Skip to main content

Ada Apa Dengan Tarbiyah ( Versi 5 W 1 H)



بسم الله الرحمن الرحيم

Di kesempatan kali ini aku akan kongsikan apa itu tarbiyah vesi 5 W 1 H. Mesti semua dah tahu tentang 5 W 1 H kan? Mana taknya dari zaman sekolah lagi bila nak buat karangan je, benda ni mesti ada dalam kepala. Baru lah nak buat karangan pun ada perkembangan, ada huraian ada isi yang nak digarapkan. Aku dan terbiasa dengan 5 W 1 H ni. Bukan hanya dalam karangan, dalam dakwah, dalam bahas. Semua benda tu selalu perlu difikirkan. Dalam hidup ni, persoalan-persoalan itu selaluuada. Kenapa aku disini? Untuk apa? Untuk siapa? Apa yang aku patut buat? Bila harus aku mula? Harus pilih yang mana?
Dah, dah. Kalau dibiar lama-lama makin ke laut pula tulisan aku ni.

So First, WHAT?

Apa itu tarbiyah? Sedar atau tak sebenarnya tarbiyah inilah yan menghasilkan daie dan pendukung yang menegakkan Islam. ALLAH berfirman dalam surah Al Anfal ayat ke 39, “Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.”

Lebih info tentang apa itu tarbiyah? Click disini... ^_^

WHO?

Siapa yang perlu tarbiyah? Semua lah. Semua golongan manusia. Melainkan orang yang membaca ni bukan manusia. Kot-kotlah serigala jadian ke, maka yang tu tak perlu. Firman Allah dalam Surah Az Zariyat ayat ke 56, “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada- Ku”.

WHY?

Kenapa perlu tarbiyah. Kalau tak tarbiyah tak boleh? Kalau tak nak terima tarbiyah tak boleh ke? Bukan mati kut. Ha, memang lah tak mati. Even though kau tak Islam pun kau tetap tak mati selagi Allah tak izin. Tapi tulah, demi redha Allah kau dekati tarbiyah. Kenapa? Sebab kita nak raih Syurga Allah. Firman Allah dalam Surah Al Saff, “Wahai orang beriman! Mahukan kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasuL-Nya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui, nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga”.

WHEN?

Bila harus kita tarbiyah? Sampai bila kita kena terima tarbiyah? Jawapannya simple. Selagi kita hidup di dunia selagi itulah perlu ada tarbiyah. Firman Allah dalam Surah Al Ankabut ayat 64, “Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui”.

WHERE?

Kat mana nak cari tarbiyah ni? Ada yang tahu tentang tarbiyah tapi tak tahu mana nak cari. Tak tahu macammana nak dekatkan diri. Surau, masjid, majlis-majlis taklim, hadiri Usrah, duduk dalam halaqah. Inn syaa Allah itu tempat terbaik. Jangan sendiri. Sebab bila sendiri, otak mula fikir benda-benda di luar kawalan. Nak jaga nafsu pun susah bila sendiri. Sibukkan diri ke tempat baik-baik. Dengan orang baik-baik.

Dan last sekali HOW?

Macammana? Join halaqah, daurah, rehlah, mukhayyam, mutabaah amal. Rasanya ramai yang dah tahu.  Peringkat-peringkat tarbiyah inilah yang memerlukan komitmen untuk melatih kita supaya sanggup berkorban, sanggup bersabar bukan sahaja dari segi fizikal, malah yang paling penting pemantapan ruhiyah. Perlu juga belajar tentang muwasafat tarbiyah. Baru kita tahu bagaimana bentuk-bentuk tarbiyah tu.
Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 142,  “ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar”

Sabda Rasululllah SAW, “Orang yang paling berat diuji ialah para Nabi dan kemudia orang yang mengikut jejak langkahnya. Seseorang akan diuji sesuai dengan tingkat penghayatan terhadap agamanya. Jika agamanya kuat, maka ujian itu akan bertambah.”


Alhamdulillah done. Semoga kalian sentiasa bahagia dan selalu dekat dengan tarbiyah.
Salam sayang

#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...