Skip to main content

DUSTA




Dusta,
Kata dusta dah mula jadi darah, bercampur mengalir ke segenap ruang,
Dustaku bukan kerana aku mahu,
Dustaku tak siapa yang tahu,
Hanya kerana 'pengiktirafan' manusia, aku berdusta.
Aku dah mula tak kenal diri aku,
Hanyut dengan pura-pura bahagia dalam arus sosialisasi yang senyumnya sementara
Hanya kerana aku nak rasa setaraf mereka, aku gelak dengan lawak bodoh mereka yang pada hakikatnya tak sedikitpun menjentik hati aku, 
Hanya kerana aku nak dianggap cool, aku mula berpakaian ala-ala mereka,
Aku hilang jati diri, hanya kerana ingin diterima mereka.
Aku tak nak dianggap kolot,
Aku tak nak dianggap ketinggalan zaman,
Asimilasi bawa impak negatif dalam diri,
Aku terima,
Sebab aku nak diterima mereka,
Asimilasi yang buat aku lupa diri aku yang sebenarnya,
Aku tak bahagia
Aku rasa kosong
Tapi kau senyum je bila dengan mereka?
Kau gelak je dengan lawak mereka?
Dusta..
Aku berdusta lagi.
Kerana mereka aku berdusta.
Hakikatnya aku rindu diri aku.
Diri yang tak perlu berpura,
Diri yang tak perlu berdusta,
Diri yang bangga membawa identiti sendiri,
Diri yang tak gentar dengan pandangan orang,
Diri yang tahan cacian.
Tapi sekali berdusta, makin lama makin besar dustanya,
Hanyut dalam penipuan,
Sesak dalam kebohongan,
Lemas dengan pandangan orang,
Kerana dusta aku terlihat senang,
Hakikatnya aku sendirian.

3 Mac 2020
shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Your Believe In Allah

*Professor : You are Islam, aren’t you, son ? Student : Yes, sir. Professor: So, you believe in GOD ? Student : Absolutely, sir. Professor : Is GOD good ? Student : Sure. Professor: Is GOD all powerful ? Student : Yes. Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm? (Student was silent.) Professor: You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. Is GOD good? Student : Yes. Professor: Is satan good ? Student : No. Professor: Where does satan come from ? Student : From … GOD … Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world? Student : Yes. Professor: Evil is everywhere, isn’t it ? And GOD did make everything. Correct? Student : Yes. Professor: So who created evil ? (Student did not answer.) Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...