Dusta, Kata dusta dah mula jadi darah, bercampur mengalir ke segenap ruang, Dustaku bukan kerana aku mahu, Dustaku tak siapa yang tahu, Hanya kerana 'pengiktirafan' manusia, aku berdusta. Aku dah mula tak kenal diri aku, Hanyut dengan pura-pura bahagia dalam arus sosialisasi yang senyumnya sementara Hanya kerana aku nak rasa setaraf mereka, aku gelak dengan lawak bodoh mereka yang pada hakikatnya tak sedikitpun menjentik hati aku, Hanya kerana aku nak dianggap cool, aku mula berpakaian ala-ala mereka, Aku hilang jati diri, hanya kerana ingin diterima mereka. Aku tak nak dianggap kolot, Aku tak nak dianggap ketinggalan zaman, Asimilasi bawa impak negatif dalam diri, Aku terima, Sebab aku nak diterima mereka, Asimilasi yang buat aku lupa diri aku yang sebenarnya, Aku tak bahagia Aku rasa kosong Tapi kau senyum je bila dengan mereka? Kau gelak je dengan lawak mereka? Dusta.. Aku berdusta lagi. Kerana mereka aku berdusta. Hakikatnya ...
Everyone Was Someone Dream Person. Love Yourself!