1. Agenda utama Parlimen pada minggu ini ialah sesi penggulungan Menteri bagi menjawab segala persoalan dan isu yang telah disuarakan oleh para ahli parlimen ketika sesi perbahasan ucapan Titah Diraja. Sebanyak 20 Kementerian telah selesai menggulung dan masih berbaki 5 lagi Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri akan menggulung pada Isnin depan.
2. Oleh kerana agak susah untuk melihat kelibat Menteri dan Timbalan Menteri ketika sidang Parlimen maka sesi penggulungan adalah peluang terbaik untuk para ahli parlimen pembangkang bangun membuat pencelahan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
3. Ketika penggulungan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke menjawab persoalan berkenaan seragam pramugari yang telah disuarakan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Hajah Siti Zailah dalam ucapan perbahasan Titah Diraja. Menteri berkata "kita sedar ini bukan dasar baru dan kita tiada perancangan untuk ubah dasar sedia ada. Pakaian pramugara dan pramugari tertakluk kepada (syarikat) penerbangan."
Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Dr Khairuddin Aman Razali bangun bertanya sama ada kerajaan akan menggesa Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk membenarkan pramugari beragama Islam untuk memakai tudung ketika bertugas.
Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi juga bangun mempersoalkan seragam pramugari syarikat penerbangan di negara ini yang menurutnya lebih mencolok mata berbanding syarikat penerbangan luar negara.
Namun, sungguh mengecewakan apabila Menteri sekadar menjawab "kalau Yang Berhormat rasa itu menjolok mata, jangan pandang pramugari tersebut,"
4. Adakah sekadar itu sahaja jawapan yang boleh diberikan oleh seorang Menteri yang sebenarnya mempunyai kuasa untuk menentukan dasar dan polisi negara.?
Jawapan berlepas diri itu tidak selayaknya diucapkan oleh seorang bertaraf Menteri.
Jawapan berlepas diri itu tidak selayaknya diucapkan oleh seorang bertaraf Menteri.
5. Isu berkenaan hak pekerja untuk menutup aurat itu tidak terhenti di situ. Ahli Parlimen PAS bangun lagi ketika sesi penggulungan Menteri Sumber Manusia, YB Kulasegaran.
YB Siti Zailah meminta penjelasan Menteri berkenaan hak pekerja Muslim untuk melaksanakan tuntutan agamanya iaitu menutup aurat.
YB Siti Zailah meminta penjelasan Menteri berkenaan hak pekerja Muslim untuk melaksanakan tuntutan agamanya iaitu menutup aurat.
Beliau dengan tegas membela hak wanita agar tidak didiskriminasi dan ianya selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
YB Siti Zailah mahu Menteri jawab dengan betul, bukan bercakap seperti budak tak bersekolah.
YB Siti Zailah mahu Menteri jawab dengan betul, bukan bercakap seperti budak tak bersekolah.
6. Pada masa sama, YB PKR Petaling Jaya iaitu Maria Chin dan YB DAP Batu Kawan, Kasthuriraani bangun juga mempertikaikan apa yang diucapkan oleh YB Siti Zailah. Pada pandangan mereka, isu pemakaian menutup aurat ini bukanlah perkara penting, yang lebih utama ialah perkhidmatan yang ditawarkan.
YB DAP itu juga dengan sewenangnya menyalahgunakan ayat Al Quran berkenaan tuntutan menundukkan pandangan di samping berkata orang yang menutup aurat juga menjadi mangsa gangguan seksual.
7. Persoalan sebegini patut kita tanya kepada PH;
a) Ke mana hilangnya suara Ahli Parlimen Muslim dalam PH dalam hal mempertahankan hak wanita Muslim yang didiskriminasi ini.?
Bukankah PH jaguh hebat no 1 membela hak asasi manusia.?
b) Mengapa YB DAP yang bukan Muslim itu mahu sibuk campur hal ummat Islam.?
Mengapa dia tidak pula memetik ayat Al Quran berkenaan kewajipan menutup aurat.?
c) Apa peranan Kerajaan PH yang sudah memperoleh kuasa jikalau sekadar memberi jawapan masih mahu mengekalkan dasar dan polisi lama kerajaan terdahulu yang sudah tumbang.?
d) Mengapa pejuang hak asasi manusia di Malaysia ini bersikap hipokrit dan double standard dalam hal ini.? Mereka sibuk menuntut kebebasan berpakaian untuk tidak menutup aurat tetapi mereka diam membisu dalam hak pekerja yang mahu menutup aurat.?

8. Para Ahli Parlimen PAS menyuarakan pelbagai isu rakyat dan negara ketika sesi soalan dan perbahasan. Namun, apa yang menyedihkan kita ialah masih ada Timbalan Menteri PH yang sanggup memfitnah PAS kononnya hanya lantang bersuara berkenaan aurat tetapi diam berkenaan isu rasuah.
Hakikatnya, ketika Ahli Parlimen PAS berbahas ke mana menghilangnya sekalian jemaah Menteri PH? Dewan hanya agak penuh ketika sesi pagi kerana Menteri perlu menjawab soalan lisan. Selain pada waktu itu, dewan memang lengang. Ini hakikat yang boleh anda saksikan sendiri melalui siaran langsung Sidang Parlimen di internet.
Sila duduk dan jangan lari wahai sekalian Menteri...
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN PAS
02 Ogos 2018
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN PAS
02 Ogos 2018
Comments