Skip to main content

Posts

My First Entry

Assalamualaikum for all. This is my first entry since I'm still a new blogger. First of all. So sorry because I'm not really good in English. Even, I'm science student. Well, typical Malay. Heeheh. Erm, as the best 'Anak Malaysia' , I'll be  back to my motherland language (padahal nak lari dari bahasa Inggeris. Huhu ) Ok, sebagai tanda perkenaln ingin aq kongsikan sbahagian sedutan cerita rekaan yang diharapkan dapat bagi moral value kat korang. Sorry lah, kalau tak berapa menarik. Just perkogsian. ................................... Laju Annisa,mengatur lagkah mnuju ke kafe universiti... lgsung tak perasan kad matrik yang diletakkan pada kompak begnya tangannya telah tercicir.. 'Assalamualaikum.'. tgur Ilya , junior Annisa.,Annisa brpling. Sbris syuman diukir. 'Lama kak Nisa termnung.. lagsung tak perasan Kad Matrik tercicir' bicara Ilya smbil mlyag kad matrik di dpan Annisa dengan mukanya yg manis tu.(menepuk dahinya)  "Allah Akbar...

A Journey To Pentas Akhir Debat Naib Canselor

Assalamualaikum.. semoga semuanya sihat dan jauh dari segala penyakit. Musim-musim Covid 19 harapnya semua dalam keadaan baik. Jaga diri, jaga kesihatan, jangan banyak keluar kecuali bila terlalu perlu. okay.. let me tell a story.. a story about me and a debate. Sebuah kisah yang begitu menyentuh perasaan aku. Debat Naib Canselor bukan satu debat biasa di USIM. Debat yang mempertaruhkan nama fakulti masing-masing. Debat yang merangkumi 3 bahasa pertuturan di USIM, Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Suatu pertandingan debat yang sentiasa aku ikuti. Aku ingat suatu ketika, waktu TAMHIDI bila Zueidriena ajak aku masuk mewakili TAMHIDI, kerana dia, itu kali pertama aku masuk. Debat kategori Bahasa Inggeris. Itulah kali pertama aku berdebat dalam Bahasa Inggeris. Sebelum ni, masa dekat sekolah menengah mana pernah aku berdebat bahasa Inggeris. Pertandingan bercerita, berpidato Bahasa Inggeris pun aku tak pernah, nikan pula debat yang tanpa skrip tetap, yes impromptu....

DUSTA

Dusta, Kata dusta dah mula jadi darah, bercampur mengalir ke segenap ruang, Dustaku bukan kerana aku mahu, Dustaku tak siapa yang tahu, Hanya kerana 'pengiktirafan' manusia, aku berdusta. Aku dah mula tak kenal diri aku, Hanyut dengan pura-pura bahagia dalam arus sosialisasi yang senyumnya sementara Hanya kerana aku nak rasa setaraf mereka, aku gelak dengan lawak bodoh mereka yang pada hakikatnya tak sedikitpun menjentik hati aku,  Hanya kerana aku nak dianggap cool, aku mula berpakaian ala-ala mereka, Aku hilang jati diri, hanya kerana ingin diterima mereka. Aku tak nak dianggap kolot, Aku tak nak dianggap ketinggalan zaman, Asimilasi bawa impak negatif dalam diri, Aku terima, Sebab aku nak diterima mereka, Asimilasi yang buat aku lupa diri aku yang sebenarnya, Aku tak bahagia Aku rasa kosong Tapi kau senyum je bila dengan mereka? Kau gelak je dengan lawak mereka? Dusta.. Aku berdusta lagi. Kerana mereka aku berdusta. Hakikatnya ...

