Skip to main content

Hukum Hadiri Majlis Makan Bukan Islam

Menghadiri majlis makan yang dianjurkan sahabat bukan Islam adalah harus (dibolehkan). Begitu juga memakan hidangan yang disediakan oleh orang bukan Islam sekiranya kehalalannya diyakini. Jika didapati sebaliknya (makanan iti didapati haram),maka hukum memakan makanan itu adalah haram sama sekali.
Mencari yang halal itu wajib. Namun, ia tidak berati seseorang iti terlalu berhati-hati sehingga menyebabkan was-was dan menyukarkan kehidupannya. Atas dasar itu, Islam tidak membenarkan kita menyelidik sehingga menyebabkan kesulitan yang terlampau kepada umat Islam.
Justeru, semua jenis makanan yang kita lihat dengan mata kasar atau mendengar sendiri perakuan ikhlas daripada tuan punya majlis (walaupun bukan beragama Islam) bahawa makanan yang dihidangkan itu halal dimakan oleh umat Islam , maka hukum memakannya halal dan tidal diragui akan kesuciannya.
Pernah suatu ketika , Aisyah RA dihadiahkan kepada keluarganya daging haiwan yang sudah disembelih. Masalahnya orang yang menghadiahkan itu baru sahaja memeluk Islam.  Ragu-ragu terhadap daging itu, Aisyah bertanya kan hal berkenaan kepada Nabi Muhammad SAW. Lantas Baginda menjawab, "Sebutlah nama Allah SWT pada daging itu dan makanlah".
Daripada hadis ini , ulama berpendapat Nabi Muhamad SAW seakan akan melarang Aisyah daripada terus bertanyakan dan risaukan hal itu. Bahkan baginda juga tidak bersungguh-sungguh bertanyakan hal itu kepada Aisyah.
Apatah lagi bertanyakan hal demikian kepada pemilik asal daging berkenaan.
Sumber: Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...