Menghadiri majlis makan yang dianjurkan sahabat bukan Islam adalah harus (dibolehkan). Begitu juga memakan hidangan yang disediakan oleh orang bukan Islam sekiranya kehalalannya diyakini. Jika didapati sebaliknya (makanan iti didapati haram),maka hukum memakan makanan itu adalah haram sama sekali. Mencari yang halal itu wajib. Namun, ia tidak berati seseorang iti terlalu berhati-hati sehingga menyebabkan was-was dan menyukarkan kehidupannya. Atas dasar itu, Islam tidak membenarkan kita menyelidik sehingga menyebabkan kesulitan yang terlampau kepada umat Islam. Justeru, semua jenis makanan yang kita lihat dengan mata kasar atau mendengar sendiri perakuan ikhlas daripada tuan punya majlis (walaupun bukan beragama Islam) bahawa makanan yang dihidangkan itu halal dimakan oleh umat Islam , maka hukum memakannya halal dan tidal diragui akan kesuciannya. Pernah suatu ketika , Aisyah RA dihadiahkan kepada keluarganya daging haiwan yang sudah disembelih. Masalahnya orang yang menghadiah...
Everyone Was Someone Dream Person. Love Yourself!