Skip to main content

Kajilah Sirah Ambillah Ibrah


Assalamualaikum dan salam kasih sayang dari seorang aku yang sedang berdebar-debar menunggu result exam keluar. Kurang sehari lagi keluarlah keputusan pengajian penggal ini. Kalau silap langkah, paling tak jatuh tersungkur je. Kalau silap markah, mahunya dipenggal kepala aku dek umi dan abah.

Kajilah Sirah, ambillah ibrah. Tajuk kali ini sebenarnya nampak berat tapi ku gunakan pendekatan santai. Biar tak terlalu sulit untuk yang membaca memahami bait bicara yang nak disampaikan dan tak sulit juga untuk aku mengarang kata. Tajuk kali ini datangnya dari bacaan buku yang kesekian kalinya bertajuk Touch Your Heart, tulisan Hafizzuddin Afif.

Kalau diperhatikan kebanyakan tulisan aku dah macam bedah buku. Ada baiknya, berkongsi ilmu. Moga-moga ilmu yang kusampaikan mengalir terus sebagai bekal akhirat nanti.

Oh ya, lupa nak tanya. Pernah drive tak? Tak kisahlah pandu kereta atau tunggang motor. Bila drive mesti tengok side mirror kan? Pernah terfikir tak, side mirror boleh dikaitkan dengan dakwah? Mesti tertanya-tanya macam mana kan? Begini, katakanlah kita nak memotong kenderaan hadapan. Perkara pertama yang kita buat tengok dari side mirror ada atau tak kenderaan dari belakang. Kalau terus memotong tak tengok kiri kanan ada kemungkinan berlaku kemalangan betul tak?

Begitulah hidup ni, kadang-kadang kita akan rasa lemah sampai tak mampu nak luahkan pada sesiapa. Tak kiralah sebagai pelajar, anak, kawan, pendakwah, atau seorang Muslim sendiri. Sebab apa? Sebab iman tu turun naik. Yazid wa manqus. Biasalah itu fitrah.

Jadi apa pula kaitan side mirror dengan tajuk kali ni? Banyak songeh betul aku kan, pusing sana pusing sini. Cubalah straight to the point. Ok, ok. Relax. ^_^

Ada kaitannya, bila kita menghadapi satu kesusahan lihatlah kebelakang. Siapa? Lihatlah Rasulullah yang mampu menjadi sumber kekuatan untuk terus bangkit dan terus maju.

Lihatlah Sirah yang Baginda tinggalkan buat kita. Penuh dengan pengajaran kalau kita betul-betul kaji. Yang paling magic adalah semuanya berkait dengan kita walaupun Rasulullah dah lebih seribu tahun tinggalkan kita.

Ada kalanya kita lemah. Lemah bila apa yang kita buat dipandang serong, dihina, dicaci, diperli walau kita tahu jalan yang kita ambil betul-betul dari jalanNya. Lihatlah sirah Rasul. Perjalanan dakwahnya berpuluh kali lagi dasyat dari kita. Baginda dilontar batu, najis, kata-kata fitnah, perlian, makian. Tak hanya tu je, ada juga yang cuba membunuh Baginda. Tapi apa Baginda buat? Baginda tak berputus asa. Tak pernah sekalipun. Bayangkan kalau saat dicaci baginda berputus asa, aku percaya kita sendiri tak mampu nak merasai nikmat iman, nikmat Islam pada hari ini.

Allah pernah menyebut dalam Surah Al Taubah ayat 42, “Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka”.

Sahabatku, bila kita diuji dengan kemiskinan, lihatlah bagaimana Rasulullah mengikat perut dengan batu. Lihatlah pengorbanan Rasulullah berpuasa saat isterinya beritahu tiada makanpun di rumah. Allah Akbar. Indahnya dirimu Rasulullah. Betapa hebatnya Rasulullah mengajar kita erti kesabaran.

Sahabatku, bila kita diuji dengan kematian, lihatlah sirah Rasulullah yang kehilangan bapanya saat baru 2 bulan dalam kandungan, kehilangan ibunya di saat baginda sangat memerlukan. Rasulullah membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Allah uji baginda dengan pemergian bonda tercinta. Saat tu, Rasulullah baru sembilan tahun. Aku sendiri tak mampu nak bayangkan betapa mencabarnya zaman kanak-kanak baginda. Tak seperti kita yang walau kadang-kadang duka tetap ada memori indah zaman kanak-kanak.