Ayah! Moga Kau Tenang Di Sana

Catatan Hati Soal hari ini 18 Julai. Soal hati yang begitu berat. Berat menanggung rasa. Aku lebih rela mendengar ayah menarik nafas berat di katilnya, aku lebih rela mendengar mesin hospital berbunyi kuat, aku lebih rela mendengar tangis duka semua orang, aku lebih rela dimarah pengawal bila mana aku berdegil tak mahu keluar, aku lebih rela jari-jariku dikotori buih-buih hitam yang keluar dari mulut ayah, aku lebih rela berdiri di sisi katil ayah mengajar dia menyebut Allah, Allah. Allah Akbar. 'Ayah, kalau dengar suara along mengucap Ayah. Laa ilaa haillallah. Laa ilaa haillallah. Baca dalam hati ayah, Allah. Allah.' Air mata jadi peneman setia. Kalau aku seorang cucu merasa begini berat. Inikan pula anak-anak ayah. Apalagi mak. Isterinya yang berada di sisi sejak awal hingga kita. Teman bermanja, teman bergaduh.  Allah. Bukan niat ingin melawan takdir. Tapi hati ini takut membayangkan bunyi mesin Bip! Bip! Bip! penuh irama itu bertukar satu suara nyaring...

WHO IS HADI AWANG COMPARE TO MAHATHIR?

Jikalau Mahathir saya namakan World Most Talented Politician, bagaimanakah saya namakan Tuan Guru Hadi Awang? Tuan Guru Hadi Awang tidak sesuai dinobatkan antara politician terbaik kerana perkataan poltician dizaman ini tidak berpadanan dengan siapa diri beliau sebenarnya. TGHH adalah World Most Virtuous & Peacekeeping Leader. Di dunia ini ramai ahli politik mempunyai kepandaian dan kemahiran tersendiri tetapi sangat sedikit ahli politik boleh digelar leader dan sangat sedikit ahli politik yang mempunyai high moral standard, berjiwa pejuang dan berpendirian. TGHH adalah leader yang meletakkan diri sebaris dengan Sukarno, Nelson Mandela dan yang sewaktu dengannya. Di waktu kebanyakan leader pada kelasnya adalah freedom fighter, pejuang nasionalis, TGHH adalah pejuang dalam gerakan politik Islam. Beliau adalah antara sosok pemimpin yang mempunyai standard moral yang tinggi dengan kehidupan serba sederhana yang mana banyak dapat dilihat berada di dalam parti politik yang dit...

WHY ISLAM?

Assalamualaikum and hi guys. Welcome back to my blog channel. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam. Pencipta langit dan bumi dan seluruh isi perutnya. 5 days ago, I went to International Islamic University Malaysia, Gombak. Attending an Interfaith Dialogue entitle Salvation In The Light of Religion. Alhamdulillah, everything going well. As for today I’m going to share a new topic on Why Islam? The one and only post for October edition. But hopefully it really gives some positive vibe to me, to you and also to others. First of all, I would like to credit Multiracial Reverted Muslims for sharing me this beautiful knowledge. Probably this is my first English entry and inn syaa Allah, if Allah will, another English entry would be sent. As I’m not really good in English, maybe there will be lot of English grammar that need to be corrected. But then please bear with me till the end of this post. ^_^ WHY ISLAM? Critics often ask why Islam is any better than any o...

"Tolonglah!" A Journey To Gombak

Assalamualaikum, salam cinta setulus rasa buat semua yang setia membaca. Alhamdulillah, akhirnya terlakar juga tinta kata edisi september. Kalau boleh aku cerita pengalaman aku hari ini, dari USIM ke Gombak dengan niat menghubungkan hubungan kekeluargaan mungkin terlalu panjang tintanya. Tapi tetap juga aku nak bercerita. Kerana pengalaman ini antara pengalaman yang mengajar aku tentang hidup. Aku mulakan langkahku lebih kurang jam sepuluh 20 pagi. Dalam fikirku pukul 11 dah boleh bertolak dari KTM Nilai ke KL Sentral. Pagi ni, selesai bersihkan diri, packing beberapa helai baju, kemas mana yang patut, aku mulakan langkah menuju ke USIM. Dompetku kosong. Hanya ada resit 99speed Mart dan beberapa keping syiling. Alhamdulillah beberapa hari lepas abah mesej, elaun bulan ni abah dah masukkan. Segunung harapan aku mengorak langkah ke USIM. Tak pelah, kalau tak ada duit pun, dekat ATM USIM nanti boleh ambil. Jarak rumah aku ke USIM tak lah jauh sangat sebenarnya. Lebih kurang 10 ...