Skip to main content

Posts

Ayah! Moga Kau Tenang Di Sana

Catatan Hati Soal hari ini 18 Julai. Soal hati yang begitu berat. Berat menanggung rasa. Aku lebih rela mendengar ayah menarik nafas berat di katilnya, aku lebih rela mendengar mesin hospital berbunyi kuat, aku lebih rela mendengar tangis duka semua orang, aku lebih rela dimarah pengawal bila mana aku berdegil tak mahu keluar, aku lebih rela jari-jariku dikotori buih-buih hitam yang keluar dari mulut ayah, aku lebih rela berdiri di sisi katil ayah mengajar dia menyebut Allah, Allah. Allah Akbar. 'Ayah, kalau dengar suara along mengucap Ayah. Laa ilaa haillallah. Laa ilaa haillallah. Baca dalam hati ayah, Allah. Allah.' Air mata jadi peneman setia. Kalau aku seorang cucu merasa begini berat. Inikan pula anak-anak ayah. Apalagi mak. Isterinya yang berada di sisi sejak awal hingga kita. Teman bermanja, teman bergaduh.  Allah. Bukan niat ingin melawan takdir. Tapi hati ini takut membayangkan bunyi mesin Bip! Bip! Bip! penuh irama itu bertukar satu suara nyaring...

WHO IS HADI AWANG COMPARE TO MAHATHIR?

Jikalau Mahathir saya namakan World Most Talented Politician, bagaimanakah saya namakan Tuan Guru Hadi Awang? Tuan Guru Hadi Awang tidak sesuai dinobatkan antara politician terbaik kerana perkataan poltician dizaman ini tidak berpadanan dengan siapa diri beliau sebenarnya. TGHH adalah World Most Virtuous & Peacekeeping Leader. Di dunia ini ramai ahli politik mempunyai kepandaian dan kemahiran tersendiri tetapi sangat sedikit ahli politik boleh digelar leader dan sangat sedikit ahli politik yang mempunyai high moral standard, berjiwa pejuang dan berpendirian. TGHH adalah leader yang meletakkan diri sebaris dengan Sukarno, Nelson Mandela dan yang sewaktu dengannya. Di waktu kebanyakan leader pada kelasnya adalah freedom fighter, pejuang nasionalis, TGHH adalah pejuang dalam gerakan politik Islam. Beliau adalah antara sosok pemimpin yang mempunyai standard moral yang tinggi dengan kehidupan serba sederhana yang mana banyak dapat dilihat berada di dalam parti politik yang dit...

WHY ISLAM?

Assalamualaikum and hi guys. Welcome back to my blog channel. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam. Pencipta langit dan bumi dan seluruh isi perutnya. 5 days ago, I went to International Islamic University Malaysia, Gombak. Attending an Interfaith Dialogue entitle Salvation In The Light of Religion. Alhamdulillah, everything going well. As for today I’m going to share a new topic on Why Islam? The one and only post for October edition. But hopefully it really gives some positive vibe to me, to you and also to others. First of all, I would like to credit Multiracial Reverted Muslims for sharing me this beautiful knowledge. Probably this is my first English entry and inn syaa Allah, if Allah will, another English entry would be sent. As I’m not really good in English, maybe there will be lot of English grammar that need to be corrected. But then please bear with me till the end of this post. ^_^ WHY ISLAM? Critics often ask why Islam is any better than any o...

"Tolonglah!" A Journey To Gombak

Assalamualaikum, salam cinta setulus rasa buat semua yang setia membaca. Alhamdulillah, akhirnya terlakar juga tinta kata edisi september. Kalau boleh aku cerita pengalaman aku hari ini, dari USIM ke Gombak dengan niat menghubungkan hubungan kekeluargaan mungkin terlalu panjang tintanya. Tapi tetap juga aku nak bercerita. Kerana pengalaman ini antara pengalaman yang mengajar aku tentang hidup. Aku mulakan langkahku lebih kurang jam sepuluh 20 pagi. Dalam fikirku pukul 11 dah boleh bertolak dari KTM Nilai ke KL Sentral. Pagi ni, selesai bersihkan diri, packing beberapa helai baju, kemas mana yang patut, aku mulakan langkah menuju ke USIM. Dompetku kosong. Hanya ada resit 99speed Mart dan beberapa keping syiling. Alhamdulillah beberapa hari lepas abah mesej, elaun bulan ni abah dah masukkan. Segunung harapan aku mengorak langkah ke USIM. Tak pelah, kalau tak ada duit pun, dekat ATM USIM nanti boleh ambil. Jarak rumah aku ke USIM tak lah jauh sangat sebenarnya. Lebih kurang 10 ...

