
'Cuba lah call dulu, minta kebenaran pak su awak tu'. Seriously, aku cakap kat korang, nada dia memang lembut je dari awal sampai sekarang.

Bila dah memaksa macam ni. Aku ambik phone. Call pak su. Bukak speaker. Waktu ni satu je aku harap. Tolong lah pak su jangan kata ya.

2 kali aku call, pak su aku tak angkat. Kaki aku dah tak henti-henti bergerak-gerak. Tolong lah angkat. Fahamkan mamat ni.

Aku call sekali lagi. Tangan aku genggan beg.
'Ho long.. ' alhamdulillah. Pak su angkat.
'Pak su, ni along on the way nak gi KTM ni '
'Ho...'

'Along naik abe ni, pah tu dio kato dia nak gi Kelantan. Dia kato dio nak tolong hantar along terus ke LRT Gombak.'
'Along kenal ko dio? Along ngan sapo tu'
'Along tak kenal. Along sorang ni'. Aku tengok orang tu diam je
'Tak payah tak payah. Naik KTM, AMBIK LRT KE GOMBAK' kata Pak Su.
'Ok pak su. Ok! Ok!'.
'Pak su awak tak bagi?' Tanya mamat kat depan.
'Ya saya. Terus ke KTM Nilai'
'Kalau macam tu, oklah'

Saki baki ke KTM Nilai tu, tak habis-habis aku doa. Janganlah apa apa. Buatnya dia berhenti ke apa. Aku tak kira, tang tu jugak aku jerit.
Sampai je kt depan KTM Nilai, aku bayar dan turun. Jejak kaki je aku ke bumi, syukur. Nak menangis. Situ juga aku rasa nak sujud syukur.

Terus ambil KTM ke KL Sentral. Sepanjang perjalanan KTM Nilai ke KL Sentral dan ke LRT Gombak, setiap tempat aku tanya. Takut-takut aku tersalah. Alhamdulillah. Syukur. Dari pekerja KTM, abang guard yang jaga tempat masuk, kakak dekat tempat announcement, sis cantik indonesia dekat ktm nilai, uncle(sebab tak tua, tak muda. Nak kata abang macam ya) chinese sebelah aku, all of them have a very good attitude to me. Sabar je jawab soalan aku. Aku bersyukur ada kat bumi Malaysia ni, tak lokek beri senyuman. Bantu aku yang tak tahu macam apa dah aku rasa. Alhamdulillah, 2 stesen lagi, aku sampai ke Gombak sebab saat aku menulis ni, aku baru lepas Stesen Sri Rampai . Moga perjalanan dipermudahkan dan dirahmati Allah.

Pesan aku, tak kisah lah kau lelaki ke kau perempuan, berhati-hati. Aku tahu kena banyak husnudzzon, bersangka baik. Tapi sometimes, kau tetap kena berhati. Kalau baik alhamdulillah. Kalau tak, kau juga yang susah.

#shahira_elyas
#29 September 2018
#1.49pm

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...