Sahabatku andai suatu hari nanti kita diuji dengan masalah rumah tangga, pandanglah kebelakang, lihatlah bagaimana Rasulullah diuji bila isterinya Aisyah difitnah berkhalwat dengan Safwan. Siapa lagi kalau bukan kaum munafik punya angkara. Macam-macam fitnah ditabur mereka. Hanya kerana seutas rantai yang tercicir, dicarinya Aisyah sampai terlepas rombongan. Allah takdirkan sahabat bernama Safwan berada di belakang terjumpa Aisyah lantas dibawanya Aisyah bersama-sama.

Kejamnya si munafik, Abdullah bin Ubai ketua penzalimnya. Disebarnya fitnah sampai goyah rumah tangga Baginda. Namun sikap tenang Rasulullah menyelamatkan segalanya. Diajar baginda penceraian bukan jalan utama, sebaliknya berusaha menyelamatkan bahtera yang telah terbina.

Hebat kan kisah-kisah Rasulullah? Setiap satu cerita terakam bukan hanya sebagai sejarah dalam buku agama tapi sebagai pedoman untuk kita bersama.

Tak salah kalau kita nak bersedih. Rasulullah pun bersedih bila kedua-dua insan yang disayanginya meninggal dunia sampai dinamakan tahun kesedihan Baginda. Tapi, Rasulullah mengajar kita mengawal setiap kesedihan dan terus kuatkan diri. Bangkit dan lihatlah dunia. Satu kata, la tahzan sahabatku.

Sirah itu mengajar kita untuk bijak menyusun strategi. Apapun yang nak dilakukan mesti kena ada strategi. Ala ala Mission Impossible pula bunyinya. Tak delah. Tapi itulah hakikatnya. Nak belajar pun kena ada strategi, susun masa, susun jadual, beri keutamaan kepada mana-mana subjek yang perlu, suasana kena sesuai dengan diri kita sebab setiap tindakan tulah yang memungkinkan kita dapat hasil positif.

Lihat bagaimana Rasulullah rancang strategi semasa berhijrah. Ali menyamar tidur di katil Rasulullah. Abdullah memadamkan kesan tapak kaki, Asma menjadi pembawa makanan, dan Rasulullah sendiri memilih jalan yang jauh untuk berhijrah. Untuk apa? Untuk elakkan diri dari dikesan musuh.

Lihat bagaimana Rasulullah berperang. Betapa bijaknya Rasulullah menempatkan tentera-tenteranya ditempat yang strategik. Pemanah di kawasan bukit, ketua dipimpin oleh orang-orang yang berani, golongan wanita sebagai nurse, merawat bila sakit, penunggang kuda di hadapan. Bukan saja-saja. Semua tu strategi.
Allah, kalau nak dikira bilangan musuh waktu tu berbanding dengan orang Islam. Comform-comform dah kalah tentera Islam. Tapi kerana strategi kita mampu menang. Bukan mampu tapi kita menang.

Rasa-rasanya apa punca mereka mampu berjaya? Apa kunci kejayaan mereka? Sekali lagi pandanglah kebelakang. Tatkala itu kita sedar disipilin antara kunci setiap kejayaan. Buktinya, cuba tengok perang Uhud. Kenapa umat Islam kalah sampaikan nyawa Rasulullah sendiri terancam? Puncanya satu je, tak berdisiplin!

Waktu tu, kita dah berjaya dah patahkan setiap serangan pihak lawan. Tambah lagi umat Islam diketuai orang yang hebat , siapa lagi kalau bukan Khalid Al Walid. Tapi disebabkan tentera Islam ingkat arahan Rasulullah, tamakkan harta sampai lupa tujuan sebenarnya. Mereka kalah dalam pertempuran sampaikan Rasulullah terancam.

Pernah dengan tentang Sultan Al Fateh.
Teringat aku dalam Al Kuliyah beberapa hari lepas. Bercerita tentang Sultan Al Fateh, katanya Rasulullah pernah bersabda, bahawa suatu saat nanti diceritakan akan ada sebaik-baik tentera dan sebaik-baik raja. Siapa? Al Fatehlah sebaik-baik raja, tenteranyalah sebaik-baik tentera. Kerana apa? Kerana disipilin.Sultan Al Fateh hanya memilih tentera yang berdisiplin untuk bersamanya membuka Kota Konstantinopel.  Disiplinnnya mereka wajib solat, bangun qiammullail, berpuasa, mendengar arahan ketua.

Sirah itu bukan sekadar cerita. Ambillah ibrah pengajaran buat kita untuk hari-hari kemudiannya. Setiap kali jari jemari ini menulis kata, bercerita, jujur bait ini juga buat diriku yang kadang-kadang terlalu alpa.

Moga-moga ada pengajaran buat kita semua. Salam sayang.

#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...