Hukum Hadiri Majlis Makan Bukan Islam

Menghadiri majlis makan yang dianjurkan sahabat bukan Islam adalah harus (dibolehkan). Begitu juga memakan hidangan yang disediakan oleh orang bukan Islam sekiranya kehalalannya diyakini. Jika didapati sebaliknya (makanan iti didapati haram),maka hukum memakan makanan itu adalah haram sama sekali. Mencari yang halal itu wajib. Namun, ia tidak berati seseorang iti terlalu berhati-hati sehingga menyebabkan was-was dan menyukarkan kehidupannya. Atas dasar itu, Islam tidak membenarkan kita menyelidik sehingga menyebabkan kesulitan yang terlampau kepada umat Islam. Justeru, semua jenis makanan yang kita lihat dengan mata kasar atau mendengar sendiri perakuan ikhlas daripada tuan punya majlis (walaupun bukan beragama Islam) bahawa makanan yang dihidangkan itu halal dimakan oleh umat Islam , maka hukum memakannya halal dan tidal diragui akan kesuciannya. Pernah suatu ketika , Aisyah RA dihadiahkan kepada keluarganya daging haiwan yang sudah disembelih. Masalahnya orang yang menghadiah...

Kajilah Sirah Ambillah Ibrah

Assalamualaikum dan salam kasih sayang dari seorang aku yang sedang berdebar-debar menunggu result exam keluar. Kurang sehari lagi keluarlah keputusan pengajian penggal ini. Kalau silap langkah, paling tak jatuh tersungkur je. Kalau silap markah, mahunya dipenggal kepala aku dek umi dan abah. Kajilah Sirah, ambillah ibrah. Tajuk kali ini sebenarnya nampak berat tapi ku gunakan pendekatan santai. Biar tak terlalu sulit untuk yang membaca memahami bait bicara yang nak disampaikan dan tak sulit juga untuk aku mengarang kata. Tajuk kali ini datangnya dari bacaan buku yang kesekian kalinya bertajuk Touch Your Heart, tulisan Hafizzuddin Afif. Kalau diperhatikan kebanyakan tulisan aku dah macam bedah buku. Ada baiknya, berkongsi ilmu. Moga-moga ilmu yang kusampaikan mengalir terus sebagai bekal akhirat nanti. Oh ya, lupa nak tanya. Pernah drive tak? Tak kisahlah pandu kereta atau tunggang motor. Bila drive mesti tengok side mirror kan? Pernah terfikir tak, side mirror boleh dikaitka...

Ada Apa Dengan Tarbiyah ( Versi 5 W 1 H)

بسم الله الرحمن الرحيم Di kesempatan kali ini aku akan kongsikan apa itu tarbiyah vesi 5 W 1 H. Mesti semua dah tahu tentang 5 W 1 H kan? Mana taknya dari zaman sekolah lagi bila nak buat karangan je, benda ni mesti ada dalam kepala. Baru lah nak buat karangan pun ada perkembangan, ada huraian ada isi yang nak digarapkan. Aku dan terbiasa dengan 5 W 1 H ni. Bukan hanya dalam karangan, dalam dakwah, dalam bahas. Semua benda tu selalu perlu difikirkan. Dalam hidup ni, persoalan-persoalan itu selaluuada. Kenapa aku disini? Untuk apa? Untuk siapa? Apa yang aku patut buat? Bila harus aku mula? Harus pilih yang mana? Dah, dah. Kalau dibiar lama-lama makin ke laut pula tulisan aku ni. So First, WHAT? Apa itu tarbiyah? Sedar atau tak sebenarnya tarbiyah inilah yan menghasilkan daie dan pendukung yang menegakkan Islam. ALLAH berfirman dalam surah Al Anfal ayat ke 39 , “Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka be...